Halaman

Ahad, 17 Ogos 2014

Gen-2 Bulan Biru

  Bulan Syawal ini generasi Ke-2 seri pagi kampung Jepun si Bulan Biru (Aoi Tsuki) ini mula kembang bunga pertama minggu ini menonjolkan diri. Yang tukang kebun semai ini biji-biji yang kira tukang kebun rejected lepas kemas-kemas simpan biji benihnya yang dituai bulan Julai lalu. Kesemuanya bercambah. Disebabkan masa tukang kebun tuai cuaca masih kering tak berapa hujan jadi saja dicuba-cuba tanam di tempat teduh yang bukan full sun tapi tak terlindung sepenuhnya. Memandangkan ianya kurang mendapat kasih sayang matahari maka saiz bunganya jadi separuh dari potential sebenar macam ibunya dahulu (klik sini tengok baka asal). Nevertheless tukang kebun happy sebab dapat cheating menjadi tanam di tempat yang tak direct sun. Dia duduk bawah canopy pokok durian. Bolehlah cuci mata sementara menanti pokok-pokok lainkan. Minggu ini ada limited stock Japanese Heirloom Morning Glory Ipomoea nil random mixed.

~ Japanese Heirloom Morning Glory (Ipomoea nil) random mixed ~ 
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) .

  Tukang kebun serba salah nak cerita ke tidak mengenai niat di hati tukang kebun nak sedekahkan 50% jumlah jualan Kebun Bahagia Bersama ke Tabung bantuan Gaza. Memandangkan ada hikmah disebaliknya boleh berkongsi tentang nawaitu yang timbul dalam hati bulan Syawal ini. Mula-mula cuma terlintas dalam hati nak tetapkan ada 1 hari Shipment pada hari Isnin (belum tetapkan hari lagi masa tu) ingat nak donate 50% total sales untuk bantuan Gaza. Mula-mula tukang kebun tak pasti samaada patut tukang kebun announce pembelian pada minggu ini 50% contohnya akan disumbangkan ke tabung Gaza di blog. Tapi tukang kebun tak suka kalau kena fitnah bahawa tukang kebun ambil kesempatan ini itulah sebab kita tak tahukan orang judge kita base macam mana kecualilah kalau seseorang tu dah betul-betul tahu isi hati kita yang sebenar. 

 Jadi takpelah tukang kebun rasa tak perlulah tukang kebun announce mengenai niat tersebut biar sahajalah buat macam biasa, simpan di hati sendiri, Allah sahaja yang mengetahui biarlah yang maha berkuasa tentukan. Redha tunggu jelah keputusannya bagaimana untuk sumbangan ke Tabung Bantuan Gaza dan tukang kebun tetapkan total sales penghantaran pada hari Isnin lepas (11th August 2014) 50% untuk Tabung bantuan Gaza. Benarlah kisah orang bercerita pasal amalan bersedekah, bila bersedekah berganda pulangannya. Walaupun tukang kebun tidak memberitahu akan niat tukang kebun tersebut. Tapi jumlah jualan penghantaran pada 11hb Ogos 2014 adalah 2 kali ganda lebih dari purata setiap penghantaran pada hari Isnin. Menjadikan jualan purata tukang kebun tidak terjejas langsung maknanya bahagian untuk tabung Kebun Bahagia Bersama dan mereka yang teraniaya di Gaza sama sahaja. 

 Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pesanannya tukang kebun hantar pada 11th August 2014, anda telah memberikan sumbangan kepada Tabung Bantuan Gaza. Tukang kebun tak anggap yang memberi sumbangannya adalah dari tukang kebun tapi andalah yang menyumbangnya sebab itu adalah dari rezeki mata pencarian anda. Syukur Alhamdulillah tuhan memberikan hidayah kepada mereka untuk membuat pesanan di Kebun Bahagia Bersama supaya dapat disumbangkan untuk membantu mereka yang memerlukannya di Gaza. Tukang kebun pun terpegun tanpa membuat apa-apa cuma memasang niat dalam hati banyak pulangannya. Ini pun tukang kebun sebenarnya serba salah patut ke tidak tulis kisah ini.
  Setelah seminggu beraya, tukang kebun teringin nak buat rendang. Tapi mesin kukur kelapa pula dah lama rosak kena beli baru. Jadi hasil penerimaan pesanan di minggu pertama Syawal terpaksalah tukang kebun budget pakai duit tabung untuk KBB tersebut beli mesin kukur. Itu yang rajin buat rendang sekarang sebab ada mesin kukur kelapa baru. Tapi mesin kukur ni belum friendly dengan hubby tukang kebun. Setiap kali kukur, jari kena makan. Macam manalah mesin kukur tu nak kawan dengan dia, macam kasar je dikerjakan mesin tu, orang tengok pun jadi stress.

 Yang kelakarnya lepas dah tawar menawar dengan uncle kedai hardware jual mesin kukur tu sambil tunggu hubby ambil kereta. Uncle tu tanya tukang kebun, wah you punya Melayu banyak bagus ya. Tergelak tukang kebun (dalam hati: uncle ni mesti ingat tukang kebun pendatang asing dari kampuchia agaknya): aiya Uncle saya memang orang Melayulah, memanglah boleh cakap Melayu. Memandangkan muka uncle macam tak percaya je, terpaksalah tukang kebun kata: Oh saya darah satu Malaysia Uncle, family sudah banyak campur-campur, darah Melayu ada, darah India ada, darah Dusun-Kadazan ada dan keberangkalian darah Cina pun ada. Muka 1 Malaysia.

8 ulasan:

  1. Memang sedekah tu membawa berkat. Tak payah serba salah cerita bab sedekah ni Diana. Sekurang2nya ada hati orang lain ( termasuk kakak ) yang terbuka untuk membuat perkara yang sama. Motivate kata orang. Kak salute kat orang muda yang punya hati macam Diana ni...

    BalasPadam
  2. teruskan niat murni...In Sha Allah moga diberkati...itu saja jihad yang termampu kita buat...

    BalasPadam
  3. Buat baik dibalas baik... nawaitu aja sudah diberiNya... semoga kita semua istiqamah.. berkongsi cerita baik .. insyaaAllah baik juga hasilnya ..

    BalasPadam
  4. Perkara baik macam ni elok kongsikan. Sedekah kita bagi tu, Allah akan ganti n siap tambah lagi, yakin lah...

    BalasPadam
  5. Teruskan niat murni kakak ni :) MG tu sungguh menawanlah kak.

    BalasPadam
  6. memang betul klu niat ikhlas..insyallah rezeki pn byk..perkara cm kak diana tu pernah jadi pada saya dañ keluarga..just nak nak tolong orang dlm kesusahan tetiba masa yang sama rezeki datang bergolek- golek lak..benarkan kata ustz kalau bersedekah rezeki bertambah..

    BalasPadam
  7. Niat yg d sertai dgn sedekah kerana Allah dan saudara seislam kita In sya Allah akan d permudahkan. Betul ckp Diana,makin kita sedekah makin terbuka luas pintu rezeki kita.

    BalasPadam
  8. Dear Kak Mala.

    Syukur Alhamdulillah sekiranya ada juga hati yang terbuka dengan kisah ini.

    Dear @na.

    Betul cara ini sahaja kita termampu walaupun kita jauh dari tempat mereka.

    Dear Kak Mar,

    Semoga kami dapat berkongsi cerita yang baik. Dan jangan pula kami tercerita perkara yang tak elok pula. InsyaAllah hidup ini mendapat lebih berkat.

    Dear Makngah,

    Ya hati mesti yakin denganNya.

    Dear Julie.

    InsyaAllah semoga Allah sentiasa beri hidayah kepada kami. Sekarang ni dah hujan mula teringin tanam lebih banyak MG. Masalah nak cari tempat yang sesuai dia boleh menjalar je ni.

    Dear CT MAR,

    Ya bersedekah ni amalan yang sangai baik. Rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk.

    Dear Ibu Qistina.

    Semoga amalan bersedekah menjadi amalan yang selalu diamalkan oleh semua.

    BalasPadam