Kebiasaannya bulan Disember tukang kebun target menanam jagung di belakang kawasan kebun yang menerima cahaya banyak. Tetapi lokasi ini tidak kesampaian nak menyiram melalui hose air kecuali kalau rajin dan ada masa kenalah angkat air nak kasi minum kat mereka ni (jika terdesak). Biasanya hujung tahun di KBB masih ada hujan jadi tak perlulah nak risau masa pertumbuhan awal boleh biar sahaja jagung tu bersendirian dengan merumput sekali-sekala. Bila dekat musim tuai biasanya hujan pun dah tak turun setiap hari jadi sesuai untuk musim menuai pula. Tak disangka pula kali ini musim kemarau berkunjung dengan cepat sekali. Kali ini dilokasi yang bahagian atasnya jenis berpasir pada Disember lepas disemai jagung kampung jenis White Truckers Favorite yang isinya berwarna putih susu. Pertumbuhan baka kampung ini baik sepanjang musim kemarau di mana hingga mula keluar bunga jantan tukang kebun siram 2 kali seminggu sahaja. Kemudian tukang kebun terasa nak pandai-pandai buat kajian sendiri, sebahagian dari batch kali ini tukang kebun berhenti siram bila bunga jantan dah matang dan pendebungaan dah progress nak tengok response jagung baka kampung ini. Inilah hasil kajian tukang kebun:
Pendebungaan dari bunga jantan ke betina tiada masalah sebab bahagian bawah jagung isinya padat. Cuma di bahagian atas tiada isi. Dalam buat-buat pandai andaian tukang kebun rasa cuaca yang panas di mana bahagian atas tongkol jagung lebih terdedah kepada element panas terik pada musim kemarau ini telah mematikan sel-sel tersebut menjadikan pertumbuhannya terbantut. Manakala di bahagian bawah terselamat disebabkan terlindung dengan daun-daun berlapis yang lebih tebal memberikan perbezaan hasil bahagian tongkol di atas dan di bawah. Faktor penyiraman juga mungkin salah satu sebab yang buatnya stress maka potensinya menghasilkan isi berkurang.. Kalau yang berterusan disiram hasilnya lebih memuaskan walaupun pada musim kemarau. Cuma kali ini naluri tukang kebun rasa buahnya cepat masak pula berbanding dengan baka kampung jagung lain. Memandangkan buahnya cepat masak, bahagian atas yang tukang kebun bulatkan warna jingga itu masih sangat lembut untuk buat sayur menjadikan double happiness. Cuma rebus jagung White Truckers Favorite yang baru dituai dalam air mendidih dalam 5 minit sungguh lembut dimakan. Mula-mula tukang kebun ingat tongkol yang bahagian atas tu dah keras nak dimakan seperti baka-baka lain. Tetapi bila diratah-ratah lepas habis isi dimakan, tak disangka pula rupanya masih lembut tongkol bahagian atas tersebut lebih lembut dari baby corn yang dijual dekat pasar tu. Menjadi pengajaran, lain kali tongkol yang bahagian di atas tu tiada isi boleh dipotong diasingkan buat lauk sayur untuk baka jagung kampung jenis ini. Double happiness dapat makan isi jagung, dapat makan 'baby corn' tiada pembaziran. Jagung White Truckers Favorite adalah juga jagung yang sesuai untuk ditanam dituai baby corn masa buah jagungnya masih muda rambut berwarna putih suci lagi. Kalau rasa macam schedule kerja busy je clash timing kemarau atau nak outstation bila nak tunggu masa jagungnya masak, bolehlah tuai buahnya masa baby corn.
Jagung White Truckers Favorite adalah jenis jagung 'Early variety' dan drought-tolerant. Kesian batch kali ini diseksa oleh tukang kebun buat terabai tapi masih ianya berikan hasil rezeki kepada kami. Gambar di atas, yang dalam background rambut putih tu boleh tuai sebagai baby corn. Manakala yang bahagian depan sedang progress nak masak sabar ya. Gambar bawah biasanya dah boleh nak tuai dah masak, tengoklah rambutnya dah coklat gelap keseluruhannya. Nampak tak dicelah antara daun jagung dan buah jagung tu ada kerengga, menandakan jagungnya manis. Dekat tapak ni tukang kebun tanam setiap penjuru ada pokok Nenas madu Sabah. Sementara tunggu pokoknya rimbun membesar, ruang tengah-tengahnya ditanam jagung. Sebelum tu kacang tanah memberikan rezeki. Tapak gambar pertama di atas pula sebelum tu Kacang Soya Fuuki pun bahagia kami menikmati rezekinya. Sekarang ni dalam dilema, tapak tu tukang kebun nak pusing balik tanam Kacang Soya Fuuki ataupun nak tanam jagung second round. Tapak ini tumbuhan seperti jagung dan kacang soya adalah sesuai ditanam tanpa banyak pengawasan dari tukang kebun cuma sowing time nak kena betul ngam dengan progress perubahan cuaca. Masih belum tukang kebun yakin dengan rentak hujan bulan April ni. Tetapi Kacang Soya Edamame Mannarihakuchou yang baru dituai biji benihnya minggu lepas dan terus disemai dah mula bercambah semalam. Gardeners yang mengalami cuaca sama di Kebun Bahagia Bersama sekarang yang belum semai-semai biji benih kacang soya terperap dalam seedbox bolehlah semai biji benihnya minggu ini ya. Tukang kebun tiada extra biji benih kacang soya heirloom sekarang, hanya cukup untuk koleksi peribadi nak pusing-pusing tanam. Sukar nak dapatkan simpanan biji benih kacang soya banyak sebab kegemaran seisi keluarga. Tak tahan tengok buahnya teringat nak rebus je.
~ Very Limited Fresh Open-Pollinated Organic Untreated White Truckers Favorite Sweet Corn Seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard~
Approximately 15 seeds per-packet for RM3.00 (kebunkmg@gmail.com)
Wah...syukur dh jumpa pun bibit jagung kanji ni,lama dh Julie cari bibit jagung ni kak teringat pula dgn arwah nenek. Julie book 2pkt ya...thanks kak :)
BalasPadamBoleh bah Julie.
BalasPadamSuka masa kecik-kecik di tamu ada banyak jual, kekadang jagung yang dijual kecil dan isinya tidak penuh pun tapi ditanam secara kampung memang manis dan sedap. Habis isinya dihisap-hisap air yang tinggal di tongkol jagung.