Siapa tema baju Aidilfitri tahun ini berwarna merah garang seperti warna pokok bunga scarlett passion flower? Kami sekeluarga berwarna epal hijau tahun ini (big boss yang pilih sebab big boss sponsor dan jahit baju raya kami sekeluarga). Tukang kebun bab menjahit memang tak boleh harap. Syukur Alhamdulillah sejak pokok scarlett passion flower mula berbunga tak putus-putus bunganya ada sahaja kembang setiap hari dan makin meriah apabila masuk musim Raya Aidilfitri (kisahnya bermula klik sini). Pokoknya pun cepat sahaja merimbun walaupun di kala kemarau dan tukang kebun dah berapa kali pruning mana yang menceroboh territory lain. Setelah lama tak berenggang dengan Kebun Bahagia Bersama balik beraya di Terengganu, pasti scarlett passion flower menanti kami dengan riang ria suasana raya pada kepulangan kami hari ini.
Ada juga kebaikkan pokoknya merimbun masa kemarau, membantu tukang kebun berikan natural shade kepada tumbuhan-tumbuhan di sekelilingnya menumpang berteduh di musim panas kemarau. Dalam gambar bawah boleh kelihaan terdapat banyak stage pembesaran kudup-kudup bunga menjadikan pokoknya tidak putus-putus memberikan kembangan bunga setiap hari ada sahaja penggantinya. Pokok scarlett passion flower sangat lasak apabila pokoknya sudah matang dan tidak banyak penjagaan. Tukang kebun pun tak risau nak tinggalkannya beberapa hari walaupun musim panas ini. Seronok tahun ini, passiflora miniata memeriahkan suasana Aidilfitri di Kebun Bahagia Bersama.
Hari ini sengaja posting pilih warna bunga yang garang semarak merah, supaya yang memandu balik ke rumah ataupun bergerak ke giliran kampung partner anda mata jadi segar sikit bila berehat seketika dari memandu. Tulisan saiz font pun kasi besar-besar supaya mata tak penat membaca. Don’t force yourself kalau penat dan ngantuk berehatlah seketika. Pandulah berhati-hati dan berhemah di jalan raya.
Daun dan warna bunga merah bunga ini juga sesuai untuk tema Christmas ataupun Tahun Baru Cina. Pokoknya lebih tahan lasak dan sesuai dengan cuaca kita dari jenis-jenis bunga lain yang diimport lebih sesuai dengan cuaca Eropah khusus untuk meraikan perayaan tersebut. Kalau orang tanya, Kenapa pilih 'Scarlett Passion Flower' as Christmas garden decor for this year?Bolehlah menjawab its not just because of the color, jika google ada sebab kenapa dipanggil 'Passion flower' kerana dikaitkan mirip symbol 'cross' dalam kisah di kitab Bible. For further info bolehlah google kenapa passiflora juga dipanggil 'Passion flower'. Kalau ikut geography, distribution asal pokok-pokok dalam passiflora seperti buah markisa (passion fruit) berasal dari 'New World' benua Amerika latin yang majority-nya beragama Christian. Penamaan tumbuhan-tumbuhan di merata-rata dunia ini, kadangkala boleh kita jejak semula mengikut budaya di sesuatu kawasan asalnya.
Gardeners yang meraikan perayaan Christmas dan Tahun Baru Cina bolehlah buat persediaan dengan menanam Scarlett Passion Flower di garden bulan Ogos ini. InsyaAllah jika ada rezeki, bila perayaan tersebut tiba, pokok scarlett passion flower dah mula musim bunganya untuk beraya bersama-sama dengan tuannya.
~ Scarlett Passion Flower (passiflora miniata) ~
1 pot for RM12.00
Gardeners yang meraikan perayaan Christmas dan Tahun Baru Cina bolehlah buat persediaan dengan menanam Scarlett Passion Flower di garden bulan Ogos ini. InsyaAllah jika ada rezeki, bila perayaan tersebut tiba, pokok scarlett passion flower dah mula musim bunganya untuk beraya bersama-sama dengan tuannya.
~ Scarlett Passion Flower (passiflora miniata) ~
1 pot for RM12.00
Bunga dia cantik sgt.. rupa mcm sama dengan bunga passion fruit kan? Cuma warna berbeza right?
BalasPadamSalam Aidilfitri..maaf zahir dan batin kepada Diana dan team members KBB.. baju raya akak merah :) tapi family tak sedondon warna.. suka hati masing2... cantik bunga ni..
BalasPadamsaya suka... saya suka...
BalasPadamkalaulah boleh pos ke Sabah... hmmm
Salam Lebaran Shas,
BalasPadamYa bentuk bunganya seakan sama dengan pokok buah markisa dan cuma warna berbeza. Yang markisa merah bunganya berwarna ungu.
Salam Lebaran Kak Mar,
10 jari disusun memohon segala kesalahan dari kami dimaafkan.
Tahun ni nampak ramai tema warna merah, atau gandingan merah dan hitam.
Salam Lebaran Sharien,
InsyaAllah satu hari nanti boleh dicuba hantarnya ke Sabah.