Halaman

Selasa, 6 Mei 2014

Daun Pelepah Style Orkid

 Orkid yang menumpang di pokok cempaka putih akhirnya hujung bulan lepas mula kembang berseri. Sejak tukang kebun jadi care taker Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh ini pertama kali ianya berbunga. Pertama kali kami bertemu ianya masih kecil lagi perlahan-lahan pokoknya membesar dan dah mengembang macam pelepah kelapa pula. 
 Di celah-celah macam pelepah tu bila nampak macam ada keluar di tepinya macam kuku monster, tukang kebun agak-agak tak lama dah nak musim bunganya. 
 Transformasi atau perkembangan keluar kudup-kudup bunganya cepat juga.
 Mula-mula tukang kebun ingat kayu tua panjang putih apa ni yang tersangkut dekat pokok cempaka putih. Nasib baik tak ditarik bila ku raba-raba rupa-rupanya orkid tu punya akar agaknya sebab bersambung. Dulu takde ketara nampak akarnya ni. Agaknya sama-sama memanjang perkembangan akar dan macam daun pelepahnya. Kerja weeding di bawah pokok cempaka putih yang tergendala.
 Tukang kebun tak pasti orkid jenis apa ini, jadi mohon tunjuk ajar yang ada ilmu dunia orkid. Nampak orkid ni macam bertenggek atas pelepah kelapa je. Dunia orkid ni tukang kebun belum nak masuk menghayati lagi takut terjebak nanti tak boleh berhenti menambah-nambah dia. Lama juga dia kembang sehingga sekarang masih segar bugar.
 Jenis-jenis kumpulan orkid yang sedang berbunga sekarang di Kebun Bahagia Bersama ialah:

"Antelope" Dendrobium (previous posting klik sini).
Tumpang atas pokok mata kucing.

Tumpang atas pokok belimbing besi.
Yang menarik kedua-dua jenis orchid tadi musim bunganya hampir sama dengan musim bunganya tahun lepas. Tukang kebun tak pernah pula baja mereka. Sekarang ni kalau setiap tahun pada bulan Mei di Kebun Bahagia Bersama sebelah Sungai Buloh bolehlah tahu yang kedua-dua jenis orkid ini menyerikan kebun pada bulan Mei.

 Kemudian di Kebun Bahagia Bersama sebelah Kampung Poturidong di Sabah pula sama seperti tahun lepas pada bulan Mei adalah musim bunga orkid.....

Phalaenopsis
Tumpang atas pokok kelapa.

 Yang ada ilmu mengenai orkid mohon tunjuk ajar nama kumpulan orkid No. 1 ya. Rindu pula dengan Sean dah lama menyepi yang banyak ilmu dalam dunia orkid. Nadia mama Naufal Raeesa nanti ada masa selak-selak buku baru orkid tu ya :) .

12 ulasan:

  1. Tak semua org tahu tanam orkid sebb x mcam tumbuhan lain perlukan tanah. unik bunga plak tahan lama.

    BalasPadam
  2. Berapa lama bunga orkid ni bertahan ya...Cantik sunguhh berseri-seri..tak puas memandang terutama yang dark pink tu...

    BalasPadam
  3. cantik2 semuanya orkid Diana...akak pun x mahir sangat nama jenis orkid2 nie...orkid phall tu mmg cantik..

    BalasPadam
  4. Orkid dari spesis vanda rasanya...nama saintifik yang sebetulnya sy tak pasti..:D

    BalasPadam
  5. Cantik orkid yang warna kuning tu..

    BalasPadam
  6. Lovely orchids Diana. Hahaha, sibuk sikit dan malas nak update blog. Love the phalaenopsis! Mesti cuaca skrg dah sesuai. Btw how did the figs go?

    BalasPadam
  7. cantik2nya orkid kak Diana ni :)

    BalasPadam
  8. sukanya akak tengok orkid2 tu semua...

    orkid tu rasanya dari kumpulan vanda... barangkali andrea bocelli vanda. tengok dari rupanya macam betul...

    BalasPadam
  9. hope everything is ok with u. Hope u heard frm u soon....

    Choi Min, PJ

    BalasPadam
  10. Dear Nasa Mulia,

    Ada juga orkid tanah yang memang kena tanam atas tanah. Dunia orkid ni memang luas ada pelbagai jenis. Tukang kebun pun baru nak fahamkan serba sedikit mengenai dunia orkid.

    Dear Sud@is,

    Jenis vanda ni ada kut nak hampir 2 minggu bertahan. Sekarang dah mula pudar dan layu.

    Dear Kak Haslinda,

    Jenis Moth Orkid memang menarik perhatian orang dengan saiznya besar dan nampak macam kupu-kupu besar berterbangan.

    Dear Nadia,

    Thank you dear vanda rasanya :) .

    Dear Kak Mala,

    Yang macam bertanduk tu, orkidnya tak besar tapi bentuknya comel menarik perhatian.

    Dear Sean,

    Kalaulah moth orchid tu dah beranak rasa macam nak culik bawa balik hehehe....
    The figs fare very well during the draught season although only 1~2 per-week of watering.
    Now one of the plants have small fruits attached on it.

    Dear Julie,

    Bukan orkid tukang kebun hehehe...numpang bahagia dengan big boss punya collection. Tukang kebun belum pernah beli orkid lagi.

    Dear Kak Madihaa,

    Thank you Kak tolong identified. Wah tak sangka penyanyi tenor Andrea Bocelli ada orkid diberikan nama sempena beliau.

    Dear Choi Min.

    Thank you for thinking about us. Had conjunctivitis. So sad could not see clearly how the plants were faring. Feel much better now.

    BalasPadam
  11. Orkid 1st 2 nmanya orkid tulang.

    BalasPadam
  12. Dear Sirianishahrom Sue.

    Memang nampak macam tulang belakang

    BalasPadam