Kerana menjalankan activity meneras di kawasan berdekatan tempat letak kereta pada Hari Malaysia (related posting klik sini) dapatlah tukang kebun menunggu kembang bunga di atas pada malam Jumaat. Antara yang juga kena hard-pruning pada hari tersebut ialah bunga kertas yang menaiki bumbung tempat letak kereta. Pada bulan Mei lepas sudah pun di buat hard-pruning (previous posting klik sini) sekejap sahaja dah naik merimbun semula seperti gambar di bawah.
Sebagai contoh seperti gambar bawah dalam beberapa minggu sahaja selepas digondolkan sudah mula naik banyak ranting-ranting baru dari dahan utama pokok bunga kertas.
Gambar di bawah setelah digondolkan semula pada Hari Malaysia. Pokok kemboja juga tukang kebun dah pangkas tinggalkan beberapa batang sahaja lagi. Sekarang dah terang semula kawasan ini untuk sebelum masuk 'wet season' yang akan datang.
Kalau bukan mengemas kawasan ini, pasti tukang kebun tak perasan ada kudup bunga bakawali di sini yang sedang membesar. Yang di sudut lain dahulu tukang kebun tak perasan jadi tak dapat tengok bunganya buat midnight show. Kali ini pokok bunga bakawali di sudut sini pula pertama kali memberikan kudup bunga. Pokoknya pula baru nak belajar berbunga pemberian Aunty Rusna dari Cheras. Bersebelahan dengan pokok cili burung yang tumbuh sendiri.
Secara kebetulan lagi, bunga bakawali di Kebun Bahagia Bersama suka betul kembang pada malam Jumaat. Mula-mula ingat tak dapat nak tengok sebab hujan turun lepas Maghrib. Nasib baik ada masa seketika hujan berhenti dapatlah tengok night show bakawali kembang mekar.
Have a lovely weekend.
MasyaAllah...cantiknyer...bunga bakawali berseri-seri...tk penah tengok live..
BalasPadamCantik kembang nya
BalasPadamCantik bakawali Diana..rasanya ada lain color selain putih ya..
BalasPadamSalam Bahagia @na.
BalasPadamIni pun terubat rindu tukang kebun nak tengok secara live.
Salam Bahagia Nadia.
Sanggup menunggu nak tengok dia kembang tengah malam.
Salam Bahagia Kak Mala.
Ada pelbagai jenis warna bakawali dah sekarang dan yang kembang siang pun ada. Tapi yang classic bakawali masih menawan hati.