Inspirasi dari kebun dan dapur @na tuan tanah 'Diari Kebun~@na' mengenai memanafaatkan sepenuhnya pokok mulberry membuatkan hati tukang kebun hari ini terbuka untuk mencuba pucuk-pucuk mulberry muda dalam masakan masak lemak putih dan ikan bilis. Dah lama tahu pucuknya boleh dimakan tapi tukang kebun sendiri belum cuba-cuba lagi. Bila skodeng blog @na nampak Tumis Air Pucuk Mulberry (klik sini) terliur pula nak rasa, maka bahan dinner malam ini pucuk mulberry.Thank you for the inspiration @na.
Adalah tambahan sayur untuk tukang kebun bila musim kemarau nanti. Bila tak de banyak pilihan, jadilah pucuk mulberry antara yang boleh dituai sebab available all year round. Untung tanam mulberry, dapat makan buah dan dapat buat sayur pucuknya. Sebelum lupa nak inform, minggu ini ada semula pokok mulberry dalam stock kembali.
Mulberry Double Happiness (rooted stock)~ 1pot RM7.00
atau
Keratan Mulberry ~ 10 Fresh cutting RM7.00 .
Banyak betul nyamuk di belakang sekarang, kesian Rayyan kena attack dengan nyamuk. Hari ini pada sebelah pagi tukang kebun meneras di kawasan ampaian, pusing bentuk L sambung semalam menghadap bilik kami. Lepas tu tukang kebun temankan dearest hubby potong dahan pokok balak tinggi yang merempuh ke arah pokok bambangan beberapa hari lalu. Nasib baiklah merempuh arah sana kalau sebelah rumah sebelah agak bahaya. Jadi sekarang dalam dilemma macam mana nak potong kayu balak ni kasi pendek. Sambil-sambil menunggu dearest hubby selesaikan projek dia tukang kebun memang berteduh dekat sebelah pokok-pokok mulberry. Itu yang merajinkan diri petik-petik pucuk mulberry untuk isi perut malam tadi.
Lepas dah semua tak larat lagi nak buat kerja, dearest hubby ajak berehat basahkan tekak dengan air kelapa muda gading di belakang kebun sebelum masuk rumah. Muda betul buahnya kali ini, isi pun banyak yang tak de. Isi-isi dapatlah berkongsi dengan binatang perliharaan di rumah.
Siapa dah cuba masak pucuk mulberry dan dah teruja nak cuba juga?
Boleh berkongsi cara favourite masak pucuk mulberry nanti.
Pesanan-pesanan yang diterima sehingga petang tadi, InsyaAllah esok kami pos dah siap packing.
salam diana,
BalasPadamapa rasa masak lemak putih pucuk mulberry tu diana? Sedap kan?
Si comey Rayyan dengan segenggam mulbery...mulbery dipetik semasa merah lagi ya,, saya tunggu waktu kehitaman agak kurang masam....
BalasPadamnak tanya TK yang mana lebih baik berkhasiat....
Nak buat la hari ni..lawan dgn ayam grg...kelapa muda tu boleh buat jelly sedap!
BalasPadamuntung orang ada kebun dan ladang ni...nak makan apa petik tepi rumah ja...
BalasPadambaru sangat pangkas si mulberi, In Sya Allah cepat la naik pucuk dia nanti boleh la tuai buat masak lemak. :D sedap pulak tgk diana buat masak lemak mcm ni. :)
BalasPadamKak diana da kelapa gading ek..inform dr seorg kwn kelapa gading balik untuk pulihkan penyakit.
BalasPadamKalau buat minyak kelapa dara pun kesan dia lagi cepat dari kelapa lain
bestnya masak lemak pucuk mulbery...kena try jugak ni...sblm ni tau campur lam sup aje...rupanya byk lagi ye masakan yg boleh guna daunnya...thanks diana
BalasPadamKak diana whatapps sy utk cara buat vco nk bg langkh demi langkh2..saya xda blog..0134370626
BalasPadamsalams kenal, baru tau pucuk mulberry boleh masak lemak....:)
BalasPadamSalam Bahagia @na.
BalasPadamMacam makan ulam di kampung, macam ala-ala bayam pun ada.
Salam Bahagia Sud@is,
Biasanya kalau dah ada tanda-tanda hitam kami ambil sahaja kalau tak jadi habuan mahkluk lain. Masa musim hujan ni takut bertaburan jatuh di tanah.
Daun dan buah pasti ada khasiat yang berbeza.
Salam Bahagia Nadia.
Macam mana nak buat jelly isi kelapa muda Nadia? Kongsikanlah link resepinya.
Salam Bahagia Kak Mala.
Kalau kebun yang kecil pun kalau fully utilised banyak boleh dipetik juga.
Salam Bahagia Ibu Qistina.
InsyaAllah bila dah mula naik buahnya dah ada pucuk-pucuk baru yang boleh dituai. Memang sedap buat cara masak ini, macam makan style menu kampung dengan ikan goreng dan sambal belacan ke.
Salam Bahagia CT MAR,
Oh kelapa gading lagi berkesan ya. Kelapa gading ni pokoknya tak tinggi sangat jadi lebih sesuai sekiranya duduk dekat area kawasan perumahan.
Handphone android yang ada sekarang ni dah uzur tunggu riwayat nak habis cuma boleh call je sekarang itupun kekadang tak dapat through. Belum dapat shopping pengganti baru.
Takpe CT Mar boleh kongsi langkah-langkahnya di sini supaya orang lain pun dapat belajar sama-sama.
Salam Bahagia Amiizaa.
Macam-macam boleh cuba dengan pucuk mulberry ni.