No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kenangan Kampung Poturidong Lama

 Minggu lepas mama dan tukang-tukang kebun kecil balik ke Kampung Poturidong Lama di Kiulu, Sabah. Mama tukang kebun gembira lihat pokok jambunya sedang berbunga dan kelihatan banyak yang sedang membentuk buah. Tukang kebun nak kena catit bila agak-agak musim buah jambu ni mula di kampung sebab ini adalah kegemaran kami. Lepas tu balik kampung nanti tak perasan ada pokok jambu dekat dengan rumah. Nampaknya bulan November ni puaslah mereka dapat makan jambu dan rajin balik kampung hujung minggu. Masa zaman kecil dahulu setiap hujung tahun musim cuti sekolah panjang kami balik ke Kampung Poturidong Lama duduk di sana. Setiap kali balik pokok jambu di kebun nenek selalu dah penghabisan musim buah jambunya. Moga bila papa balik Sungai Buloh hujung bulan depan dapatlah bawa kami jambu dari kampung.
 Tukang kebun Rayyan pertama kali balik ke Kampung Poturidong Lama .....hahaha...kena paksa jalan tak boleh dukung meniti jambatan nak menyeberang balik rumah nenek di Kiulu. Pegang si Teddy Rayyan kuat-kuat nanti jatuh ke bawah hanyut di bawa arus sungai tak dapat nak selamatkan. Kalau terjatuh selit dengan batu bolehlah kut pakcik-pakcik di sana ambikkan.
 Sungai dekat kampung mama tukang kebun adalah popular spot rafting bagi pelancong-pelancong. Teringat zaman kanak-kanak dulu arwah nenek tukang kebun resah tak boleh duduk diam kalau nampak awan hitam menunjukkan hujan kalau tak nampak batang hidung cucu perempuan citygirl-nya menghilang tidak ada di rumah lagi. Risau kalau saya ada di sungai takut hanyut sebab air sungai naik cepat dan deras bila hujan. Selalu dipesan dulu kalau hujan atau awan mendung hitam di kawasan hulu sungai jangan ke sungai. 
 Gambar kenangan lama masa tukang kebun masih kecil belum bersekolah lagi bersama sepupu dengan semua adik-beradik mama. Papa tukang kebun was the cameraman, mama tengah dukung baby (anak saudara) duduk sebelah Uncle Michael dan tukang kebun the only little girl dalam photo duduk dekat dengan Uncle Sikul. Pondok dalam gambar tu kalau sana kami panggil 'sulap' tempat simpan beras sebab arwah atuk dan nenek dulu pesawah padi. Sebelah belakang dekat sulap dulu ada jamban, dulu takut nak membuang malam-malam sebab jamban jauh dekat tepi hutan dan tak de lampu pakai lampu suluh je. Masa ni takde lagi elektrik pakai generator lagi. Selalunya abang saudara yang tua setahun dari Diana, Freddy jadi mangsa kena temankan.
 Rindunya nak balik Kiulu dah nak dekat 5 tahun tukang kebun tak balik sana.


21 ulasan:

AZLINA berkata...

Very nice blog,izinkan saya link ke blog saya..thanks ya!

ummuaidan berkata...

tukang kebun,
kg poturidang nie dkt sabah yer? seronok tengok pemandangan kampung mcm nie dengan jambatan gantung..wah masa kecil2 dulu pernah naik jugak...i think kalau skrang nie dkt tmn negara jer kan blh merasa jambtan nie..dah pupus dah...nasib baik dirayyan tuh berani hehe...
thanks for sharing gambar antik tu.mmg sentimental value kan gambar ms kecik2 kita....yr memory masa kecik remind me of mine too..hehe nice..

makcikmanggis berkata...

Nostalgianya...terkenang masa kecik kecik dulu..rindu sangat sangat masa tu...hanya tinggal kenangan

makcikmanggis berkata...

eh ini papa Diana ke?masyallah...masyallah...

suka suka berkata...

wah..ada lagi b & w foto ya.. Rayyan tak menangis ke naik jambatan tu.. teringat akak masa trip ke Taman Negara Pahang.. anak ke2 masa tu 4 atau 5 thn ...we all kena paksa naik jambatan gantung oleh husband ... kena jalan jarak2 ..dia depan akak.. 2 - 3 step dia buang angin...takut agaknya..akak pun takut..

cantik sungai tu..akak dah google hari tu...ramai pelancong kat sini utk sport rafting !!!

Ibu Qistina berkata...

mesti diana dah rindu sangat2 nak balik sabah kan? Rindu nak jumpa anak2 teruna. :)

Zieta collection berkata...

alahai tidak ketinggalan juga teddy c Rayann kn..memang bikin takut juga mau guna jembatan gantung ni diana, kami panggil jembatan ni "RANTING".

jambu air kegemaran ni...dulu2 puas melahap buah ni siap buat rumah kayu lagi tidak payah turun bawah, makan ja di atas pokok.."jajal"...

gambar kenangan betul kn Diana, kiut pula gurl duduk tersimpu dengan dua ikatan rambut tu :)....
best masih ada gambar2 b&w ni kami dah banyak tiada sebab telah dibawa arus banjir time kecik2 dulu..."orubat ne kepio"

memang akan rindu diana ada kenangan yg tidak akan kita lupa sampai bila2 kn...terutama bila imbas kembali jaman2 jipun tu :)...jajal mau p berandam di sungai...sama ja pula kita ni...kalau tiada d rumah mimang kompom sana sungai buat gaya terjun berirama sampai bibir pucat kesejukan pun masih mau berandam...

lynnhelite berkata...

Hu..beraninya Rayyan naik jambatan tu.. Lynn naik masa di Monsopiad Cultural Villge kat Ranau, rasa nak pengsan! Baru lepas hujan pulak so air sungai kat bawah besar & deras..serammm..

shafirul suffian berkata...

suka baca dan tengok gambar posting ini....

mat jon berkata...

saya sukalah pic takde kaler tu.. seronok kalau dapat kenang zaman dulu dulu

Mama Pongkey berkata...

Best entry ni ada sejarah keluarga. Gambar black and white ni dulu masuk tak dalam folio sejarah form 1? Dengar cerita kalau kat Kedah pun ada pondok simpan padi usang.

TukangKebun berkata...

Azlina~ Sure, No worries. Selamat Berkenalan.

Ummuaidan~ Kampung dekat Sabah. Rayyan tu kena paksa jalan, nenek tak bagi muka nak dukung. Nasib gambar ni masih ada lagi disimpan.

Makcikmanggis~Saya terkenang betapa nakalnya saya dahulu, kalah cucu lelaki nenek yang lain. Boleh bertumbuk dengan budak lelaki seberang sungai. Bila diorang cerita, malu pula rasa bila dah besar ni.

Kak Mar~Diana dan sekeluarga masa anak dara 10 tahun lalu ada juga naik jambatan gantung di taman negara.
Kadang-kadang kelakar tengok pelancong asing rafting lambai-lambai ingat kami ni mandi-manda macam orang asli kut.

Ibu Qistina~Anak-anak teruna tak sampai seminit je nak skype dengan mama dia. Seronok sangat duduk Sabah. Masa duduk Sungai Buloh rajin call mama dia. Sekarang kat Sabah tak ingat mama dia.

Ivy~ Oh bagus idea buat rumah kayu atas pokok tu. Seronok budak-budak mau main tak delah selalu ke sungai nanti risau dibuatnya. Harap buluh-buluh tepi sungai banyak boleh buat pondok atas pokok sebelah rumah. Kalau ada masa boleh bikin perlahan-lahan. Rumah kami pun bersebelahan sungai tapi di atas bukit jadi tidak kena banjir.
Mandi sungai lama kadang-kadang cari udang di bawah batu.
Tempat Ivy pun ada 'bonbon' kah tak boleh tangkap ikan sebarang musim ada undang-undang.

Lynn~Memang kalau lepas hujan air jadi besar dan deras. Rayyan tu kena paksa jalan. Kalau kami ada mau meraung-raung suruh papa dia dukung termasuk yang abangnya Ilhan.

Shafirul~ Syok terkenang zaman kecik.

Mat Jon~Memang seronok rasa zaman dulu lagi ada masa nak berkumpul dari zaman sekarang asyik tak cukup masa je.

Mama Pongkey~Masa form 1 buat sebelah ayah senang sikit.Rasa nak kena rajin scan gambar black and white pula sekarang. Sayang kalau hilang.

Zieta collection berkata...

oh...'Bonbon'....kalau di tambunan dipanggil "TAGAL" maksudnya sungai direhatkan untuk ambil masa bertenang bagi ikan2 cukup membesar barulah dituai 1 kampung ikan2 ni pun jinak2 belaka siap boleh sentuh2 lagi bila kita bagi makan (benih ikan dilepaskan dan ikan2 e2 lah yang akan dijaga sekampung)...kita memulihara isi sungai sebenarnya kc ikan2 beranak pinak supaya inda pupus begitu saja...usaha ni boleh memberi manfaat kepada isi sungai dan penghuni kampung...kalau ada yg didapati mencoroboh akan didenda seekor kerbau atau lembu...wow mahalnya denda...kalau macam tu baik memancing ja dekat pasar ikan boleh dapat lagi ikan rm2/piring :)...(bahaya juga ni acara menagal kompom kana bala kalau yang guna "BOBOHIZAN" buat ni acara siap potong ayam lagi di tempat acara tu sebagai bersumpah - ada insiden dimana penunggu air mengamuk sehinggalah upacara menenangkan dibuat dengan mendenda pencoroboh tu dan ternakan tadi siap potong di kawasan sungai juga) jd jangan tidak hiraukan larangan kalau ke sungai2 di kawasan sabah ni :)...bahayaaa....

TukangKebun berkata...

Ivy~ Kalau dalam dusun 'TAGAL' maksudnya macam 'jangan' juga kan.Tahu dendanya mahal satu karabau.

Hadi Harraz berkata...

saya nk melawat kebun di sg buloh. mcmana nk dtg.tq

nancy dairin berkata...

hehe..diana. saya baru npk blog ko. teringat kisah dolu2..tiAp hjg tahun tunggu kaean dr kl balik kg.

TukangKebun berkata...

Apa Khabar Nancy? Dulu masa sekolah boleh balik lama. Sekarang sudah tiada chance mau balik lama-lama. Rindu juga mau balik. Sudah 5 tahun ndak balik tau.

Nancy Dairin berkata...

baik..da beranak pinak mcmtu lah. Lama tida jumpa kau. Agak2 sampai belasan tahun juga kan. hehe..rajin berkebun.. kat sini Johor tiada tanah..tunggulah balik Sabah (for good) nak tanam2 juga tanah yg terbiar di kg tu.

TukangKebun berkata...

Boleh tanam dalam bekas. Saya dulu tiada banyak tanah juga di rumah sewa lama kami tanam dalam bekas polystyrene yang diambil dari bahan buangan pasar. Berapa lama sudah di Johor?

Nancy Dairin berkata...

Sejak 2005 lagi. Thn ni 8 sudah. Suami pun rajin berkebun juga tanam d belakang rumah tp dalam kem tak boleh tanam kena potong sayur kami. Nanti cuba polisterin pula lah ni. Sekarang duduk kat Sg Buloh saja la ni.

TukangKebun berkata...

Kami duduk di Sungai Buloh saja ni. Dulu masa di Johor rumah kami dekat saja dengan airport Senai tu. Kami berdua pun kerja di Senai sehingga 2006.