Halaman

Rabu, 8 Oktober 2014

Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Kuning Telor

  Bermula dari minggu lepas di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama diperhatikan sudah official bermula musim buah Kuning Telor dan Markisa semula banyak buah-buahnya tergolek-golek jatuh di tanah. Gambar atas buah kuning telor yang dah ranum betul merekah sendiri di atas pokok. Kualiti buah Kuning Telor juga dikenali sebagai 'Canistel' dibandingkan musim buahnya lepas musim ini banyak improvement cuaca pun dah kerap ada hujan sekarang.
  
 Jadi bermula dari minggu ini Kami buka semula Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk buah Kuning Telor. Boleh self-collect sendiri 1 kilogram buah canistel RM5.00 (tempat pick up dan hari klik sini untuk info lanjut atau hubungi tukang kebun kebunkmg@gmail.com). Khidmat pos via Pos Laju menggunakan Prepaid Box Small Size Semenanjung Malaysia (RM13) boleh muatkan goodies dari Kebun Bahagia Bersama hingga 2kilogram juga option yang available. For Pos service > Pasar Online Kebun Bahagia Bersama buah canistel lebih sekilogram termasuk dengan fresh goodies lain (tukang kebun punya selection according to seasonability) hingga muatan hampir 2 kilogram dimasukkan dalam kotak prepaid termasuk kos penghantaran jumlah RM20/box. Kalau nak jimat pos boleh selitkan biji-biji benih juga. 

Jadinya Pasar Online Kebun Bahagia Bersama (RM7) + Kos Penghantaran (RM13) = TOTAL RM20.

 Phenomena El-Nino tahun ini mungkin antara sebab hasil petai tidak beberapa lumayan menjadi tahun ini berbanding dengan tahun lepas (not available for Pasar Online). Markisa tahun ini pula dengan cuaca phenomena El-Nino lebih banyak musim buahnya pula berbanding tahun lepas. Markisa ini pokoknya biasa akan mula berbunga lepas expose musim kemarau kemudian datangnya hujan, ianya pokok yang sensitive juga dengan perubahan cuaca sepanjang tahun. Kemungkinan perubahan cuaca yang drastik dialami beberapa kali tahun ini menyebabkan pokoknya trigger to flower. Cuma dalam kebun sekarang macam kekurangan makanan sejak mula musim markisa buahnya banyak dimakan oleh tupai, jadi bahagian untuk tukang kebun ikut nasiblah sampai si tupai puas hati ada source food lain. Caring is Sharing, sedekah dulu kat mereka.
  Gambar di atas yang diambil semalam, buah-buah yang hampir masanya nak masak betul,

Anak-anak pokok kuning telor (canistel)  juga ada stock ready available semula minggu ini RM15/pot.

  Tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama juga available untuk booking self-collect this week (klik sini untuk info lanjut). 1 bag for RM5.

17 ulasan:

  1. seronoknya...kalaulah dekat boleh dtg melawat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Amiizaa.

      Takdelah jauh sangat dengan Putrajaya.

      Padam
  2. bestnye, rasa cam nak dtg sana beli tanah tu je, kalaulah dekat hehe...benih markisa ada jual x kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Julie.

      Benih markisa takdelah semua dah semai untuk stok anak pokok markisa batch baru.

      Padam
  3. Assalam....utk buah canistel tu ada buat penghantaran ke sarawak ker? Tengok dlm post di atas hanya ke semenanjung sahaja?

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Hameem Hamrin,

    Kalau fresh food kami hanya pos dalam area Semenanjung Malaysia sahaja.

    BalasPadam
  5. salam.... saya noor hani jusoh. saya nak pesan sekilo buah canistel melalui pos. macam cara pembayaran? alamat saya "sk kuala perlis, jalan kuala perlis, 02000, kuala perlis, perlis". saya harap kebun bahagia boleh menerima pesanan saya. terima kasih

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Hati Berbicara.

    Ada buah canistel sekarang dah boleh dipos ke Kuala Perlis via Pos Laju.
    Sudah kami hantar email bagi butiran, please check.

    BalasPadam
  7. anak pokok mentega ada lagi tk?
    saya nk sepokok.

    kebun bahagia ni kat area mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Zulrani.

      Terima kasih datang self-collect walaupun tak sihat.

      Padam
  8. Salam. Saya berminat nk oder Buah canistel tu. Berapa rm?

    BalasPadam
  9. hi.. sy berminat dengan canistel tu. masih available ke package rm20 including postage. do sms or whatsapp sy di 012-4305158. TQ

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Leesa,

    BUlan ni tak musim canistel.
    Probably next end month kut.

    BalasPadam
  11. Salam Bahagia Sis Nasriah,

    Buah canistel tengah membesarlah sekarang.
    InsyaAllah kira-kira penghujung bulan depan mungkin ada.

    BalasPadam
  12. Assalam.saya berminat nak beli buah kuning telur.macam mana ya?

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia Zalina,

    Bukan musim buah kuning telor sekarang. InsyaAllah dalam sebulan lagi ada semula musimnya.

    BalasPadam
  14. Hubungi saya jika dah sampai masa menuai nanti..takut terlepas peluang nak menikmati kesedapan buah ni..0179100844 call/sms/wassap pun blh..
    Terima kasih

    BalasPadam