Manalah tahu sekiranya satu hari nanti tukang kebun terpaksa kerja full time semula dan kiranya tak larat nak commute terpaksalah duduk di rumah atas kayangan. Maka hari ini nak simpan nota berkongsi idea untuk fully utilise my future balcony garden during weekdays. Konon-konon lepas balik kerja bolehlah berkebun kalau tak boleh duduk diam. Dekat rumah ini bersepah-sepah jaring besi ataupun jaring hijau/hitam plastik yang dari kegunaan sangkar sugar glider Tukang kebun Dany (My brother Danial) dah tak pakai.
Bila terpandang pameran seperti gambar atas beberapa bulan lalu jadi dalam kepala ni seakan terkeluar mentol blink blink teringatkan jaring-jaring yang banyak tu boleh dikitar semula seperti gambar di atas. Bolehlah save budget pasang sendiri DIY dekat dinding kasi tinggi kena cahaya sangkut seperti gambar di atas. Sementara nak kumpul budget kalau dah lama yang angan-angan ada para-para kayu ke. Jaring-jaring ni pun lebih tahan lama dari pot plastik dan jauh lebih murah berbanding nak beli pot plastik gantung banyak-banyak. Beli 1 meter dari kedai hardware, potong-potong ikut saiz yang dikehendaki dan gulung sendiri serta klip kemas boleh dapat dah beberapa bekas.
Untuk tak nak kasi tanah terkeluar banyak masa baru isi boleh letak di dasarnya sabut kelapa yang dicarik-carik sementara tunggu tanah jadi padat berketul. Kemunting cina warna seperti gambar di atas ada limited stock
~ Rose Pink Periwinkle~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00
~ Pure White Periwinkle~Anggaran 100 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Wah suka-suka..kreatif Diana letak periwinkle dalam jambangan mcm tu..Cantik! kak pun teringin nak buat verticle garden tapi fulus dan masa tak mencukupi baru duk berlajar 'kerastangan' buat trellis kayu sendiri..tu pun herot petot..hihiii...periwinkle putih yang diana bagi aritu masih meriah berbunga
BalasPadamSalam Diana,
BalasPadamKreatif dan menjimatkan!
Assalamualaikum Kak Diana, wah kreatifnya, suka Julie tengok.Rose Pink perwininkle tu book sepeket ye kak :)
BalasPadamtima kasih diana share idea kreatif ni...menariknya kreativiti ni tanpa sempadan!
BalasPadamDear Kak Mala.
BalasPadamYa kreatif yang membuat jambangan tu. Periwinkle putih ni memang musim bunganya lama. Tak remeh. Bila nampak sakit daunnya petik semua keluar daunnya nanti keluarlah pucuk-pucuk yang baru segar subur semula.
Dear Mak Aji,
Ya jimat sungguh. Beli pot plastik pun tak tahan lama juga dengan cuaca kita ni kan.
Dear Julie.
Waalaikumsalam.
Kalau menyewa ini adalah satu option untuk verticle garden. OK book benih periwinkle tu untuk Julie.
Dear Ana.
Macam-macam boleh dikitar semula kan :) .
Kreatifnya.. nanti saya nak tiru..
BalasPadamnak tanya vinca ni ada yang jenis gantung kan.. bila letak kat pasu gantung dia akan berjurai-jurai ke bawah seperti petunia.Ada jual tak seed vinca ni..
Dear Fifiana Fizi,
BalasPadamKalau vinca yang jenis renek macam rose pink periwinkle memang sesuai letak dalam pasu gantung.
Yang warna putih pun sebab saiz sederhana boleh juga jadi lebih nampak berjurai macam petunia.
Seeds vinca kami ada bekalkan dan boleh buat pesanan di (kebunkmg@gmail.com).
Dear Fifiana Fizi,
BalasPadamKalau vinca yang jenis renek macam rose pink periwinkle memang sesuai letak dalam pasu gantung.
Yang warna putih pun sebab saiz sederhana boleh juga jadi lebih nampak berjurai macam petunia.
Seeds vinca kami ada bekalkan dan boleh buat pesanan di (kebunkmg@gmail.com).