Hujan yang lebat tandang sekali-sekala asyik menyaksikan beberapa pokok capsicum yang sudah berbuah dengan baka jenis 'Quadrato D'asti Giallo' rebah ke tanah kalau tak pasang support dengan betul (tukang kebun mood ala kadar je semenjak ni tak cukup masa). Sebab saiz buahnyanya agak sederhana besar juga tumbuh di lokasi yang kurang menerima cahaya matahari dah kena tutup dengan daun-daun si kacang panjang (lokasinya klik sini). Buah baka ini bila masak berwarna kuning menyala. Tapi tukang kebun selalu petik separuh masak kalau tak lalat buah menang dulu (tukang kebun jenis spesis tak berapa gemar nak sembur-sembur atau balut -L-A-Z-Y-). Bahagia hati si tukang kebun bila boleh petik buah capsicum dari kebun sendiri. Disebabkan penerimaan cahaya matahari tak sekata sebab terlindung, yang menghadap matahari buah-buahnya kuning sebelah lagi biasanya hijau.
Bulan April ini, biji benih yang tukang kebun tanam terus di tempat ianya hendak tumbuh dengan mengharapkan pertolongan hujan sahaja paling mudah jenis keluarga dari 'kekacang' macam kacang panjang, kacang buncis/french bean, kacang kelisa, sengkuang, bunga telang dan kacang soya. Gambar lokasi di atas ada tukang kebun selitkan biji benih kacang soya mannarihakuchou yang dah pun bercambah (bulatan biru). Biji benih kacang soya tiada extra stock, tukang kebun pun cukup-cukup pusing bila berbuah separuh untuk makan, separuh simpan biji benih untuk next planting. Minggu ini cuma ada stock baru kacang buncis/french bean dalam senarai.
Weekend gardeners yang in the same spot dengan tukang kebun, ini adalah masa selak-selak check stok bank persendirian cari biji benih keluarga dari 'kekacang' untuk semai bulan ini ya. Pilih dulu biji benih 'kekacang' yang dah lama disimpan dalam bank itu dahulu ya.
~ Capsicum Quadrato D'asti Giallo ~
Anggaran 20 biji benih dalam satu pek RM3.00 .
Minggu ini juga masuk pepper ini yang kerap mendapat permintaan tertunggu-tunggu dari tukang kebun.
~ Pepper Tondo Piccante (klik sini) STOK HABIS~
Anggaran 20 biji benih dalam satu pek RM3.00 .
salam diana sekeluarga, saya nak 1 pek each utk kedua2 jenis. nanti saya email....... fahizah
BalasPadamSalam diana, thank 4 reminder utk tanam kekacang, kacang kelisa da selamat semai, mmg cepat naik musim ujan ni. Eila nak 1 pek each utk 2 jenis capsicum ni ya. Tq
BalasPadamSalam Diana..saya nak 1 pek untuk dua tu yek :)
BalasPadamsaya nak satu pack utk kedua2 jenis
BalasPadamCik Ratu kita booking 3pepper Tondo Piccante. Sorry tak sengaja tangan yang kecik ter-delete.
BalasPadamDiana
BalasPadamReserve 1 pkt each for both. nnti cari lg utk tambah. TQ
salam Diana..akak nak satu pek juga ye untuk kedua2 jenis..- hhussin71@yahoo.com
BalasPadamsalam Diana..akak nak juga 1 pek untuk kedua2 jenis cili tu ye..-hhussin71@yahoo.com
BalasPadamok2...
BalasPadamHi Diana,
BalasPadamJust trying my luck... can spare me some pepper seeds ? 10 seeds in a pack pun takpe..can ?
Choi Min - hohcmin@yahoo.com
PJ
Salam Diana
BalasPadamEarlier saya place order untuk:-
Capsicum Quadrato D'asti Giallo dan Pepper Tondo Piccante
Saya nak tambah - carrot dan radish 2 type each (whichever stock yang ada) dan Chinese celery. tk
jaybahry@gmail.com
Salam Bahagia dearest Fahizah, Eila, Gina, Awin, Ratu, JayBahry, Kak Haslinda ada tukang kebun simpankan.
BalasPadamSalam Eila,
Mula dari semalam baru rancak lebat hujan dekat sini, kalau konsisten beberapa hari suhu cuaca mild adalah berangan-angan nak cuba semai beberapa jenis tumbuhan lain.
Hi Choi Min,
After sorting the seeds, I have sprinkle all of the rejected ones on the soil. After check stocking will see if I have some undetected spare ones will keep for you.
Salam Aunty Jay,
Sudah tukang kebun email.