Halaman

Sabtu, 3 Mei 2014

Antara Tiga Tuaian Tiga Mei

 Antara tuaian pada hari ini ialah Turnip Hinonakabu. Tak tahan dah tengoknya terliur-liur jadi yang mana tumbuh rapat-rapat sangat dan dah berisi akarnya tukang kebun tuai. Semai biji benihnya tak sampai 2 bulan dah mula boleh tuai. Akarnya bahagian atas berwarna ungu seperti batang daunnya dan di bahagian bawah pula berwarna putih. Semai dalam pasu terus yang hanya kedalamannya anggaran 20cm dipancari penerimaan matahari yang banyak. Semaian di petak Angsa (klik sini) minggu lepas yang menariknya antara benih-benih lain, turnip hinonakabu yang muncul dahulu. Turnip hinonakabu bukan jenis yang besar jadi dalam gambar di atas kalau dah macam saiz yang akarnya macam paling besar dalam gambar dah molek nak dituai. Daun-daunnya yang muda juga boleh dimasak sekali, double happiness dapat makan daun dan akarnya. Tukang kebun masuk isi akar dan daun muda dalam sup bebola daging kegemaran Abby. Progress Turnip Hinonakabu sebelum ini boleh tinjau di posting sebelum ini (klik sini).

 Di petak 2 hari ini, pokok-pokok kapas dipangkas sebab dah makin redup di situ untuk nak pindahkan bakal penghuni-penghuni baru bagi pencahayaan. Dapatlah tuai kapas-kapas yang tak tercapai di tempat yang tinggi. Pokok kapas boleh dipangkas kalau nak control pembesarannya bila dah matang.
 Di petak E pula tukang kebun pruning pokok-pokok asin-asin di situ. Jadi asin-asin juga menu makan tengahari kami. Sambil itu, pokok mulberry di petak E juga sudah di beri hard pruning.

4 ulasan:

  1. hebat!!! tuaian bulan Mei KBB belum sampai separuh bulan lagi..

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan turnip.Bagaimana rasanya dan adakah bersaudara dengan radish.

    BalasPadam
  3. Syukur ....banyaknya tuaian .....lama x makan pucuk asin asin tu.

    BalasPadam
  4. Adalah rezeki sana sini ikut musim sepanjang tahun dari kebun Sudais. Dah lama kemarau tempoh hari bolehlah mula rasa yang boleh makan.

    Kak Mala~ Turnip dan radish ni ikut jenis kak bukan semua rasa sama. Jenis-jenis lain ada rasa lain. Turnip yang ni rasanya dan baunya tak kuat macam turnip lain setakat ni pernah cuba tanam dan makan.

    Suzie ~ Syukur Alhamdulillah. Bolehlah ganti jenis sayur/ulam nak makan dalam seminggu.

    BalasPadam