Halaman

Isnin, 20 Januari 2014

Not Siamese Sengkuang Twin

 Cuti berderet 3 hari lepas baru-baru ini memang tukang kebun dan dear hubby banyak menghabiskan masa mengemas beberapa sudut Kebun Bahagia Bersama yang dah lama terbiar begitu sahaja. Jadi siaran tergendala sebab tukang kebunnya dalam kebun in action. Sabtu lepas kami mengemas petak No.8 sebab lemon yang big boss tanam dari biji benih sudah tinggi lebih 2 meter hilang dari pandangan. Tukang kebun pun hampir lupa kewujudannya. Ini adalah angkara pokok-pokok sengkuang habis melilit pokok lemon sehingga ianya merukuk ke tanah. Tambahan pula pokok betik pun dah tumbang menghimpit ke arahnya. Sebenarnya tukang kebun tak ada menaruh harapan untuk mendapatkan ubi sengkuang sangat sebab kawasannya agak kurang menerima cahaya secara langsung (partial shade) disebabkan dikeliling oleh pokok Ceri Terengganu, Kemboja, Durian dan Jambu Air. Alangkah terkejutnya tukang kebun bila ikut veins si pokok sengkuang ke tanah ternampak ada yang tersembul keluar dari tanah. Bila tukang kebun angkat ubinya...double happiness!!! Jarang-jarang dapat sengkuang kembar dari satu pokok/biji benih.
 Tukang kebun perhatikan di lokasi yang tukang kebun semai direct-sowing sengkuang kali ini agak berlainan cara bagaimana ianya survive/adapt di kawasan partial shade ini dengan sendirinya. Biasanya tangkai yang bercantum dengan ubi sengkuang yang sebenarnya juga adalah 'akar' di mana pokok sengkuang menyimpan tenaganya (food storage) ~ akar sengkuang = ubi sengkuang, adalah satu tangkai yang kemudiannya akan meninggi dan bercabang-cabang. Memandangkan di lokasi ini adalah partial shade, tangkai yang bercantum dengan akarnya bukan satu sahaja, tapi kelihatan beberapa akar sengkuang ada 2 tangkai bercantum. Seingat tukang kebun di petak 8, pokok-pokok sengkuangnya tak banyak mengeluarkan bunga. Kemungkinan besar sebab kurang mendapat cahaya jadi kurang berbunga, jadi pokoknya tidak membazir tenaganya dan lebih fokus untuk menyimpan makanan di akarnya, jadi akarnya membesar bulat-bulat. Mungkin perasaan tukang kebun sahaja, tapi kali ini tuaian sengkuang di lokasi ini tukang kebun rasa kulit ubinya amat nipis sebab bila dicuci kulitnya mudah tertanggal sekali. Sebab sebahagian tuaian ini adalah juga dikongsi untuk penghantaran Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu ini, tukang kebun tak cuci keluar tanah sepenuhnya di celah-celah lengkuk sengkuang nak elakkan dari terhakis kulit sengkuang. Jangan lupa cuci dahulu ia sebelum makan, tapi tukang kebun jamin totally organic.
 Ini revision sama-sama untuk menanam sengkuang dari pengalaman tukang kebun pemalas ini, 3 tips:

(1) Tak perlu tunggu bud bunga kembang pun, buang bud bunganya sebab tak main peranan nak membesarkan ubi sengkuang, jimat tenaga pokok. 

(2) Kalau pergi nursery diorang asyik suruh beli baja mahal je kan, macam pellet baja tahi ayam. Tak payah bagi sengkuang makan mahal, memadai dengan baja apa sahaja yang boleh diperolehi secara percuma atau murah. Sengkuang tak perlu tanah yang sangat subur untuk hidup. Nanti mabuk daun lepas tu sengkuang malas nak bentuk ubi sebab kenyang.

(3) Penerimaan air yang mencukupi. Supaya juicy dan tak keras isinya,

Sengkuang ini kira-kira berapa usianya dari semai biji benih dan tuai oleh tukang kebun?

Tukang kebun tak berapa ingat, tapi bila check posting lama mengenai pokok bunga crinum yang kembang di bawah kanopi Ceri Terengganu rasanya biji benihnya disemai antara Mac~April. Jadi tukang kebun agak-agak sengkuang ini dituai selepas 9~10 bulan.

~ Biji Benih Organik Sengkuang ~
Anggaran 15 biji benih RM3.00 dalam 1 pek fresh from Kebun Bahagia Bersama.


 Sambil-sambil kemas area berdekatan petak 8, tuaian dari tanaman yang hampir terlupa.

5 ulasan:

  1. Gerammmmmm btul tgk tanah yang gembur sampai sengkuang pun gemuk... Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha gigih big boss KBB sampai tanahnya gitu Ima. KBB ni bekas saw ah.

      Padam
  2. kalau lah saya ada tanah macam Diana...bahagianya..mcm2 nak tanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya menumpang bahagia KakMala ni semua usaha gigih owner tanah KBB.

      Padam
  3. kalaulah saya ada Tanah macam Diana. Bestnya boleh tanam mcm2.

    BalasPadam