Halaman

Jumaat, 24 Oktober 2014

PAGODA MERAH

 Bunga pagoda merah adalah kegemaran rama-rama mungkin sebab misai bunganya menawan macam sesunggut rama-rama. Dipanggil pagoda pokoknya yang tinggi dengan tangkai bunganya menghasilkan banyak bunga yang menampakkan seperti pagoda dengan yang di belah bawah tangkai bunga lebih panjang sampailah ke atas makin pendek. 
  Pokok bunga pagoda amat mudah dijaga dan akarnya boleh menjalar jauh (horizontally) di dalam tanah menjadikan salah satu cara pembiakkannya. Bila mula-mula dipindahkan pokoknya memang nampak layu moyok beberapa hari, tetapi nanti nampak segarlah semula selagi akarnya tidak kering. Sifatnya banyak yang sama dengan pokok bunga kembang bugang, akarnya yang kuat itu dikatakan boleh menjadi antidote untuk beberapa jenis ular berbisa. 
  Pokok bunga pagoda tinggi tapi daunnya hanya terletak di bahagian atas jadi bolehlah nampak trang tang tang batang pokoknya di bahagian bawah. Untuk menjimatkan ruang, bolehlah selit pokok-pokok renek di bawah pokoknya.
 More info on pagoda flower plant (click here).

 Penghantaran 1 Malaysia (untuk Sabah/Sarawak dalam bentuk moist bare-rooted).

1 pagoda flower plant for RM10.

2 ulasan:

  1. Owh! Ini pokok pagoda namanya...kalu tak salah pernah jumpa pokok bunga ni...
    Tal tau pulak nama melayunya...kalu tak salah dalam sesungut / misai bunga itu ada satu rasa manis2 gitew...kecik2 dulu bunda selalu petik buat main bunga ni...

    BalasPadam
  2. Salam Maal Hijrah Bunda,

    Nama melayu 'pepanggil' memanggil-manggil rama-rama hisap manisannya kut hehehe...oh belum pula cuba hisap-hisap bunganya pula.

    BalasPadam