Halaman

Sabtu, 18 Januari 2014

Corn and Peanut

 Setelah kebun ditinggalkan hampir 2 minggu, semalam barulah dapat slot masuk kebun balik pada cuti Thaipusam. Pada sebelah paginya, sehingga hampir waktu solat zohor tukang kebun dan hubby mengemas 6 petak saiz satu meter persegi lebih kurang masing-masing yang dah penuh weed boleh tenggelamkan Abby kami. 1 petak mulberry dah di hard pruning sehingga botak semalam. Satu petak asal keledek, tukang kebun semai biji benih jagung dan lain-lain (jangan si semut rajin mengangkut biji benih sudah). Ada satu petak ni dulu tukang kebun tanam kacang tanah lepas tu lupa nak tuai jadi tumbuhnya balik sendiri masa musim hujan tahun lepas, jadi kiranya self-seeded kacang tanah yang tumbuh merata-rata antara pokok jagung. Semasa weeding celah-celah pokok-pokok jagung, tukang kebun tercabut sekali pokok-pokok self-seeded kacang tanah tersebut. Jadi alang-alang tukang kebun cabut semua pokok-pokok kacang tanah tersebut memandangkan tengok ada yang dah berisi, takut lupa lagi. Sebenarnya jagung-jagung yang tumbuh di situ semasa self-seeded kacang tanah sedang berbunga, tukang kebun saja semai direct-sowing di celah-celah self-seeded kacang tanah tersebut. Syukur Alhamdulillah jagung-jagung tersebut gagah membesar antara pokok-pokok self-seeded kacang tanah tanpa perhatian. 

Kenapa celah-celah ruang kacang tanah yang berbunga tukang kebun sempat tuai biji benih jagung?

Sebab utama malas nak siram lagipun musim hujan.

Tambahan pula air dari tanah kurang kena sejatan sebab daun-daun si kacang tanah sudah pun banyak jadi natural covering sama fungsi macam 'mulching' keliling anak-anak pokok jagung.

Jagung yang adik-beradik rumput perlu banyak nitrogen, inipun tak perlu risau sebab kacang tanah adalah tanaman pengikat nitrogen semula jadi.

Ruangan menanam juga boleh digunakan secara sepenuhnya, lepas tuai kacang tanah nanti masih ada tanaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kesimpulannya jagung dan kacang tanah makes good companion.

Inilah taktik kerja si tukang kebun pemalas ini, rezeki hujan sajalah harapan tanaman di petak ini.

 Daun pokok jagung pun ada dibuat lakaran tapi tak mengapalah dalam petak ini ada balance dengan nature most natural way of living harmoniously bahagia-bahagialah kamu. Setiap penjuru satu meter persegi dalam lokasi full sun ini, tukang kebun sebenarnya tanam nanas madu Sabah, Syukur Alhamdulillah dah nampak beza besarnya membesar. Sementara tunggu nanas madu ni besar matang, bolehlah gunakan antara ruang tanah secara produktif ataupun maximize penggunaanya dengan tanaman yang cepat menghasilkan yummy-licious food. Semalam lepas tuai semua self-seeded kacang tanah, tukang kebun tanam biji benih kacang tadong antara ruang yang ada di keliling pokok-pokok jagung. Bila dah habis musim jagung, ada pengganti kacang tanah pula nanti. Sekarang ni dalam kepala baru tercetus idea bila tengok gambar terfikir bila pokok-pokok nanas membesar boleh ditengahnya tanam sebuah pokok buah yang perennial jadi sama-sama membesar (mmmm...tengah fikir pokok apa boleh memaksimakan penggunaan ruang tersebut).

Dalam satu meter persegi macam-macam tanaman boleh ada tumbuh bersama-sama.

8 ulasan:

  1. baru saja saya belek pokok kacang tanah tadong semalam. Dalam kepala ni dah berkira-kira nak tanya Diana bilakah boleh dituai? di antara kacang tanah saya juga tanam jagung, tapi pokok jagung tak pulak timbul2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peminat jagung dah gali kut benihnya Awin dan diangkut salah satu risiko direct-sowing untuk benih jagung. Bill dah lebih 3 bulan tanam dan pokoknya menguning.

      Padam
  2. TK kerana singgah n komen di blog IM.

    Sebut pasal kacang tanah, teringat IM semasa masih remaja dulu ambil upah cabut kacang tanah di langkap, Setiawan.

    Kacang tanah itu kemudiannya di proses dan dibungkus dengan nama Kacang Menglembu Cap Tangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti Insan Marhaen pandai menuai kacang dengan elok.

      Padam
  3. ada jg hati nk tanam kacang tanah,tapi try dulu dgn ubi kemili, tgk cmna jadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah baja balik dengan tanah tanam kacang tanah kemudian Sudais lepas tanam ubi kemili.

      Padam
  4. Tanahnya hitam gembur dan subur... Tanah jenis apa tu diana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekas hampas kelapa sawit yang telah reput setelah bertahun-tahun Ima.

      Padam