Halaman

Selasa, 19 Ogos 2014

Cempedak Carnival

  Salam Bahagia Syawal. Syukur Alhamdulillah bulan Syawal ini lumayan rezeki buah-buah cempedak di Kebun Bahagia Bersama. Tahun ini walaupun agak kering cuacanya tidak putus-putus pokok-pokok cempedak berbuah tanpa disuap baja. Kadang-kadang tukang kebun selalu terlupa nak check pokok-pokok yang dekat bahagian paling hujung Kebun Bahagia Bersama. Kalau yang berbuah tinggi-tinggi tu lagilah terlepas pandang selalu rezeki dapatlah kepada makhluk lain. Pokok cempedak utama yang tukang kebun selalu tuai ialah yang di dalam gambar ini sebab buahnya terkumpul di bahagian bawah mudah nak dituai. Gambar di atas di ambil pada bulan Mei 2014, yang di bawah pula Ogos 2014.
 Rasanya macam mengambil masa antara 3~4 bulan juga nak tunggu buahnya masak. Ada batang-batang kayu cempedak yang masih muda juga menghasilkan buah. Kerana terlampau berat dahan itu tak dapat nak menampung, jadi buah-buahnya membesar tergolek di atas tanah seperti gambar bawah.
  Masa bulan Ramadhan tukang kebun pasanglah angan-angan adalah agaknya rezeki nak saji cempedak goreng untuk tetamu-tetamu yang datang beraya nanti. Amboi bila balik dari kampung beraya tukang kebun tengok beraya sakan betul mereka di pokok-pokok cempedak banyak buahnya yang dah kena tebuk sini sana. 
 Maka lekas-lekaslah tukang kebun belek-belek buah cempedak yang boleh dah dituai. Berapa kali banyak drumming dekat buah-buah cempedak ni nak agak-agak rasa dengan pantulan angin dari dalam buah. Selalunya kalau buah yang nak masak boleh rasa ada rongga-rongga angin yang banyak bila tepuk-tepuk buahnya. This is an acquire skill OK. Seronok juga pengalaman rasa nak teka-teka buah yang dah dekat nak masak boleh diperam dahulu kalau kes berebut dengan makhluk lain ni.
  Memang musim buah cempedak sekarang, itu yang kebelakangan ini banyak dalam photo tuaian ada cempedak sekali. Syukur Alhamdulillah dapatlah juga tukang kebun saji cempedak goreng panas semasa open house raya kecik merangkap birthday Abby masa pertengahan Syawal lalu (klik sini).  Tetamu yang datang beraya tak sempat stock buahnya nak ranum betul lagi, tukang kebun tapau kasi buah cempedak. Tuaian bulan Syawal kali ini jenis buah-buah besar macam nangka dan cempedak jadi tak dapatlah nak buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih juga ramai yang teringat dekat Kebun Bahagia Bersama sejak minggu lepas ramai dah tanya bila nak buka balik Pasar Online KBB. Rasanya bulan ini dari satu pokok sahaja dah lebih 20 biji buah cempedak tukang kebun tuai. Syukur Alhamdulillah Rezeki bulan Syawal.

Tengok hasil cempedak kali ini macam rasa nak perluaskan pula kebun cempedak hehehe....

 Lagi 2 minggu long weekend holiday sempena Hari Kebangsaan, gardeners lain planning buat apa?

 Tukang kebun sekadar nak berkongsi salah satu old time favourite iklan Petronas merdeka yang ada related dengan buah cempedak. Hope you all enjoyed watching it too.


 Ilhan, Rayyan dan Abby kalaulah cempedak atuk tu berdaun emas, bukan setakat kereta kayuh papa beli, kereta kebal pun papa beli.

 Kereta kayuh dekat rumah pun tuk moyang yang kasi.




12 ulasan:

  1. Inilah dikatakan rezeki melimpah ruah..syukur alhamdulillah...sedap digoreng makan masa panas dengan teh 0....

    BalasPadam
  2. Banyaknya cempedak. Geram tengok yang sampai jatuh-jatuh besar atas tanah tu.

    BalasPadam
  3. Meriahnya mmg ber-carnival cempedaklah kakak hehe, lebat sungguh buahnya, ada petua ke nak lebatkan buah cempedak ni kak?

    BalasPadam
  4. Wah besar-besarnya cemppedak Diana. Geram juga tengok...

    BalasPadam
  5. Salam kakD,
    Tersenyum je bc nota kakD utk ank2 kt perenggan bwh tu, hihi…
    Cuti merdeka ni nnt balek kmpg aje kak ade sedara kawen

    BalasPadam
  6. Lebatnya,geram pulak saya tgk. Lagi best dia tumbuh paras yg senang kita nak tuai. Alhamdulillah rezeki. :)

    BalasPadam
  7. Salam Diana,

    Alhamdulillah rezeki melimpah ruah Syawal ini! Hujan2 ni makan cempedak goreng ngam betul!

    BalasPadam
  8. Sampai ketanah berbuah..banyak betul..musim kan...masa raya2 lepas ada beli rm4 sekilo...tapi isi nya biasa2 saja...susah nak cari yg gemok2.. Sekali goreng puas hati!

    BalasPadam
  9. sedapnyer cempedak digoreng...dr jauh dh bau :))

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Sudais,

    Memang bahagia musim hujan ni sebelah petang cempedak digoreng makan bersama teh o panas.

    Salam Bahagia Shas.

    Syukur Alhamdulilah bulan ni rezeki cempedak ada. Cuma bulan depan tak de kena tunggu pokoknya berputik baliklah.

    Salam Bahagia Julie.

    Entahlah Julie tak de petua, pokok-pokok cempedak ni biasanya terbiar je dalam kebun. Baja pun tidak. Selalu tengok kalau yang ayam suka cakar-cakar tanah keliling pokok cempedak dan nangka yang itulah pokok yang rajin berbuah banding yang pokok nangka/cempedak lain yang ayam tak suka duduk bawahnya.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Batch tumbuh dulu lagi besar banding dengan yang dah musim buah penghujung ni kecik-kecik dah saiznya.

    Salam Bahagia Atie.

    Anak-anak ni tak boleh manjakan sangat dengan harta benda, baik manjakan dengan bentuk kasih sayang walaupun macam garang tak dapat sangat benda.
    Cuti merdeka ni mesti banyak kenduri kahwinkan.

    Salam Bahagia Ibu Qistina,

    Betul yang paras mudah nak capai ni rajinlah ambik. Kalau yang tinggi-tinggi tu selalunya tukang kebun pun rasa malas nak ambik kongsi dengan binatang yang boleh capai.

    Salam Bahagia Mak Aji.

    Syukur Alhamdulillah ada je tuaian berterusan nak forage dekat belakang kebun walaupun tak dapat beri banyak kasih sayang. Apa yang ada dah cukup bersyukur.

    Salam Bahagia Nadia.

    Itulah terkejut tengok tumbuh buah meleret kat tanah dan binatang tak kacau pun.Jenis cempedak dalam gambar tu tak banyak sangat isinya tapi isi gemok-gemok senang nak kasi keluar sebutir-sebutir.

    Salam Bahagia Gina.

    Dugaan sungguh hantar anak sekolah lalu gerai jual cempedak goreng.

    BalasPadam
  11. Ade anak pokok cempedak tak Diana?

    BalasPadam
  12. Salam Bahagia Farah,

    Anak pokok cempedak belum lagi.
    InsyaAllah ada rezeki nanti diusahakan :) .

    BalasPadam