Halaman

Ahad, 30 Mac 2014

Pemberian Putih Tak Putus-Putus

 Seperti yang dilaporkan minggu ini warna putih memang dominant di Kebun Bahagia Bersama. Di penghujung bulan March ini apabila buat pusingan di bahagian belakang Kebun Bahagia Bersama yang jarang di jenguk musim kemarau ini kecuali pada hari cuti, banyaknya benda putih-putih dikeluarkan dari hasil pokok. Syukur Alhamdulillah bukannya bena-bena putih yang kelihatan tapi yang menghiburkan hati si tukang kebun. Tiga antara pilihan benda-benda putih tersebut dicatatkan hari ini dari belakang Kebun Bahagia Bersama setelah baru masuk dari kebun menanti Chef dengan menu Jepun tengaharinya. Minggu ini beberapa pokok limau kasturi memberikan kejutan menghasilkan banyak bunga. Pada awal pagi tatkala embun ada sungguhlah wangi keharuman bunganya menusuk kalbu.
 Bukan tukang kebun sahaja bahagia tetapi pelbagai jenis lebah bertandang bahagia mengisi perut tanpa menghiraukan kehadiran tukang kebun. Menari-nari berterbangan mereka hinggap dari satu bunga mekar ke satu lagi dan kekadang berpusing-pusing kembali kepada bunga yang sama menyebabkan peratusan success polination bunga limau kasturi adalah sangat tinggi. Sebagai contoh gambar di atas si Dia yang besar bersayap biru berkilau-kilauan asyik menghisap madu bunga dari pokok limau kasturi yang sudah belasan tahun berada di sini. Pokok limau kasturi ini dari tukang kebun sekolah menengah lagi memang dah berbuah dan sehingga sekarang memberikan kami rezeki. Tahun lepas ada tukang kebun setelah pruning berikannya baja tahi kambing.
 Yang pasti menggembirakan hati big boss ialah beberapa hasil pokok limau kasturi yang tumbuh dari semaian tangannya hikmah dari musim kemarau tahun ini, pertama kali berbunga. Subhanallah pertama kali pokoknya berbunga, merimbun pula tu bunganya penuh satu dahan seluruh pokoknya menarik perhatian tukang kebun. Walaupun pokoknya tiadalah nak dilabelkan sebagai Miss Universe, ada lubang sini sana daunnya kena makan, ada nampak sakit daun sini sana tapi bila dah keluar bunganya meriah setiap ranting atau dahan. Tukang kebun biarkan sahaja sebab ini lumrah dalam kebun bukan manusia sahaja yang ada tetapi pelbagai makhluk lain juga dalam satu eco-system yang balance (give and take serta bersabar, "Everything Happens for a Reason"). Kalau disembur mahupun secara organik ataupun tak organik, serangga baik pun akan tinggalkan kita bukan sahaja yang kita anggap tak baik. Pokok-pokok limau kasturi batch yang big boss tanam ini tidak memakai ruang pun kerana pokoknya meninggi ada yang mencapai 3 meter macam gambar di atas. Itupun boleh kelihatan lebah dalam gambar atas (bulatan biru) gembira menghisap madunya. Tidak tukang kebun risau walaupun tinggi pasti ianya berjaya membuahkan hasil InsyaAllah dengan pertolongan si Lebah-lebah. Kita bagi dia (lebah) makan makanan organik (madu), kita (homo sapien) pun dapat makan makanan organik (limau kasturi) <kononnya You scratch my back and I'll scratch yours>. Hope this pact between us forever will be. Dalam gambar bawah (bulatan biru) sudah kelihatan bunga yang telah berguguran kelopak bunganya, menampakkan pembentukkan buah limau kasturi yang InsyaAllah membuahkan hasil untuk tukang kebun hasil pertolongan si Lebah dalam kebun. Siapa perasan bud bunga pokok cotton bersebelahan dengan bunga limau kasturi?
 Atas pokok Kapas (Cotton bukan Kekabu/Kapok) <info klik sini> sudah nampak macam banyak gumpulan seperti bola salji memanggil untuk dituai. Tak cukup masa pula hujung minggu ini sebab menyelesaikan projek lain dahulu. Ingat minggu depan nak pruning pokok kapas ini sampai tinggal suku ketinggiannya mudah nak tuai dan memberikan pertumbuhan yang baru. Moga dapatlah kutip cukup nak buat bantal peluk untuk Abby (nak kena minta tolong big boss yang jahit).
 Jalan-jalan di kebun minggu ini juga kelihatan banyak pokok bunga spider lily kembang dan berputik. Yang dalam gambar di bawah adalah pokok spider lily bersebelahan dengan pokok jambu yang matang sudah berbuah. Pemerhatian yang belum conclusive 100%, cuma 'hunch' seorang tukang kebun, ada kemungkinan perjalanan atau route tentera anai-anai avoid lalu dekat dengan bawang pokok bunga spider lily. Selain itu minggu ini kelihatan beberapa pokok bunga Hippeastrum Equestre juga telah bangun dari tidur kembang minggu ini.

2 ulasan:

  1. Sis masih buka pesanan tak untuk bulb? Kalau masih ada, sy nk pesan. Ble tak?

    BalasPadam
  2. Bergantung kepada jenis bulb apa Bisikan Nurani. Kalau spider lily bulb seperti di atas masih ada lagi.

    BalasPadam