Halaman

Khamis, 23 Oktober 2014

Anak Pokok Jambu Bol Baka Sabah

  Tahun ini walaupun musim kemarau 2 kali bertandang, 2 kali bertuah dapat musim jambu bol (Bulan Mei dan Oktober). Ada juga hikmahnya tahun ni some does not fare well, some does, life is like that. Pokok jambu bol kat kebun ni tak pernah dibaja tak pernah disiram duduk dekat penghujung border tanah Kebun Bahagia Bersama. Mungkin kekadang PETS kat belakang tu kais-kais di bawahnya sambil bagi supplement cari cacing. Sebelum tak dapat merasa langsung mana yang dah separuh masak, kami tuai saja mana yang boleh dulu sebab nampak gayanya tupai pun bergaduh berebut dengar kat belakang kebun tu. Banyak dekat bawah-bawah pokok buah jambu bol yang dah kena ngap macam di gambar bawah.
  Pokok jambu bol ni diberikan oleh Cikgu S dari Kiulu sebab Big Boss nak sangat terpikat tengok baka pokok jambu bol di rumahnya. Ada dihadiahkan ketika itu 2 anak pokok. Yang sibling lagi satu pun hidup subur di Kampung Poturidong Lama, Kiulu yang juga pernah berbuah ada tukang kebun tunjukkan gambarnya dahulu berbunga (klik sini). 
   Pemberian anak-anak pokok jambu bol dari Cikgu S juga ada kisah di sebaliknya setiap kali Big Boss tengok pokoknya teringatlah juga hasrat Cikgu S dulu. Cikgu S teringin nak ada tali persaudaraan dengan keluarga kami jadi memandangkan tukang kebun je seorang dalam adik beradik yang ketika itu umur yang dah boleh kahwin impiannya nak jadikan tukang kebun jadi menantu. Ketika itu tukang kebun masih belajar di Jepun dan sudah pun ada "boyfriend" (now hubby). Tak elok direct reject jadi pelbagai alasanlah diberikan sebagai contoh budak-budak zaman sekarang mana nak ibubapa yang jodohkan masing-masing ada pilihan sendiri. Lagi alasan yang diberikan oleh big boss katanya tukang kebun ni mana pandai buat kerja-kerja kampung tahu membaca ja bila musim gotong-royong di kebun. Cikgu S kata ndak apa-apa bah tu, boleh diajar kerja kampung (siapa sangka sekarang ni tukar profession jadi tukang kebun). Dalam kiraan tukang kebun, anak pokok jambu bol tak perlu tunggu lebih 10 tahun untuk berbuah. Mungkin sebelum 7 tahun dan lebih awal lagi dah boleh matang pokoknya ikut faktor persekitaran dan penjagaan.
  Bunga dari pokok jambu bol warnanya sangat menarik merah berbeza dengan jambu air yang berwarna putih. Berbeza dengan jambu air yang bertangkai, buah jambu bol tumbuh di dahannya dan tangkai buah lebih besar. Jambu air sebab lebih berair, lalat buah mudah sengat dan duduk ulat-ulat di dalam. Manakala jambu bol walaupun kena sengat jarang ada ulat di dalamnya.
 Suka jalan-jalan bawah jambu bol bila bunganya berguguran macam duduk dekat luar negara pula.
  Batch anak pokok jambu bol ada stok bulan ini tapi limited (D.O.B Julai 2014).

~ Anak pokok jambu bol baka Sabah~
1 bekas RM25.


 Yang berminat nak self-collect minggu ini boleh pada hari Sabtu ini (25hb Oktober 2014) antara pukul 5:30 PM ~6:00PM.

10 ulasan:

  1. waaa...cantik nye...bunga dia...betui la mcm cherry blossom pun ada...

    BalasPadam
  2. Diana, yang ini memang warna hijau ye yang masak pun? Biasa makan yang warna merah tu....bapak saya ada tanam yg jenis putih besar sikit...bunga sama meriah & cantik macam karpet kat bawah pokok bila bunga gugur.

    BalasPadam
  3. nostalgia lagi semasa sekolah petang singgah beli jambu bola sebelum kesekolah

    BalasPadam
  4. Noor,

    Suka bau jambu bol wangi...

    BalasPadam
  5. Hi sis...sy ada email sis..harap2 sis bole reply..tq..-dgsabariah@gmail.com-

    BalasPadam
  6. TK

    Masyaallah tk
    Tanam jambu
    Bol...bAngganya saya....

    Kalau 7tahun baru berbuah tk lama jugak ya..... Benih jambu Bol saya baru nak membesar....

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia @na,

    Kalaulah tak banyak nyamuk, pasti duduk-duduk lama bawah pokoknya.

    Salam Bahagia Nasa Mulia,

    Bila masak bertukar ke warna merah. Saya pun suka tengok bunga jambu bol yang berwarna pink atau jambu air yang berwarna putih masa berguguran memang macam carpet.

    Salam Bahagia Sud@is.

    Untungnya on the way ke sekolah boleh singgah beli jambu bola. Dekat kantin sekolah dulu kalau jambu batu adalah.

    Salam Bahagia Sis Noor,

    Memang wangi baunya.

    Salam Bahagia Sis Sabariah.

    Ada kami email 2 kali.
    Please check kekadang termasuk ke SPAM box ke.

    Salam Bahagia AMIIZAA,

    Pejam celik sibuk dengan urusan seharian kekadang rasa laju je masa tu kan lebih lagi tengok anak yang cepat membesar di depan mata. InsyaAllah anak jambu bol pun begitu juga.

    BalasPadam
  8. Jambu bol sama ke dgn jambu mawar hijau??

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia Sis Sabariah.

    Jambu bol dan jambu mawar berbeza.
    Rupa pokoknya pun boleh dibezakan dengan nyata.

    BalasPadam
  10. Masih ada benihnya tak jambu bol ini

    BalasPadam