Halaman

Rabu, 16 April 2014

Strong Roots of Drunken Sailor

 Di petak 1 Kebun Bahagia Bersama dari bulan lepas sudah bermulanya pokok akar dani di situ berbunga sebab big boss dah lama tak balik. Big boss kalau balik selalunya habis dipangkas akar dani sampai batang atas tanah tinggal 10cm je pun ada. Pokok akar dani ni bila akarnya dah banyak memang lasak pokoknya akan keluar pucuk-pucuk baru bila hujan nanti. Pokok akar dani akarnya memang merayap jauh ke dalam tanah atau ke tempat-tempat lain. Walaupun bila tukang kebun dah korek setakat mana terdaya akarnya nak ubahkan kedudukan. Ingatkan dah tak ada tumbuh lagi, nanti keluar lagi pucuk akar dani baru dari akar yang tertinggal dalam tanah. Itu adalah sifat pokok akar dani, bahagian atas daunnya tu tak perlu dirisaukan sangat nampak sakit atau semak pangkas sahaja jika pokok tersebut sudah mempunyai sistem akar yang bagus. Nanti keluarlah pucuk-pucuk baru. Selalunya untuk pesanan tukang kebun akan pilih yang mana akarnya dah banyak supaya mudah untuk tuan baru pindahkan dan pokok akan mudah serasi dekat kebun baru. Kadangkala ranting pun dah tinggi tapi tukang kebun tak pruning sebelum packing kalau terpatah dalam perjalanan biarlah tuannya yang rasmikan pruning tersebut (bonding with the plant). Pokok akar dani tahan lasak bila akarnya dah banyak dan kuat. Sebab akarnya boleh merayap-rayap dengan mudah dalam tanah keperluan airnya juga tidak banyak tidak perlu siram setiap hari. Tukang kebun yang pokok-pokok akar dani dah bertahun-tahun hidup sekitar di kebun tak pernah siram, jadinya akar pun dah masuk jauh tersebar di dalam tanah.
 Sebagai contoh, pokok akar dani di atas tukang kebun tak tanam (bulatan ungu). Tapi akarnya dah menjalar bermeter jauh dari asal pokok di bawah. Beberapa bulan dahulu sudah tukang kebun potong akarnya pindahkan ke tapak semaian, tengok minggu ni dah keluar balik pucuk-pucuk baru dekat akar yang menonjol keluar dari tanah. Keluar merata pokok-pokok akar dani di keliling pegola. Kalau tanam di dalam pasu pastikan tanah tidak sentiasa basah, akar dani akarnya tak berapa gemar jika kerap basah nanti mudah sakit dan reput batang akarnya. Elok sediakan pancang untuk akar dani naik, kalau tak jadi berkibar-kibar di atas tanah macam di gambar bawah yang sedang memeningkan kepala tukang kebun.
 Eila (sepang), tukang kebun pun kena kemaskan akar dani ni yang dekat kawasan bawah habis pokok-pokok lain ditutupnya. Yang dah memanjat baru berbunga tu bolehlah menceriakan pergola ni tapi yang dekat bawah tu nak kena buang dahan-dahan tu habis pokok lain ditutupinya. Nasiblah si amaryllis tu pandai menyelit antara daun nak tonjolkan cerombongnya itu. Sekarang di Kebun Bahagia Bersama memang musim akar dani dan hippeastrum equestre berbunga. 
 Hippeastrum equestre juga boleh sesuaikan dirinya di kawasan separa matahari. Biasanya di kawasan separa matahari tangkai bunganya lebih tinggi untuk mendapatkan lebih cahaya. Tukang kebun pun tak sedar di kawasan ini ada bawang bunga amaryllis ini boss tanam berdekatan dengan pokok cempaka telur.

 Sekiranya kebun anda memang ada kawasan kebun yang hot zone terpancar matahari dari pagi hingga petang jadi pilihan yang baik adalah pokok akar dani (rangoon creeper) dan hippeastrum equestre yang tidak perlu disiram selalu. Bila dah alami musim kemarau dengan catuan air di kawasan perumahan dah mula beralih kepada tumbuhan yang dikategorikan sebagai 'water-wise' plant yang keperluan airnya tidak banyak dalam perubahan cuaca tropika di kawasan rendah kita ini. InsyaAllah pokok akar dani yang merimbun dapat memberikan privacy dan menyejukkan sikit persekitaran kita. Hippeastrum equestre pula kejutan tiba-tiba keluar dari tanah boleh selit sana sini, dia ada masa dia tidur duduk dalam tanah kekadang boleh lupa kita ada tanam dia. Yang meminati tumbuhan ornamental atau hiasan berbunga, ini adalah tumbuhan yang amat sesuai ditanam di Lembah Klang atau cuaca sama dengan KBB bulan ini. Semalam posting kategori tumbuhan boleh buat makan, hari ini untuk posting kategori tumbuhan ornamental pula.

~ Pokok Akar Dani (Drunken Sailor) ~
1 pot for RM8.00

~ Hippeastrum Equestre ~
1 bawang for RM8.00

5 ulasan:

  1. pokok2 semua melonjak naik selepas hujan..cantik btol akar dani..nmpak macam pokoknya jenis pokok besar....

    BalasPadam
  2. Iyalah, hati ni teruja sangat tengok akar dani rakan-rakan..cantik betul..

    BalasPadam
  3. Salam,diana. Akar dani bukan eila punye faveret sbb thp merayap sgt cepat. Nasib baik bukan eila yg tanam,kalu x mmg eila replace dgn grape vine,serius, nk menangis kerjakan semak atas pergola siap da naik atas atap rumah. Owner pokok ni masa tanam tak dpt imagine visual pokok bila da matang. Tak nak pangkas Kerana sayangkan bunganya yg meriah,akhirnya terpaksa hard prune sbb jd laluan ular menyusur masuk umah :(
    Harap jd ingatan gardener yg lain.jgn sayang nk pangkas pokok ni sbb bunganya sentiasa ada bila pucuk baru muncul :)

    BalasPadam
  4. saya nak Hippeastrum Equestre 3 bulb

    BalasPadam
  5. Sudais ~ Mula hujan ni memang tumbuhan melonjak bersuka ria. Masa kemarau bolehlah nak my pace mengemas. Sekarang tak terkejar pula. Pokoknya batang tak besar. Cuma merimbun dan menjalar nampak macam pokoknya besar.

    Kak Mala ~ Bolehlah bela pokok akar dani ni agaknya Cik Kam yang datang tak makan kut.

    Salam Eila.

    Memang bila dah merimbun naik atas rumah lama-kelamaan kena pangkas juga bila dah terlampau redup terutamanya masa musim hujan ni. Ini kami tengah menunggu ada masa nak pangkas pokok bunga kertas yang dah merimbun atas atap juga. Kalau dekat area pagar yang panas-panas terdedah tu bukan dekat rumah ok lagilah kalau bahagian bawahnya tidak dibiarkan merimbun. Pokok-pokok yang boleh menjalar yang dah umur veteran memang elok sekali sekala dipangkaskan....hehehe biasalah awal-awal memang sayang nak pangkas, takut pokoknya mati.
    Sekarang ni cuma tukang kebun risau tengok katak macam banyak je keliling rumah ni.Sebab banyak makanan dia ni.

    Untuk Awin boleh dear.

    BalasPadam