No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 10 November 2013

Natural Fibre COTTON

 Antara jenis kain yang selesa dipakai tentunya ialah kain yang berkualiti 100% pure cotton, terutamanya untuk kulit si manja kita yang baru sahaja lahir. Sukar untuk mendapat kain cotton yang bukan dibesarkan secara organik di negara sedang membangun. Rata-rata kain cotton organic telah dipajak oleh brand-brand terkenal di negara Barat untuk membuat pakaian sebab banyak kesedaran dan demand supply di Negara Moden berkenaan lifestyle ke arah living with Organic Goods. Pokok-pokok cotton adalah antara tanaman yang banyak disembur dengan racun di ladang-ladang. Ibu di negara maju ramai sekarang telah bertukar menggunakan 'Modern Cloth Diaper' dan bukan disposable napkin yang after dispose juga tak reput-reput membuatkan tempat pembuangan sampah menggunung. Tukang kebun juga very impressed melihat hasil corak jahitan purely hand-made dari ibu yang berbakat menjahit Modern Cloth Diapers untuk anak mereka sendiri yang kemudiannya telah menjadi hobi mereka supply untuk ibu-ibu yang lain tak berbakat seperti tukang kebun. Yang unik coraknya hand-made sampai auction, syabas kepada ibu yang dahulunya career woman tapi mengambil keputusan bertukar kepada 'Stay at Home Mother' mengasah bakat yang terpendam tak disangka. For fathers, should be happy save a lot of money dan tak perlu kalut-kalut asyik nak kena pergi kedai beli pampers (akhirnya papa Abby dah reformed selepas dompetnya selamat dari membeli pampers, cukup belanja hanya sekali beli Modern Cloth Diapers, pakai ulang kali dan boleh gunakan untuk future adik). Di zaman sekarang pun, kita ada mesin basuh nak membantu. Ilhan pun masa bayi sensitive kulitnya, calit-calit ubat ruam pun tak de perubahan, kami tukar ke cloth nappy (lampin style lama) and Ilhan happy. 
  Semasa membesarkan baby, perbelanjaan di rumah pasti banyak budgetnya untuk membeli barang-barang bayi, salah satunya ialah tissue wiper untuk mencuci bahagian bawah baby. Kalau di rumah , home-grown fluffy cotton ball boleh juga digunakan untuk membersihkan bayi. Sama saja konsepnya dengan tissue wiper pakai buang, tapi percuma lebih cepat degradable. Boleh buat cotton bud sendiri. Yang pandai menjahit boleh buat pelbagai seperti bantal, ataupun mungkin boleh upah tolong jahitkan. Bagi mereka yang lebih kreatif pun boleh menghasilkan pelbagai cenderahati dari kapas.
 Semasa zaman kanak-kanak dulu, tukang kebun selalu wonder asal usul cotton yang boleh menjadikan baju untuk kita melindungi badan dari panas dan sejuk. Dari dan Macam mana kapas yang putih fluffy ni terbentuk itulah soalan yang ada dahulu. Bila dah ada 3 anak barulah ada peluang nak explore dan educate diri sendiri kitaran hidup natural fibre cotton. Rasanya bagi cikgu untuk mencari idea projek kelas, projek memperkenalkan pertumbuhan asal usul natural fibre 'COTTON' as a suggestion. Gambar di atas adalah yang bahagian depan ialah anak-anak pokok cotton yang baru sahaja bercambah (sebelahnya adalah anak-anak pokok balsam). Musim hujan lebat ni boleh juga letak bekas semaian di bawah kanopi pokok untuk mengelakkan dari ditimpa hujan yang kuat tapi masih menerima tempias hujan.
 Rupa bentuk daun pokok cotton macam tapak kaki dinosaur yang kecil (bahagia hidup di Petak No. 2).
 Bunganya dari sudut tepi sedang berkembang dan berwarna creamy white. Menurut Pak WIKI, anggaran data terkini ada sekurang-kurangnya 50 spesis jenis cotton. Ada juga spesis cotton yang bunganya berwarna pure white, pink dan lain-lain. Jenis pokok-pokok yang kami ada sekarang ketinggiannya adalah antara 1 ~2.5 meter. Asal biji benih tanaman cotton di Kebun Bahagia Bersama yang dihadiahkan kepada Tukang Kebun adalah dari seorang Seed-Savers Ms. Paik Yin yang tinggal di kawasan Lembah Klang duduk di kawasan Taman tapi sangat menyukai konsep kebun permaculture.  Katanya pokok cotton jenis ini sangat mudah tumbuh di rumahnya.
 Bunga cotton menyerupai bunga raya sebab tergolong dalam keluarga Malvaceae, begitu juga dengan bendi dan rozel. Bunga cotton yang kembang penuh cantikkan, double bloom lagi.
Dalam diam-diam setelah kelopak bunganya gugur, membentuk kapas putih di dalam 'cotton bolls'. Seronok bila tengok bila dah terbuka dengan sendirinya nampak fluffy cotton di dalam.
 Tanaman bukan sahaja memberikan makanan tapi juga pakaian kepada kita.
 Ini bukan pokok kekabu (kapok). Ini pokok kapas (cotton). Besarnya bukan macam pokok kapok. Cuma mengambil masa 6~9 bulan untuk mula berbunga pokok kapas.

~ Open-Pollinated Fresh Cotton Seeds ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)

Boleh pesan di kotak komen ataupun (kebunkmg@gmail.com).

28 ulasan:

Nitesky berkata...

1 pek ye

nadia rashid berkata...

ini kali pertama tengok bunga cotton...cantik creamy white...:D

Tanpa Nama berkata...

Hi Diana, I wanna ask how tall can this cotton tree grow ? Thks
Choi Min, PJ

Awin berkata...

menariknya. setahu saya pokoknya tinggi kan Diana?

suka suka berkata...

k mar 1 pek...

@na berkata...

MasyaAllah cantiknye...ingatkan pokok cotton ni jenis pokok besar...

ct aju berkata...

kat kampung dulu ade...skrg dah xde dh...sib baik nmpk kat laman diana...

Ibu Qistina berkata...

Saya nak juga Diana. Tq

Sean L berkata...

Comel sungguh cotton ball tu. Mesti ramai yang tak dapat bezakan Gossypium (real commercial cotton) yang tumbuh tak lebih tinggi dari 2m dengan pokok kapok yang tinggi bermeter-meter. Pokok Hibiscus pun dalam subfamily sama tapi tak boleh sintesis pigment kuning gossypol. Satu lagi pokok besar yang dalam family Malvaceae (jangan terkejut) adalah...pokok Durian.

cucubulat berkata...

salam,,simpan untuk sy 1 pek yer..

olive berkata...

So interesting plant. Btw, how tall is the mature plant?

Tanpa Nama berkata...

Salam bahagia Diana,

Saya nak order 2 pek ya.
Thank you. (Samiah- red_888_soul@yahoo.com)

Tiny gardener berkata...

D, nak 1 pek. Email me ur latest catalogue to view other seeds too.

cikmanggis berkata...

Salam Diana.Lamanya makcik tak singgah ke Kebun Diana ni.1st time nampak pokok cotton.Ingatkan kekabu tadi.Tak sangka pokok seperti ini boleh tumbuh di malaysia.

Suzie berkata...

Dulu kecik2 ada pernah tengok pokok kapas ni tapi berduri. Tak ingat pula bunga warna apa. Cuma ingat mmg ada duri.

Sola Hadi berkata...

ooo...setahunye pokok yg besa je..

TukangKebun berkata...

Tukang kebun dah catit simpan biji benih cotton untuk Nitesky, Kak Mar, Ibu Qistina, Cucubulat, Samiah, Sali.

Nadia ~ Cantik bunganya yang boleh memberikan hasil untuk kita.

Choi Min, Awin, Ana, Olive,Sola Hadi ~ Just to clarify ini bukan pokok kapok (kekabu), tapi pokok cotton kapas yang kadangkala ditanam sebagai pokok jenis annual di ladang-ladang cotton. Besar bukan macam pokok kapok, bukan macam pokok hutan tu, average jenis yang KBB tanam about 1 ~ 2 metres tall still in range senang nak collect kapasnya. Usually yang selective commercial ones are more renek for easier harvesting.

CT AJU ~ Oh pokok ni tanam suka-suka je, siapa yang berminat boleh buat ladang komersial hehehe kalau ada tanah di kampung.

Sean ~ I was just testing readers knowledge to differentiate between real commercial cotton and kapok and purposely did not clarify clearly...hehehe...Pokok durian punya bunga sangat cantik tapi tak sama sangat dengan hibiscus jadi tak perasan sangat nak link with Malvacea. Pokok durian belakang rumah ni harap bunga je banyak tapi buahnya belum besar bola tenis dah gugur semua.

CikManggis ~

Salam Bahagia Makcik Sapinah,
pokoknya sukakan cuaca di Malaysia, penjagaan pun sama sahaja macam bendi dan roselle.

Suzie ~ Yang ini jenis tak berduri.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam, saya nak oder 2 pek ya
email: puterisadiqah@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Puteri Shuaimi boleh email (kebunkmg@gmail.com) untuk maklumat.

Unknown berkata...

boleh tnm dlm pasu ke??bole nnt tumpang tnm dlm pasu (tong air marmar yg org buang),kt tempat stor abah kerja tu..nk cuba la,bg benih ni kt abah suh tnm.moga berjaya tumbuh....nnt bole update kt sini ;)

TukangKebun berkata...

Pasu boleh cuba kut Ezza Aziz. Tapi nak pasu besar. Good Luck :) .

laura berkata...

Salam, saya perlukan bunga kapas seperti gambar di atas. Saya perlukan 2-3 kuntum. Dimana saya boleh dapatkan bunga kapas?

Unknown berkata...

Salam.mcm mana sy nk order biji benih?

Unknown berkata...

Salam cmne nk order tu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Boleh buat pesanan hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.

Unknown berkata...

Mcm mne nk daptkn bnih pokok cotton ni.serius sy nk tanam.boleh contact sy x.0176795424 amy.
Harap dpt balas komen sy

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Kami hanya berurusan secara online sahaja melalui email (kebunkmg@gmail.com).
Ada benih cotton.
Further details email ke kebunkmg@gmail.com .