Kenangan sekeluarga pada hari buruh tahun 2014, tidak ke mana-mana tapi bersama-sama membuat memori di Kebun Bahagia Bersama di ruang ini. Selepas papa Abby selesai potong rumput di bahagian halaman rumah, ingatkan nak meneras (belajar perkataan ini dari Kak Mala) di bahagian ini. Bosan pula rasanya asyik mencantas pokok-pokok yang berdaun lebar macam daun pisang (sorry nama tak terkeluar dari kepala) berderat dekat kawasan yang kosong tu. Daun pokok-pokok ini boleh digunakan untuk membalut ikan yang hendak dibakar atau dipanggang menjadi pengganti daun pisang. Boleh juga dibuat bekas makanan bagi mereka yang pandai menganyam. Pokok ini mudah merebak dengan rizom dalam tanah tu (dalam gambar bulatan warna oren pokok dan rizom).
Papa Abby kena gali keluar semua rizomnya, kalau ada yang tertinggal mesti naik balik nanti bila musim hujan. Abang-abang Abby pula berdekatan lokasi ini menuai bunga-bunga telang (Rayyan teringin nak minum air sirap biru). Abby tolong mamanya sorting rizom-rizom tersebut dari terbuang sebab dah ada sekurang-kurangnya 100 lebih pokoknya di keliling rumah. Bolehlah dipindahkan ke kebun-kebun lain untuk penghantaran pesanan-pesanan Pos Laju pada hari ini jika ada ruang dalam parcel dan tidak melebihi had berat. Rizom tu tak perlu tanam dalam setakat cover dengan tanah dah memadai dengan seinci tinggi tanah.
Memandangkan tukang kebun selalu lupa apa yang diisi secara random rezeki lebihan dari Kebun Bahagia Bersama jadi minggu ni tukang kebun buat nota boleh link nanti. Yang minggu lepas, tukang kebun tak buat nota jadi sendiri pun teragak-agak nak jawab bila terima email-email mengenai rezeki yang dikongsikan dari kebun apa yang diterima (sorry semenjak ni tukang kebun lupa). Tanpa pilih kasih secara random, teka-teki rezeki lain yang dikongsikan tukang kebun mungkin ada sertakan, lawat posting sebelumnya (klik link sini).
Projek layout baru untuk lokasi ini bermula lepas pukul 10 pagi. Tukang kebun perasan ruang ini yang bersebelahan tembok baru mula menerima cahaya matahari secara direct pukul 10 lebih (Gambar No1). Bila dah pukul 11 lebih pagi baru sepenuhnya menerima cahaya direct keseluruhannya. Kemudian lepas pukul 2 kawasan ini dah tidak menerima cahaya matahari secara direct. Untuk gardeners yang baru nak kenali laman mereka, kenalilah pergerakkan cahaya matahari, ini adalah antara satu faktor utama bagaimana nak menyusun tumbuh-tumbuhan di laman anda.
Di ruang ini, kenangan hari buruh 2014, kami pindahkan: pokok bunga Ri Ri Ying; jambu lohan (beli dekat MAHA dulu sekarang baru nak pindah dah setahun setengah); pokok Lemon dari semaian biji benih (sama batch dengan yang dibekalkan dari Feb 2014 sehingga sekarang limited stock tinggal); pokok nilam dan di belakangya tak ingat nama dari Dr. Ghani Langkawi; pokok oval lemon grafted; pokok kari tu tumbuh sendiri di situ. Dalam perancangan, ingat nak pindahkan pokok naga di situ. Kemudian pindahkan hippeastrum di sebelah depan bila ada masa.
Di sebelah projek baru ada pokok tahiti lemon yang baru mula berbuah sejak penghujung tahun lepas. InsyaAllah kalau pokok tahiti lemon tu boleh hidup subur di sebelahnya, yang baru dipindahkan didoakan besar subur begitu juga. Sebelum dipindahkan anak-anak pokok, dear hubby dah gembur tanah dengan tahi baja kambing. Jadi alang-alang, pokok tahiti lemon pun diberi baja sekali. Dekat belakang pokok tahiti lemon ni pun ada beberapa jenis pokok puding koleksi big boss. Pokok bunga kertas pun telah diberi hard pruning sampai gondol macam big boss selalu buat.
Sambil-sambil packing pesanan semalam dah pukul 6 petang lebih untuk dipos pagi Isnin tadi, tiba-tiba terkejut tukang kebun tengok rumpun pokok tampaka (info bawang dayak klik sini) kembang berseri, pada hari pertama semalam tak kembang lagi konon-konon nak bagi kejutan untuk tuan baru. Tukang kebun bercakap dengan dia kenapalah awak kembang hari ni, tunggulah sampai ke tuan baru (Kak Mar), baru kembang berseri. Tukang kebun pun pergi intai-intai di tempat semaian tengok kalau ada yang kudupnya masih ada beberapa hari nak buka...erk semua nak kembang seri petang semalam. Tampaka biasanya kembang berseri lepas waktu Asar ya, berbeza dengan bunga-bunga yang lain biasanya sebelah pagi dah kembang.
Wah sehat bersih kn kebun...sy pun ada buat projek labur day...hihih tampak tu spesis orkid ke?
BalasPadamOoops dah kembang ya... tak pe la... kat Seremban susun pokok untuk sorok2 dari kepanasan bila lama tak hujan dan jadinya laman kami not presentable .. kena ada strategy untuk bagi pokok tahan lama ..
BalasPadamChome bunga tampaka ni..macam orkid Tanah pun ada.
BalasPadamPokok mcm daun pisang tu, pokok calathea lutea kan? cantik tanam susun tepi pagar, tapi tepi pagar rumah saya dah tersusun pokok bunga canna...
BalasPadamrajin nyer bekebun =)
BalasPadamSalam singgah & Salam perkenalan =)
Salam Nadia.
BalasPadamTampaka rasanya adik beradik dengan keluarga pokok bunga IRIS.
Baru selesai potong rumput nampaklah bersih kalau tak rumput memanjang.
Salam Kak Mar.
Mungkin ada rezeki nak tengok bunganya kembang lagi. Tampaka biasanya bila dah bawangnya besar bagi dormant kejap. Tanam balik baru keluar bunga. Tak pe kebun ni design selalu bertukar-tukar, kekadang nak tukar selera juga.
Salam Kak Mala,
Daunnya nampak macam orkid tanah tapi bukan spesis orkid.
Salam Farah,
Adik beradik calathea. Tapi rasanya bukan calathea lutea sebab bentuk bunganya berbeza. Itu tak berani nak declare which calathea lagi. Pokoknya cepat merebak. Canna pun cantik juga susun di tepi pagar.
Salam Kak aIEn,
Berkebun sambil bersenam keluarkan peluh bakar lemak hehehehe...terima kasih singgah.