Halaman

Isnin, 4 Ogos 2014

Gara gara merendang

 Masih belum dapat beroperasi seperti biasa, kerja menuai pun tak berapa menyempat jadi banyaklah bendi yang dah keras-keras di atas pokok dibiarkan. Semalam sambil mencari bahan untuk rendang ayam kalau on the way dapatlah capai-capai sini sana. Memandangkan semalam tukang kebun sibuk buat rendang ayam, tak delah banyak 2 ekor ayam lebih sikit je untuk testing dahulu, harap maklum hari ini tukang kebun tak sempat nak packing goodies dan ke pejabat pos. InsyaAllah akan diusahakan pos hari Selasa atau Rabu ya.
 Sejak kembali ke tanahair inilah pertama kali tukang kebun masak rendang. Syukur Alhamdulillah menjadi dan rasa pun macam rendang. Tapi ini kali pertama masak rendang yang paling kurang pedas sebab nak kena ikut selera anak-anak kecil di rumah ini. Orang lain dah lama buat rendang, tukang kebun dah seminggu beraya baru nak buat rendang sebab biasanya minggu pertama raya memang sakan berjalan raya. Rendang buat lauk makan malam sedikit, kemudian yang lain semua dah masuk dalam peti beku. 

7 ulasan:

  1. Shas sampai sekarang tak reti buat rendang. Adalah a few times pernah try tapi masih tak menepati selera..

    BalasPadam
  2. Faberet en.hubby makan rendang, tapi raya baru ini juadah semua ikut tekak tukang masak...

    BalasPadam
  3. Sedap dah tu rendangnya.. ada daun puding belacan tu lagi mmph .. kalau husband akak tak suka letak daun kunyit tu... jadinya akak hiris halus-halus dan tabur kat pinggan sendiri je.. ala-ala ulam gitu..

    BalasPadam
  4. wpun baru seminggu makan rendang ketupat dan lemang, tapi bila nmpak rendang tetap rasa nak makan lemang lagi kan kan

    BalasPadam
  5. Amboii...memang mengancam rendang ayam KBB...makngah tak pernah lagi merasa lauk rendang campur daun puding belacan...

    BalasPadam
  6. Takpe Shas cuba lagi nanti InsyaAllah ada yang menepati selera.

    BalasPadam
  7. Mestilah kena ikut selera tukang masak sebab letih gak nak gaul-gaul tunggu sampai kering rendangnya.

    Daun kunyit tukang kebun letak sikit je Kak Mar sebab tahu ada sesetengah orang tak suka sangat dengan letak hirisan daun kunyit dalam rendang. Nasib baik stok puding belacan banyak.

    Ya Sudais bila nampak rendang terasa nak makan bersama lemang. Bulan ini dah berapa kali kami singgah beli lemang.

    Cuba-cubalah Makngah buat rendang letak daun puding belacan pula.

    BalasPadam