Tukang kebun seronok tengok perubahan daun dark opal basil yang berubah-ubah mengikut keadaan cuaca sekarang yang makin taburan hujannya tidak menentu. Beberapa minggu lalu hujan kerap bertandang di sebelah petang. Sekarang ni dah kurang pula hujannya sekejap ada sekejap tak ada. Ada hari panas terik dari pagi, ada hari tak berapa panas dan selesa buat kerja di luar. Perubahan cuaca ini juga adalah faktor utama si basil jenis 'Dark Opal' daunnya juga bertukar-tukar warna mengikut persekitaran di kebun. Sekiranya suhu rendah dan nyaman warna daunnya akan menjadi lebih kepada warna maroon. Oleh itu, menjadikan pertukaran rona warna daun 'Dark Opal' basil menjadi satu natural thermometer di kebun yang boleh dijadikan rujukan untuk tukang kebun. Ada tukang kebun bincangkan mengenai tumbuhan yang sensitif kepada perubahan suhu persekitaran boleh dianggapkan natural thermometer di posting lepas (info posting klik sini).
Tukang kebun tabur sahaja benihnya di dalam bekas yang menerima pancaran cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam dan watering exclusive from mother nature (berserah sahaja). Tukang kebun perhatikan bulan ini amat mudah percambahan biji-biji benih basil pelbagai jenis. Mungkin musim yang sangat disukai oleh adik-beradik si basil. Yang mempunyai cuaca yang seakan-akan dengan Kebun Bahagia Bersama bolehlah rancang nak semai biji-biji benih basil hujung minggu ini.
Tukang kebun perhatikan dalam anak-anak basil yang disemai, daun basil 'Dark Opal' lebih bergerigi (segregated). Tengah tunggu hujan berterusan datang nak pindahkan anak-anak pokok sweet basil 'Dark Opal' di beberapa lokasi dalam Kebun Bahagia Bersama. Pertumbuhan dan pertukaran warna daunnya mengikut cuaca akan datang ini akan memberikan pelbagai cerita dan rujukan hadapan di pelbagai sudut KBB nanti. Natural thermometer yang berbaloi boleh dapat banyak pokok bila ditanam dari biji benih dan boleh buat makan.
Bulan Mei ini masuk pelbagai jenis stock baru basil seperti berikut:~ Basil Dark Opal
~ Basil Lime (lebih zesty rasanya berbanding lemon basil/kemangi)
~ Sweet Basil Sweet Genovese
~ Sweet Basil Large Italian Leaves (tumbuh sendiri bermaharajalela di full sun sudah teramat compatible dengan cuaca sepanjang tahun di Kebun Bahagia Bersama).
Setiap 1 pek anggaran 50 biji benih (RM3.00).
Hi Diana,
BalasPadampls reserve 1x for dark opal, basil lime and sweet genovese.
TQ
Choi Min
Menarik betul warna dark opal basil tu.
BalasPadammenarik la warna dark opal basil ni, mcm pokok ati2 je hehe...book sepeket ye kak :)
BalasPadamCantik daun nya...color pun menarik
BalasPadamHi Choi Min,
BalasPadamReserved for you and will post next week.
Dear Kak Mala,
Warnanya lain dari basil-basil lain yang biasa didapati.
Dear Julie,
Iya ada macam pokok ati-ati jugakan. Ada kami simpankan untuk Julie.
Dear Nadia,
Warnanya bertukar-tukar ikut suhu keliling.
Selalu tengok bunga tapi tak tahu namanya. Pui susah gak nak sebut tu
BalasPadamBunga basil ke Ismail? Basil pelbagai jenis lebih kurang saja bunganya.
BalasPadamBunga basil ke Ismail? Basil pelbagai jenis lebih kurang saja bunganya.
BalasPadam