Sulphur Queen adalah jenis bunga dalam keluarga Hymenocallis yang berasal dari Peru. Tukang kebun tanam bawang bunga ini pada bulan February tahun ini dan dia duduk bertapa tanpa memberikan apa-apa pucuk pun dalam tanah sehingga bulan ini begitu cepat ia bangun dari tido sampai tukang kebun tak perasan sehingga dah stage di gambar bawah. Tukang kebun pun sebenarnya dah lupa tanam dekat mana.
Mula-mula nampak macam dia senget ke arah sini. Bila hari cerah dia beralih sudut dengan sendirinya seperti gambar bawah. Ya tangkai bunganya adalah tinggi dan kembang bunganya yang berwarna krim kekuningan itu pun besar. Dari celah-celah tangkai bunganya sekarang, nampak ada lagi 2 kudup bunga sedang menyusul keluar.
Sulphur Queen ini adalah hasil perkahwinan antara H. amancaes X H. narcissiflora pada tahun 1821. Kenangan gambar bunga pertama Sulphur Queen yang kembang di Kebun Bahagia Bersama. Koleksi Hymenocallis yang baru tukang kebun tahun ini.
Sulphur Queen adalah anak beranak dengan Spider Lily yang berasal dari Mexico. Keperluan pertumbuhan mereka berdua adalah lebih kurang sama sahaja. Spider Lily yang sedang kembang (kerap kembang sepanjang tahun) di Kebun Bahagia Bersama di gambar bawah dah berbelasan tahun yang ni ada stock (klik sini).
Minggu ini seakan musim bunga jenis bawang. Ada pelbagai jenis bunga bebawang kembang minggu ini. Antaranya ialah bunga bawang Zephyranthes. Adik beradiknya yang pink rain lily juga berbunga.
Pokok bunga crinum yang di antara pokok ceri terengganu dan lemon (klik sini) juga kembang minggu lepas. Tukang kebun perhatikan dah banyak anak-anak bawang di kelilingnya.
Suka betul dgn bunga bebawang ni...spider lily yg Diana bg tempoh hari sangat meriah dgn daun skang ni
BalasPadamSyukur Alhamdulillah spider lily Nadia makin merimbun nak kena bagi TLC supaya bawangnya cepat membesar. Bunga bebawang memang seronok tak perlu banyak jaga.
PadamTLC tu apa ya ?
Padamcantiknya bunga bawang ni :)
BalasPadamSeronoknya suka melihat lily Diana berkembang
BalasPadamCantik dan unik cik S.Queen ni..
BalasPadammengenali rupa jenis dan nama2 bunga disini....
BalasPadamsaya sedang cari rain lily warna kuning dan putih. Diana ada tak? Kalau ada announce ye.t.q.
BalasPadamDear Julie,
BalasPadamBila makin berkurangan masa berkebun, bunga jenis bawang paling mudah tak banyak maintenance. Tak siram pun tak pe sebab dia boleh tido lama hehehe...pastu bila hujan nanti sleeping beauty bangun.
Salam Cikgu SriKota Garden,
Bahagia hati tukang kebun tengok dia kembang. Masa tak berbunga pun boleh lupa si dia ni. Masa berbunga barulah teringat dekat si dia.
Salam Kak Maszz,
Tropical daffodil :).
Salam Sud@is,
Sama-samalah kita pelajari dunia bunga yang ada pelbagai.
Salam HijauDaun,
Warna rain lily kuning dan putih memang ada. Tapi stok belum banyak lagi. Siap ada lokasi yang dah lupa mana dibubuhnya bila dah lama tak berbunga. InsyaAllah kalau ada rainlily stock akan announce.
Kena manjakan dan beri kasih sayang Kak Mar hehehe...
BalasPadam