Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Gondolkan Bougainvillea

 Projek Sabtu lepas ialah projek meneras pokok-pokok besar yang dah merimbun. Salah satunya ialah pokok bunga kertas klasik yang dah berbelas tahun menyerikan atap di salah satu sudut porch bahagian depan rumah. Pada musim kemarau yang lepas sungguh meriah berbunga di atas atap tersebut. 
 Memandangkan bulan ini dah mula merimbun hijau pula dan boleh memberikan teduhan kepada makhluk yang nak dielakkan, maka digondolkan pokok bunga kertas ini pada Sabtu lepas. Ini adalah aktiviti wajib Kebun Bahagia Bersama dalam setahun sekurang-kurangnya 2~3 kali pokok bougainvillea ini akan digondolkan. Lagipun dengan hujan kerap bertandang, maka musim yang sesuai untuk dibuat hard pruning, sekejap sahaja akan naik balik berbunga. Biasanya yang di bahagian atas, dearest husband yang pangkas manakala yang bahagian bawah tukang kebun yang pruning. 
 Kali ini bunga kertas yang di sebelahnya jenis daun variegated hijau belang putih dibiarkan dahulu menyerikan sudut ini sebab baru kembali naik bila di hard pruning tempoh lalu. Tukang kebun juga ambil kesempatan alihkan anak-anak bawang hippeastrum ke lokasi ini yang ibunya menetap di sini. Alang-alang diberikan baja tahi kambing di sini.

6 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Gondol sudah! Ada creepy crawly ke??

    BalasPadam
  2. Memang suka sangat tengok pokok2 bunga kertas klasik ni...Cantik bunga dan warnanya. Ini yang buat teringat zaman budak2. Main masak2 dengan bunga kertas.

    BalasPadam
  3. Batang pokok yg matang mcm ni ok kan kalau tut kan beberapa jenis pokok bunga kertas...suka tgk yg bermcm warna pada satu pokok

    BalasPadam
  4. Salam Mak Aji,

    Untuk mengelakkan creepy crawly dari menyusur naik bila dah bushy teduh sangat sekali sekala elok kasi pruning. Bila pruning nanti makin banyak bunganya muncul kembali.

    Salam Kak Mala,

    Dulu masa zaman kanak-kanak riang duduk di Shah Alam memang banyak koleksi bunga-bunga kertas bonda pelbagai warna dalam pasu. Lepas tu dibawa ke Sungai Buloh buat beberapa tahun dalam pasu. Kemudian perlahan-lahan semuanya dipindahkan ke tanah di selit sini sana.

    Salam Nadia,

    Batang main pokok bunga kertas veteran ni dah sebesar peha tukang kebun dah ni. Boleh nak tut kan beberapa pokok bunga kertas juga.

    BalasPadam
  5. Mak mertua saya suka betul bunga kertas - mcm2 warna ada. Saya suka tengok ja. :D

    BalasPadam
  6. Ismail,

    Bunga kertas mudah jaga dan rajin berbunga lebih-lebih masa musim kemarau bila yang lain duduk diam saja.

    BalasPadam