Hari ni di kala matahari tegak di kepala tukang kebun dalam kekalutan nak snip snip tuaian segar di backyard yang ada untuk lunch permata-permata hati yang sedang mengacau pakciknya di tingkat atas tiba-tiba terjatuh cinta pula. Asalnya nak melihat nasib antara si sayur raja yang pada musim kemarau lalu tukang kebun biarkan duduk tenggelam membesar bersama weed. Si Ilhan sukakan sayur raja baka yang tukang kebun bawa balik dari Sabah (info sayur raja klik sini), sebab ianya jenis bukan berlendir dan tak berbau. Mula-mula tukang kebun terkejut juga yang Ilhan gemarkan sayur ini. Bila dah lama tukang kebun tak tuai, kalau dia tahu tukang kebun masak sup bebola daging ataupun kuah pasta akan membuat permintaan untuk campurkan sayur raja (selalunya mama dia bila tengah rebus pasta baru kelamkabut nak pergi tuai macam hari ni gak). Tukang kebun tak pernah siram lokasi tu pada musim kemarau tetapi ketinggian weed pun dah lebih 1 meter, intai-intai sihat walfiat sayur raja tu duduk sama dengan weed. Nantilah bila ada masa baru kemaskan kawasan tu. Ambillah stok sayur raja di lokasi lain yang reachable tak perlu melalui belukar dulu.
Cerita terpesong pula...sorry. Kesimpulan perenggan tadi, weed tu ada purpose masa musim panas kemarau sengaja tukang kebun biarkan menjadi 'shade' semula jadi si sayur raja, tak perlu nak pakai jaring-jaring. Sebenarnya masa musim kemarau tempoh lalu, banyak pokok kategori sayur tukang kebun biarkan ianya dikerumuni weed sebab tukang kebun memang tak mampu nak ambil masa siram, ku pasrah sahaja. Weed dikeliling pokok tu akan mengurangkan bahang kepanasan kepada persekitaran. Macam orang kata dekat kawasan banyak pokok lagi kurang panas dari duduk dekat tengah bandar yang tiada pokoklah. Sama sahaja konsepnya. Strategy weekend gardener macam tukang kebun ini supaya tak terpupus semua koleksi dalam kebun gara-gara bahang kemarau dan terbiar tidak disiram (musim hujan jangan pula pakai strategy ni). Terpegun tukang kebun tengok sayur raja tu masih hidup lagi dalam semak tanpa disiram oleh tukang kebun dalam seumur hidupnya.
Selingan panjang sangat...sebenarnya nak story pasal jatuh cinta dekat tumbuhan dalam gambar ni...
Sebab nak cari sayur raja baru tukang kebun perasan yang pokok costus tukang kebun alihkan berdekatan dekat lokasi tu pada tahun lepas dah mula meriah berbunga dan banyak kudup-kudup bunganya hari ini. Jadi yang mana kudup-kudup bunganya dah nampak gemok tukang kebun tuailah. Sambil berjalan-jalan tukang kebun pun ratah kudup bunga jenis species costus ini. Subhanallah, rasanya very fruity macam makan buah masam manis. Tambahan pula texture yang ranggup memang sedap. Kudup bunga jenis costus ini kalau dicincang campur dalam kuah cicah asam untuk ikan bakar pun syok juga kut. Campur dalam salad pun yummy. Kalau orang kita satu bahan untuk ulam yang sedap untuk dimakan. Kalau buat BBQ di rumah bolehlah impress tetamu dengan pick your own salad di kebun anda sendiri sebab ramai tidak ketahui yang kudup bunga costus species ini boleh dimakan.
Hari ini sambil tukang kebun menyusukan Abby, ambil masa tersebut untuk mengenali keluarga Costus lebih dekat lagi supaya diri ini akan lebih dekat dengannya. Mencari ilmu bukannya susah sekarang ramai yang berkongsi di dunia cyber tidak perlu ambil kelas khusus dalam bidang botani atau pertanian. Cuma dengan beberapa 'keyword', ilmu itu ada dihujung jari. Tukang kebun bukan ada latarbelakang pertanian mahupun botani cuma bermulanya minat untuk menanam makanan untuk keluarga sendiri.
Lama kelamaan diri ini sedar, tumbuhan dengan kita ada sesuatu hubungan kalau kita nak berjaya kawan lama dengan dia. Mestilah kita kena kenali juga apa dia suka dan tidak suka. Walaupun keluarga yang sama tetapi setiap species adalah individu yang unik macam kita. Macamlah anak-anak kita perangai lain-lain. Tak kenal, maka tak cinta.
Memang pada mulanya, berkebun nak kenyangkan perut keluarga. Seterusnya kita mula curious bukan sahaja untuk isi perut, tapi apa jenis khasiat atau ubat yang boleh diberikan dari tumbuhan yang kita bela ni. Maka lebih mendalam kita mula kenal mereka bukan sahaja luaran tapi inner beauty yang ada pada mereka kita dapat manfaatkan. Bila dah sampai phase ni, nak berkembang mencari ilmu ni banyak tukang kebun pelajari dari otai-otai lain. Tak perlu nak duduk dalam kelas atau ambil kursus botani/pertanian/permaculture pun. Setiap hari ada sahaja dalam kebun benda yang baru kita boleh belajar kalau kita perhatikan betul-betul.
Salah satu yang secara tidak langsung Otai-otai luaskan horizan minda tukang kebun ialah pentingnya perhatikan setiap struktur seluruh bahagian pokok elok direkodkan. Kekadang ada juga tumbuhan dalam keluarga sesuatu tumbuhan sangat mirip tetapi berlainan species. Yang selalu dibuat teguran dan peringatan kepada tukang kebun dari otai-otai (sifu) ialah kalau boleh berikan nama botaninya lebih baik dari nama am yang diberikan. Sebab kebiasaannya nama-nama ini banyak tumbuhan mendapat nama yang sama takut tersilap tumbuhan lebih-lebih lagi kalau nak minta pandangan dari sudut boleh makan ke? cara berubat ke?dll. Maka mulalah self-study cari nama-nama botani tumbuhan tersebut jika tukang kebun dapat mencarinya. Perlahan-lahan, ilmu botani ni tukang kebun cuba ambil tahu dah bolehlah agak-agak macam mana satu tumbuhan dikategorikan dan sebagainya. Lama-kelamaan kayuh perlahan dalam ilmu ini seronok juga sebab nak mencari info sesuatu tanaman makin mudah terutamanya untuk sumber-sumber rujukan yang lebih bernas.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia berkebun, tak perlu nak khuatir tak pernah ambil kelas mengenai pertanian atau yang sama dengannya. Kelas yang sebenar ialah dalam kebun tu tak kira sebesar mana walaupun balcony garden. Tukang kebun pun tak pernah ambil kelas atau kursus sebelum mula berjinak dalam gardening. Sampai sekarang pun banyak melakukan kesilapan, kekadang dah tahu salah pun terbuat salah yang berulang kali.
Sehingga sekarang tukang kebun masih rasa diri ini level 'Novice Gardener' lagi.
Sorry lama celoteh hari ini, 3 hari punya bahagian tak sempat nak buat posting agaknya (hahaha).
Tukang kebun rasa, terjatuh cinta dengan jenis Costus 'Green Mountain' hari ini (kalau tukang kebun silap boleh betulkan). Hari ini sambil cuddle cuddle dengan Abby, tukang kebun cuba tambah pengetahuan mengenai costus. Memang jenis 'Green Mountain' bud bunganya ada beberapa review kata boleh dimakan dan antara rasa yang menjadi kegemaran. Green mountain ini bukan jenis costus asal kepada negara kita. Costus jenis ini gemarkan kawasan yang menerima separa cahaya matahari.
Tukang kebun Awin di Petak Hijau pernah kongsikan pengalamannya dengan Costus woodsonii (French Kiss) dan cara Chef-nya membuat suatu sajian yang menarik (visit petak hijau klik here).
Kerengga-kerengga yang bertapak di atas kudup bunga tu pun, mestilah tertarik dengan manisan dari tumbuhan ni kan.
Akhirnya terjawab jugalah jenis Costus ini yang juga telah berpindah ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi gardeners yang membuat pesanan Costus yang tukang kebun belum dapat berikan nama specific-nya dulu (klik sini) pun bolehlah kenal lebih rapat dengan Costus Mountain Green ini.
~ Costus Mountain Green ~
1 Bekas RM8.00 .
Untuk Sabah/Sarawak tukang kebun boleh bekalkan dalam bentuk rizom sahaja bukan dalam pot.
Kak nak dua jenis costus ni ye, lemon ginger dan green mountain. Crepe ginger dah lama ada tapi baru tau yang bunganya boleh dimakan. Terimakasih Diana atas maklumat berguna.
BalasPadamSama-sama kongsi ilmu Kak Muna. Crepe ginger punya bud bunga tak berapa palatable. Yang green mountain macam daun asam gelugor tapi tak semasam sebab ada rasa masam manis.
PadamSalam Diana, akak nk beli costus lemon ginger n green mountain each. Nnt akak email diana. Kak Nor.
BalasPadamSalam Kak Nor. Boleh sementara stok masih ada nanti emaillah kami.
PadamCantiknya bunga coctus jenis ini...
BalasPadamYang ni jarang nampak dari yang jenis French Kiss kan Kak Mala.
PadamSejemput bunga nya..tk sangka boleh di mkn..
BalasPadamBukan bunganya yang boleh dimakan Nadia. Tapi bud bunga sebelum nak kembang.
PadamTerima kasih kak untuk infonya. Tapi costus green mountain ni bunganya lebih kepada warna oren ye. Yang saya ambil tu warna merah terang bunga dia. Tapi kon dia tak tinggi sangat. Kena check semula bila balik kampung nanti :)
BalasPadamnampak macam sedap je akak terangkan tu. masam masam manis, boleh buat ulam, campur dalam masakan, buat salad. sangat serbaguna :)