Crape jasmine adalah bunga berwarna putih yang tidak putus berbunga sepanjang tahun dan nama tempatannya ialah bunga susun kelapa. Penjagaan juga mudah tidak beberapa diserang serangga perosak. Apabila ianya sudah selesa ditempat yang baru dipindahkan dan akar sudah banyak dalam ke tanah, keperluan airnya tidak banyak. Ianya juga pokok yang tidak perlu dibaja kerap. Tukang kebun pun dah bertahun-tahun tak berikan baja tapi setakat ini bunga yang diberikan tak putus-putus. Happy go lucky plant in full sun and partial shade sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak dalam dunia gardening. Pertumbuhan pokok bunga Crape Jasmine sangat cepat. Info Crape Jasmine from previous posting (klik here).
Bulan lepas semasa mengemas di tembok depan, ada pasu tinggi kosong, jadi tukang kebun pindahkan anak pokok bunga susun kelapa di situ. Konon-kononnya bila pokoknya dah mula meninggi passerby juga boleh nampak bunganya di depan jalan raya. Pokok bunganya pun cepat sahaja dah mula berbunga dan sesuai tumbuh di dalam pasu bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad. Pokok air pickerelweed di sebelahnya yang dipindahkan anak-anaknya sama hari dengan pokok bunga susun kelapa pun cepat tumbuh dah merimbun. Pickerel weed seperti bunga susun kelapa sukakan banyak matahari cepat pertumbuhannya.
Selasa lepas sudah dibotakkan pokok Crape jasmine nak berikan peluang kepada tumbuhan-tumbuhan yang menumpang di atasnya mendapat cahaya seperti pigeon orchid. Begitu juga memberikan cahaya kepada pokok-pokok renek di kelilingnya. Jangan risau sekali-sekala elok buat hard pruning nanti dalam 2 minggu sahaja keluarlah pucuk-pucuk baru seperti gambar di bawah. Bulan Julai lepas pun ada juga tukang kebun buat hard pruning nak bagi pencahayaan kepada ruang ini. Kalaulah anda ada pokok bunga susun kelapa yang dah matang degil tak nak berbunga sekian lama mabuk daun sahaja buatlah hard pruning, itupun bukan masalah tak cukup baja lagi tapi overdose baja jadi mabuk daun. Dekat Crape Jasmine ni jangan membazir baja, siram pun tak perlu kerap, water-wise plant.
Sebab di bawah kanopi bunga susun kelapa yang dah mula merimbun sungguh sejak bulan lepas mengakibatkan pokok zinnia jenis lilliput (Zinnia elegans) menjadi zinnia renek sebab kekurangan cahaya matahari. Zinnia lilliput ni antara zinnia yang paling mudah untuk ditanam, kalau beginners in growing zinnia biasanya tukang kebun syorkan yang ini terlebih dahulu. Zinnia pertama tukang kebun tanam dulu pun ialah Zinnia lilliput pokoknya medium size dan bunganya saiz kecil mudah nak perlihara berbanding dengan zinnia yang kembangnya besar tapak tangan. Zinnia lilliput walaupun saiz kembang bunganya dikategorikan kecil berbanding dengan zinnia lain tapi kekadang satu pokok boleh berikan bunga single layer atau multi-layer. Biji benih zinnia lilliput yang disemai dalam gambar bawah sama dengan yang kami offer pada bulan July 2014 lalu (klik sini).
Bunga Zinnia biasanya dalam 2 bulan dari semai dah mula berbunga. Masa dipindahkan ke kawasan ini masih cerah tapi dengan hujannya yang kerap, pokok-pokok besar di keliling makin bushy jadi makin lama makin kurang cahaya direct diterimanya. Zinnia lilliput kalau full sun pokoknya boleh berdiri tegak dengan sendiri sekurang-kurangnya 50cm. Tapi sebab dia kurang dapat pancaran cahaya direct, maka jadi renek bushy pula meleret ke tanah jadi nampak tinggi macam kitten si Tigger yang setia menemani tukang kebun. Tapi masih menambat hati tukang kebun suka tengok dekat tepi driveway sambil merempit naik motor hantar Ilhan pergi sekolah tengok kembang berseri-seri setiap hari sejak kembang 2minggu lepas. Sekarang pun kelihatan banyak bud-bud bunga muncul. Supaya Zinnia Lilliput stay smiling lama season bunganya, maka dibotakkanlah si Susun Kelapa. Si Susun Kelapa ni masa musim kemarau dialah setia berbunga dengan lebat menceriakan kebun. So musim hujan ni kita bagi peluang bunga-bunga lain pula.
Si Tigger and the rest of the geng mengucapkan jutaan terima kasih sebahagian dari Tabung Kebun Bahagia Bersama kiriman surat-surat pada 15hb Oktober 2014 allocate for cat food. Hujan-hujan ni asyik pusing kaki minta makan.
Si Tigger and the rest of the geng mengucapkan jutaan terima kasih sebahagian dari Tabung Kebun Bahagia Bersama kiriman surat-surat pada 15hb Oktober 2014 allocate for cat food. Hujan-hujan ni asyik pusing kaki minta makan.
~ Crape Jasmine (Bunga Susun Kelapa) ~
1 pot RM7.
bunga susun kelapa ni bunga orang tua dulu2. Orang India kebanyakannya tanam pokok ni dilaman rumah mereka.
BalasPadamDear Kak Mala,
PadamPerubatan traditional orang India dan Sri Lanka pakai jus daun bunga ni untuk luka-luka macam gamat Langkawi. Kalau kawasan ulu alternative untuk luka sebab tu zaman dulu orang berbangsa India rajin tanam pokok ni ada nilai perubatan traditional.
TK tak jemu mata memandang.....seronok ada pokok mcm2 jenis....dak oyen tu pon comel:)
BalasPadamDear AMIZAA,
PadamDak oyen tu rajin mengekor nak bermanja