Rasanya pokok kemuning di rumah baru sahaja berbunga di penghujung bulan Ramadhan lepas (klik previous posting). Jadi tukang kebun tak sangka pula 2 minggu kemudian ianya mula berbunga lagi sekali seakan dia pun nak beraya dan meraikan Abby yang masuk 2 tahun. Minggu itu ia lebat berbunga lagi sekali. Yang paling indah pula, timing ianya berbunga kali ini masa peak kembang sama dengan hari kami buat makan kecil-kecilan raya dan gabung dengan sambutan hari lahir Abby ke-2. Kami buat makan-makan pada 8hb Ogos hari Jumaat punya malam dan Abby pula kebetulan hari lahir pada 9hb Ogos jadi buatlah serentak.
Tukang kebun pun sebenarnya tak pernah buat birthday party untuk anak-anak kira pertama kalilah merangkap open house raya kecik-kecik. Sebenarnya dear hubby teringin nak jemput officemate datang beraya di rumah, jadi tukang kebun pun mood masak ok jadi dapatlah menunaikan hasrat hubby. Bolehlah juga tukang kebun buat mini reunion dengan kawan-kawan yang belajar bahasa Jepun juga dulu. Akhirnya dapatlah juga buat mini gathering gardening bloggers yang duduk berdekatan dengan tukang kebun. Terima kasih kepada Mak Aji 'Greenfingers' sudi datang bersama keluarganya. Tukang kebun di Petak Hijau, Awin pun akhirnya dapat menjejak kaki ke Kebun Bahagia Bersama. Pertama kali dapat bertemu dengan Ibu Qistina yang mewarna-warnikan 'Pencinta Alam, Pemakan yang hebat Penyayang pada keluarga'. Tapi kali ini tukang kebun tak dapat berborak panjang dengan gardeners ni sibuk di dapur pula.
Dah lama dah tukang kebun teringin nak beli baju tido gaun untuk Abby, akhirnya Abby dapat juga present gaun tido. Biasalah bila dah No.3 baju pun jarang beli sebab kitar-semula yang abang-abangnya punya takdelah baju gown kan. Thank you for all the lovely presents.
Ramai boleh jadi tukang bantu Abby tiup lilin ni. Budak-budak semua boleh ada geng ramai yang seakan-akan sebaya. Punyalah susah nak suruh mereka kumpul asyik berlari ke sana sini tak penat-penat. Sebelah malam ni tiada attack dari si turkey bolehlah lari puas-puas. Kalau sebelah siang kena kejar pula dengan turkey nanti.
Makan-makan bersantai di luar corridor rumah je. Rasa malu pun ada juga sebab kerusi-kerusi dan meja di luar projek varnish tergendala.
Terima kasih kepada adinda Daniel menjadi tukang bakar tunggu depan bbq sehingga habis. Kesian dia balik dari kerja terus kena set up panaskan arang untuk bbq.
Gambar-gambar malam tak berapa terang sebab bukan tukang kebun yang ambil. Macam-macam projek budak-budak idea main duk santai di luar. Yang bukan pertama kali datang ke rumah memang dah tahu tak perlu risaukan anak-anak, parents boleh rilek dan budak-budak bebas bermain di perkarangan halaman luar rumah Kebun Bahagia Bersama. Cuma yang susah nak ajak balik je nanti hehehe...kena janji dengan anak-anak bawa sini lagi sekali.
Kali ini siap ada datang sponsor bunga api jadi budak-budak punya aktiviti makin seronok. Gambar di bawah sebelah kiri kelihatan kemuning bunga putihnya lebat berbunga diambil pada waktu malam. Makan-makan kali ini tetamu Kebun Bahagia Bersama datang dengan disambut dengan keharuman bunga kemuning. Yang tak kenal tercari-cari apa yang berbau harum waktu malam itu. Kemuning kami pun nak teman beraya juga.
Besar jugak pokoknya,,yg saya tanam pokok kecil lg tapi dah berbunga..
BalasPadamsalam syawal dan salam ukhwah , singgah ke sini banyak yang ana pelajari tentang tumbuhan dan bunga2an yang indah...
BalasPadamseronok berada di KBB. Kids buat special request nak datang lagi! :D
BalasPadamWah meriahnya birthday Abby. Mesti seronok kanak-kanak dapat bermain kat KBB.
BalasPadamAlhamdulillah muat jugak baju tidur tu ya diana. Harap yang lagi satu pun muat jugak. Happy 2nd Birthday Abby. :D
BalasPadamSyok dapat g KBB dapat jumpa mak aji dan awin ngan diana, tp tu la,gelap tak nampak sangat...geram nk tgk pokok lemon diana tu. hehe
Husband saya cakap,macaroni tu unik sangat rasa dia,sedap. leh mintak resepi....ececehhh.
Dear Cucubulat.
BalasPadamPokok kemuning memang boleh besar, ada orang jadikan macam hedge pagar pun ada. Cepat membesar dan berbunga.
Dear Anajingga,
Salam Lebaran dan perkenalan. Marilah kita berkongsi ilmu tumbuhan.
Dear Awin.
InsyaAllah nanti datang lagi.
Dear Sean.
Seronok ramai sudi datang meriahkan majlis kecik-kecik ni. Tapi susah nak buat bbq sekarang sebab my brother dah further studies kat Sabah. Mungkin nak kena import orang South Australia jadi tukang bakar bbq baru boleh buat majlis gathering kecik-kecik lagi heheheh....
Dear Ibu Qistina.
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak. Punyalah Abby suka asyik testing testing atas badan dia nak cuba pakai. Kedua-dua set sangat comel, terima kasih.
Lain kali kalau ada masa boleh share resepi macaroni goreng ginseng jawa.
May nak kena buat stock pokok ginseng jawa dekat rumah dulu hehehe...
Bahannya simple je macam masak biasa : bawang merah dan bawang putih paste tumbuk untuk tumis.
cili blendar ikut selera pedas letak lepas dah tumis bawang.
Dah naik bau masak cilinya letak mince meat.
Kemudian Campur home-grown sayur yang ada di rumah. Hari tu letak home-grown capsicum.
Kemudian 1 tin tomato sos paste Adabi.
Letak oregano.
Dah sebati mendidih semua letak sayur daun ginseng jawa.
Pastu masak macorani dan goreng gaul.
Garam ikut taste.
Ada gak letak kacang panjang dan asparagus sikit dalam macaroni tu.
BalasPadamOwh pakai ginseng jawa ya? Padan la rasa dia sedap. Kalo biasa kita makan makaroni goreng mcm makan mee goreng je rasa dia x da rasa yg betul2 trigger kita punya taste bud. Tp yg Diana buat mmg sedap,bila makan tu sedap,sambil kunyah sambil wondering ape yg Diana bubuh dlm makaroni goreng,rasax sama mcm makaroni goreng biasa. Nak la order ginseng jawa 2 pokok. Thanks bg resepi,kene kasi tanam dulu baru boleh projek. Hehe....
BalasPadamAbby mesti nampak comel pakai baju,esp gaun tido tu. Geram tgk. :D
Dear Ibu Qistina.
BalasPadamGinseng Jawa tu memang kasi naik selera makan.
Ginseng Jawa tak belendir sangat macam Remayung merah tau bayam.