Inilah pemandangan depan pintu dapur rumah hari ini.
Sejak tukang kebun tanam pokok Sweet Basil Large Italian Leaves di sini (klik sini untuk gambar before), dah menjadi merimbun sampai hiasan basikal pun tak nampak bayang. Anak-anak pokoknya pun tak putus-putus tumbuh untuk dituai segar. Kekadang keseluruhan anak-anak pokok yang kecil terus ditarik sahaja, lagi muda pokok lagi sedap nak dipakai. Yang pokok-pokok dah matang berbunga tukang kebun biarkan untuk mengundang lebah mencari makan. Lagi banyak lebah, lagi banyak tukang kebun dapat kumpulkan biji-biji benih dari bunga tumbuhan lain. Kerap juga dapat soalan kenapa tiada biji benih yang terbentuk, salah satu faktor utama sebab lebah tak pergi cium bunganya. Jadi untuk yang sembur-sembur kena fikir-fikir dahulu masa nak sembur, kalau sembur secara organik pun kena fikir.
Food for thoughts: Kalaulah anda lebah, nak cium bunga yang dah berperisa cili/bawang/neem dan lain-lain?
Tapi sekarang dah semak sangat jadi hujung minggu ini projek nak mengemaskan kawasan depan dapur ini. Walaupun kawasan ini kira kawasan yang panas sebab atas bata dan menerima full sun, tukang kebun intai ada katak dan kadangkala cik tikus berteduh di kawasan ini. Merimbun sangat si Sweet Basil sampai dah teduh area di sekelilingnya. Sampai tong sampah hitam yang saiz besar pun boleh tersorak dekat sebelahnya. Lagipun big boss pun bulan depan balik nanti panas telinga, jadi kenalah kemaskan. Bawah rimbunan ini pun dah banyak hasil kompos yang akan dikaut masuk dalam bekas boleh jadikan bahan campuran tanah buatan sendiri.
Tips untuk Sweet Basil Large Italian Leaves baka biji benih dari Kebun Bahagia Bersama nak bahagia perlukan banyak belaian si Matahari. Semai biji benihnya juga elok terdedah dengan cahaya yang banyak.
Tips untuk Sweet Basil Large Italian Leaves baka biji benih dari Kebun Bahagia Bersama nak bahagia perlukan banyak belaian si Matahari. Semai biji benihnya juga elok terdedah dengan cahaya yang banyak.
Asalnya kawasan ini penghuninya Ri Ri Ying sepokok. Tapi kadangkala di sebelahnya tukang kebun suka letak polibeg untuk semai biji biji benih, tiba-tiba dekat celah Ri Ri Ying tumbuhlah sepokok limau kasturi yang meninggi macam cerita Jack and the beanstalk.
Lepas tu tahun lepas sebab pokok dragon fruit di belakang dah berat sangat, pastu sokongannya roboh. Tukang kebun sayang tengok yang batang-batang dragon fruit patah. Sebab tak de masa jadi batang-batang tersebut tukang kebun letak di sebelah si Ri Ri Ying sampai terlupa. Agaknya dragon fruit tu nak kasi kawan Ri Ri Ying elok pula tumbuh akarnya tanpa tanah hanya menggunakan sisa kompos yang terkumpul di situ dengan reputan hasil-hasil pokok sekitar. Tiba-tiba terkejut tukang kebun tengok batang dragon fruit tu tersembul celah-celah Sweet Basil Large Italian Leaves. Batang asalnya cuma 20cm je, cepat sahaja membesar mungkin kawasan ini sangat sesuai untuk dirinya.
Pokok Ri Ri Ying pun tukang kebun nak pangkas hampir botak sebab bila Raya nanti bunganya akan lebih meriah bila dah mula naik pucuk-pucuk baru yang akan membesar. Tapi nak kena hati-hati sebab ada beberapa batangnya telah dililit oleh sepokok bunga seri pagi. Nampak dari kudupnya macam esok akan jadi hari pertama dia mula musim bunganya.
Si Ri Ri Ying hanya dia sahaja di sini dulu, sekarang dah ramai kawan.
Si Ri Ri Ying hanya dia sahaja di sini dulu, sekarang dah ramai kawan.
Tu pokok kemangi ker, kalau jd jiran boleh minta tiap2 hari wat sambal....hehehe
BalasPadamCantik pokok ri ri ying tu bunganya merah menyala....
BalasPadamerm masih tak berjaya tanam basil large italian tu...
BalasPadamDiana..tetap minat cerita morning glory tu..color apa ya jeng2..simpan benih tau. Oh, btw kak dah pos benih matahari. Tolong cek email ya ada perinciannya di situ.
BalasPadamDear Nasa,
BalasPadamKemangi = Lemon Basil.
Yang ni kira adik beradik mirip pokok selasih.
Dear Sudais,
Menghiburkan hati sambal masak-masak.
Dear Nadia,
Cuba lagi. Trial and Error. Kekadang kalau nak senang masa ada beberapa hari banyak hujan tabur je dekat batas. Yang area sini anak-anak pokok lepas hujan keluar dari celah-celah batu. Basil nak banyak cahaya lebih gemilang dia tumbuh.
Dear Kak Mala.
Yang ini Blue Star tengah kembang. Ini generasi ke-3 tumbuh di KBB rasanya. Kantung biji benihnya selalu lenyap, entah apa yang minat makan. Itu kali ini biar dia tumbuh tinggi-tinggi di awan nak tengok kena makan ke tidak.