Halaman

Khamis, 22 Mei 2014

Salmon Pink Water Lily

 Akhirnya water lily koleksi kepunyaan big boss kembang semalam. Dah lama tukang kebun tertanya-tanya daun pokok water lily yang terapung-apung dalam bekas ceramic warna hitam berdekatan gazebo bunga warna apa. Big boss pun macam dah tak berapa ingat warna apa yang berada dalam bekas tersebut. Semasa packing-packing penghantaran live plants semalam bersebelahan gazebo baru tukang kebun terpandang si teratai berwarna pink salmon ini rupanya tengah berbunga. Lebih baik direkodkan nanti makin bertambah makin tak ingat lepas tu terambil yang serupa.
 Comel tak kudup bunganya pun nampak macam baby rose di kedai bunga. Seronok sambil packing tumbuhan sambil menjamu mata dekat si teratai ini.
 Pukul 9 pagi lebih baru nak menggeliat bangun si teratai salmon pink ini. Slowly and slowly blooming like our today already 7th year old Ilhan. Cepat rasanya masa berlalu, rasa macam baru je bersalinkan Ilhan. Happy 7th Birthday Ilhan. Tahun ini barulah our late bloomer Ilhan pandai apa dia birthday. Tahun ini pertama kali dah pandai ingatkan nanti malam ni mama tunggu Ilhan di kelas piano sambil pergi belikan kek katanya. Tapi belum pandai minta-minta hadiah birthday lagi.
 Rupa-rupanya Salmon Pink Water lily nak sama-sama menyambut birthday dengan Ilhan agaknya. Syukur Alhamdulillah yang warna salmon pink water lily sudah ada di dalam kebun. Giliran salmon pink water lily pula buat debut bulan ini.

7 ulasan:

  1. Lagi satu, Salmon Pink Water lily, cantik

    BalasPadam
  2. Semua bunga menjadi2 yer sekarang ni..cantik betul...spider lily ok hidup subur...yg pokok kiambang aritu tak menjadi...si kucing jahat buat main habis pokok nya

    BalasPadam
  3. Wow! cantiknya. Of courselah ksaya ckp cam tu. My fav flower ni. Mintak sikit :D

    BalasPadam
  4. Cantiknya teratai ni kak, Julie pernah cuba tanam guna biji benih tapi x tumbuh, kakak tanam guna biji benih juga ke?

    BalasPadam
  5. Cantiknye kaler dia. Xpernah nampak warna salmon pink ni. Akan jual benih ke? Nak chop boleh

    BalasPadam
  6. Dear Sud@is,

    A girl favourite colour :).

    Dear Kak Mala,

    Berbunga-bunga hati bila tengok warna bunga water lily ini kembang.

    Dear Nadia,
    Rasanya banyak bunga bangun tido selepas lama duduk berdiam diri simpan tenaga masa musim kemarau lepas. Pokok spider lily memang lasak. Daunnya kena potong dengan potong rumput, kena pijak pun ok ok sahaja spider lily.

    Dear Ismail,

    Ada kembang sekuntum sahaja. Tak dapatlah nak kongsi kecuali dengan gambar hehehe ;P .

    Dear Julie,

    Water lily belum pernah cuba dengan biji benih. Tapi pokok bunga lotus dalam koleksi tukang kebun tanam dari biji benih.

    Dear Domonz,

    Warna water lily yang warna peach~merah dulu ada offer tapi sekarang tiada stock. Yang warna ini belum supply lagi.

    BalasPadam