Hari Raya ke-5 ni baru sempat nak mengemas tapak semaian kecil dekat Kebun Bahagia Bersama sebelum keluar pergi beraya. Sambil-sambil mengemas tukang kebun inspection anak-anak nanas madu Sabah yang ibunya dari pokok buah nenas yang sama team members KBB nikmati pada awal Ramadhan lepas (klik sini jika nak tengok ibunya). Buahnya memang manis dan tak gatal berbanding dengan nanas jenis lain, berebut-rebut permata-permata hati tukang kebun makan. Sampai nak kena sorokkan sikit dari pandangan Abby yang berebut dengan Rayyan dan atuk mereka. More info on Nanas Madu Sabah klik sini.
Awal Syawal ini dah kelihatan akar-akarnya dah mula nampak menyelit keluar dari polibeg. Tanah yang sedang anak-anak pokok nanas ni tumbuh adalah dari tanah bakar black gold (klik sini) dicampur dengan bahan buangan si Turkey jantan yang kekadang menyelit dekat background gambar tukang kebun ambil. Walaupun dah berapa kali terima risikan minta bekalkan Nanas Madu Sabah di Semenanjung Malaysia ini baru tukang kebun rela lepaskan a few sahaja. Sebab sebelum ini nak besarkan kebun mini Nanas Madu Sabah di kebun sendiri dahulu dan projek tersebut juga masih ongoing. Dengar macam gempak je bukannya untuk menjadi pembekal buah nanas madu sabah pun, cuma lebih kepada nak isi perut sendiri sebab ini adalah jenis buah nenas kegemaran kami yang bukannya senang nak dapat. Selagi ada ruang yang ada bolehlah tanam kasi banyak lagi.
Untuk tukang kebun yang tak menyiram dekat belah belakang kebun sana memang tanaman seperti Nanas Madu Sabah adalah ideal untuk naikkan productivity kebun kami. Pokok-pokok Nanas Madu Sabah yang tukang kebun tanam tahun lepas semuanya bahagia sahaja di kala musim kemarau lalu tanpa disiram. Nanas Madu Sabah jenis nanas yang nak well-drained soil sebab baka yang diberi ini oleh makcik tukang kebun asalnya hidup di kawasan lereng-lereng bukit di banjaran crocker yang bersambung dengan Gunung Kinabalu. Cuma berbanding dengan nanas commercial dia ambil masa nak berbuah lama sikit sekurang-kurangnya 16 bulan. Tapi kemanisan buahnya macam madu itu berkali ganda dengan nanas biasa-biasa. Dulu tukang kebun tak berapa gemar makan nanas sebab cepat rasa gatal-gatal dekat mulut dan lidah. Sekarang ketagih kalau makan nanas madu sabah sebab boleh makan banyak-banyak dan tak rasa gatal.
~ Anak pokok Nanas Madu Sabah limited while stock last ~
1 pot for RM8.00 (kebunkmg@gmail.com)
Bila pulang ke Kebun Bahagia Bersama pada hari Raya ke-3, disambut dengan bunga pink lotus berdekatan dengan tempat letak kereta. Terima kasih for all the Raya Aidilfitri wish, kosong-kosong ya. InsyaAllah bila ada kelapangan tukang kebun balas-balas komen yang masih belum terjawab.
Diana, I'd like one bag.
BalasPadamSalam kak D,
BalasPadamSy pon nk chup 1 gak kak :)
Diana.. perlu full sun ke partial sun pun boleh?
BalasPadamKak mar nak 1 ya..
BalasPadam-Crinum-
BalasPadamAkak? saya nak 1 lah.. berapa postage kak? simpankan dulu kak ekk.. nanti kira tukar postage la. buat sekali dengan benih saya yg dah bayar tu..
nanti saya emelkan akak..
SALAM AIDIL FITRI, harap belum terlambat to wish diana dan keluarga SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN
BalasPadamDear Sali,
BalasPadamPosted already this morning.
Dear Atie,
InsyaAllah minggu ini atau minggu depan akan dipos.
Dear Shas,
Baka ini boleh duduk dalam partial shade tapi pertumbuhan tak secepat macam full sun. Yang nanas kami tuai from the same mother sits in partial shade ~ shade actually.
Dear Kak Mar,
Tukang kebun ada simpankan.
Dear Nuriem,
Baru sempat reply email tadi.
Nanti check semula ya dan bagi confirmation ok atau tidak list tersebut.
Dear @na,
Selamat Aidilfitri.
Kosong-kosong ya.