Untuk Bulan Mei ini dalam senarai page '3 plants mix for RM10' (lawat klik sini), ada 3 ahli baru. Salah satunya ialah tumbuhan bernama 'pecah beling' (kalau satu pot RM5.00).
Awal pagi ini, seronok tengok buah cili tapurak meriah pokoknya bila hujan sudah sekali-sekala bertandang di petak No. 5. Syukur Alhamdulillah pokok-pokok cili tapurak ini gagah menempuhi musim kemarau lalu tanpa dihiraukan (kuat dia menerima ujian). Di petak ini juga di barisan belakang, bulan lepas ada tukang kebun tanam ubi kayu baka dari Sabah (gambaran klik sini). Dah merimbun pokoknya dan antara dia dengan pokok-pokok cili tapurak pula bulan lepas ada ditanam 2 anak pokok roselle (tak nampak dalam gambar sebab masih kecil). Untuk gardeners yang baru berpindah, tanah keras, panas sebab tiada pokok di sekeliling, tiada masa nak jaga, tanamlah dulu keratan batang ubi kayu. Pucuknya boleh celur dibuat ulam. Nanti bila dah mula berubi, ubinya akan menolong gemburkan tanah yang padat itu. Adalah benda menghijaukan laman rumah dari penat memotong rumput sahaja. Projek tukang kebun tahun ini, mana lokasi/petak-petak yang terbiar tanam ubi kayu atau tampaka (bawang dayak) dari memenatkan diri merumput. Dalam set '3 plants mix for RM10' dibekalkan 7 keratan ubi kayu baka dari Sabah.
Pesanan untuk pilihan serai dalam ' 3 plants mix for RM10' akan diambil dari rumpun petak B (dalam gambar) minggu/bulan ini. 7 batang serai yang dibekalkan akan mempunyai banyak akar-akar yang dapat ditanam tumbuh di kebun anda. Dalam petak B rimbunan serai ini sebenarnya sedang berjiran dengan ubi kayu, tampaka, kunyit, sengkuang dan pokok mulberry. Petak A di sebelahnya tu tutup mata sahajalah dulu, ada pelbagai tumbuhan ber-rizom/ubi yang menetap di situ di kelilingi rumput.
Quick harvest awal pagi hari ini: Lemon, terung pipit, cili tapurak, dan Ceri Terengganu.
Posting merangkap nota, sendiri selalu tak ingat ada apa di setiap petak di belakang kebun tu.
Kawan2 patut beli pecah beling ni. Nilai perubatannya tinggi..
BalasPadamKebun bahagia bersama mmg penuh dgn pokok2... Xde ruang pun nmpk tanah
BalasPadamceri terengganu rasa mcamane...tak pernah jumpa buah ini..
BalasPadamKak Mala,
BalasPadamMemang pecah beling ni boleh bantu macam-macam kesakitan.
Nadia,
Penuh dengan rumput-rumpai je tu nampak macam banyak pokok hehehe..itu sebab tanah tak nampak.
Tukang kebunnya pun jadi malas membaja nanti dok bela rumput gemok ja.
Nasa Mulia,
Kena tunggu masak betul isinya manis, Cuma kulitnya tu orang selalu gesek-gesek atau kupas keluar sebab ada rasa kelat sedikit.
Cantik betul lemon, terung pipit, cili tapurak, dan ceri Terengganu tu. Cemburu gak melihatnya. Tapi beri inspirasi juga. Btw, ceri tu tak perlu tunggu merah dulu ke?
BalasPadamIsmail N,
BalasPadamCeri tu kalau tunggu lagi gelap warnanya nanti tuannya tak dapat merasa habis night creature enjoy dulu.
Assalamualaikum.
BalasPadamSaya berminat nak tanam bunga2 dan herba yang bole dimakan. Bole tak bagi senarai, bunga yang bole dimakan. And di arab saud, ada dua musim sejuk dan panas. Saya nak indoor plant, sebab bila panas di saudi, terlalu panas.
Jazakallahu khair sister
Assalamualaikum sis
BalasPadamSaya nak tahu list bunga yang bole dimakan, termasuk daun bunga tersebut. Cuaca di arab saudi panas dan sejuk, jadi yang mana sesuai untuk indoor plant, sebab bila musim panas adalah sangat panas
Jazakallahu khair sis
Waalaikumsalam dan Salam Bahagia Doux Visage.
BalasPadamSaya tidak expert dalam indoor plants terutamanya di area Arab Saudi memandangkan cuaca yang berlainan. Walaupun saya pernah berkebun beberapa tahun dalam iklim warm temperate biasanya saya menanam mengikut musim dan di luar rumah. Cuma yang di dalam rumah banyak tumbuhan yang dibawa masuk untuk diselamatkan dan disimpan untuk ditanam semula ke luar apabila cuaca adalah sesuai untuknya kembali. Pencahayaan juga memainkan peranan penting di mana tumbuhan itu akan diletakkan di dalam rumah. Cara yang paling baik ialah melawat nursery di sekitar sana mengikut musim untuk mengetahui kesesuaian musim bunga sekarang.