Halaman

Ahad, 13 Julai 2014

Si Youjiro dan Shibori Biru

 Gambar di atas (Si Shibori) dan bawah (Si Youjiro) kenangan bunga kembang pertama koleksi bunga seri pagi kampung Jepun (Ipomoea nil) penghujung bulan Mei apabila pertama kali menatapnya. Apabila pada bulan April hujan singgah sekali-sekala maka tukang kebun mencuba peluang terus direct-sow biji benihnya. Sebab dia duduk dalam tanah tu lama sebelum bercambah, tukang kebun pun lupa jenis yang mana satu. Tetapi yang menariknya walaupun mereka adalah jenis-jenis yang berbeza, masa percambahan adalah pada hari yang sama. Jenis-jenis yang lain pada tempat sama tetapi sehati sejiwa mereka cambah serentak. Bagi mereka faktor persekitaran seperti suhu tanah, kuantiti air yang diterima, pencahayaan dan lain-lain menginzinkan dirinya untuk bercambah. Diriku sudah bersedia.

 Kalau kita ambil masa seketika fikir masa kita commute pergi kerja atau tempat-tempat lain (duduk bandar ni kita banyak guna masa duduk dalam transportation nak pergi sesuatu tempat kan), mesti ada sebab tersendiri mereka pilih bersama-sama serentak untuk bercambah ketika itu. Tukang kebun jenis tak suka paksa mereka bangun sebelum mereka bersedia lagi, ikut suka mereka so I'll wait until you're ready pilih persekitarannya yang baginya selesa untuk tumbuh. Kita manusia ada kaki takpe boleh berlari mencari tempat teduh kala panas. Tapi untuk si seri pagi ni di situlah mereka lahir, di situlah mereka hembus nafas terakhir. Sebab itu ada juga term 'transplant-shock'. Kekadang kalau mereka dialihkan ke tempat yang tiba-tiba berbeza dengan condition yang berlainan, kesian mereka terkejut menjadi lemah sementara tau ada juga yang terus pengsan tak bangun-bangun lagi. Sebagai contoh dari tempat redup ke tengah-tengah panas lagi-lagi musim kemarau ni. Kalau salah pindah, pertumbuhan mereka juga akan terbantut dan menyebabkan pembesarannya lambat dari biasa.

 Soalan yang kerap diterima, perlu rendam ke biji benih morning glory overnight? Kalau pendapat tukang kebun tak perlu. Tukang kebun tak pernah rendam biji benih morning glory. Dalam packaging morning glory dari Jepun pun tukang kebun baca diorang sarankan tidak rendam biji benih morning glory dalam air sebelum semai. Rasanya dengan kelembapan tinggi (high humidity) seperti negara Jepun pada musim spring/summer dan negara tropika kita ini tak perlu. Masa percambahan semuanya akan bergantung kepada faktor persekitaran. Kalau cuaca tengah ngam 4~5 hari dah bercambah, kalau cuaca panas kering 2~3 minggu pun perkara biasa. Yang selalu menjadikan biji benihnya tidak bercambah dengan baik ialah 'over-watering' lepas tu tempat redup sangat. Ini membuatkan biji benih tersebut reput sebelum bercambah. Kekadang mereka masih bercambah tapi anak pokoknya tak bermaya atau longlai sebab air banyak dan cahaya tak cukup. Si Seri Pagi ini kalau tak cukup cahaya memang merajuk tak nak kembang berseri-seri.
 Tukang kebun rasa yang gambar di atas ini adalah Youjiro bukan FUJI walaupun mereka seolah nampak sama. Instinct tukang kebun rasa bukan FUJI ada rasa perbezaan dengan struktur daunnya dan warnanya not as vibrant as FUJI. Tapi masih comel-comel.
  Si Shibori warna birunya adalah lebih ke arah pastel tak se-gelap macam Aoi Tsuki (bulan biru) yang buat debut baru-baru ini (klik sini). Tetapi kelopak keliling tepi Si Shibori lebih beralun-alun. Untuk hari ini, tukang kebun cuma ada extra 1 pek yang kemungkinan sama ada Youjiro atau Shibori, ataupun kedua-duanya dah tercampur. Kalau bernasib baik mungkin tercampur dengan Aoi Tsuki. Kali ini dibuka peluang pula untuk gardener lain yang tidak berpeluang untuk mendapatkan Aoi Tsuki tempoh lalu. Siapa komen berminat nak dapatkan 1 pek hari ini, dapatlah dulu ya. 

~ Seri Pagi Youjiro/Shibori ~
1 pek RM3.00 (Anggaran 5 biji benih).

7 ulasan:

  1. Wow...so beautifulll. 1 pek please !

    Choi Min
    PJ

    BalasPadam
  2. (double entry) Just in case it didn't go through ..hehehhehhehe.
    1 pek for me please :-)
    Thankyou.
    Choi Min

    BalasPadam
  3. Kedua duanya cantik , unik masing masing Youjiro dan Shibori..cantik nama nya..
    Nak letak nama ni kat meow saya lah...cam sedap jer.....

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Choi Min,

    Reserved especially for you.

    Salam Bahagia Sud@is,

    Kalau badan berbelang-belang sesuai kasi nama Shibori. Memang nama yang menarik untuk Meow-Chan.

    Salam Bahagia Raiyan Jazlan,

    Bunga kegemaran tukang kebun

    BalasPadam
  5. cantik sangatlah bunga morning glory ni kak, pasal selalu je tengok kakak postkan bunga2 morning glory ni, Julie pun dah jatuh hati dengan bunga ni :) thanks kak hihi

    BalasPadam
  6. Dah makin ramailah peminat tegar bunga morning glory ni ya Julie. Memang rasa tak jemu-jemu bagi tukang kebun tengok morning glory yang Jepun punya.

    BalasPadam