Halaman

Selasa, 7 Oktober 2014

Telur Itik masak lemak cili api bersama Pucuk Mulberi

    Pokok mulberry bukan sahaja buahnya yang boleh makan (edible) tetapi pucuk daunnya juga boleh dibuat juadah untuk seisi keluarga. Sambil menunggu buahnya ranum, bolehlah tuai pucuk-pucuk muda hijau yang masih mudah untuk dituai dengan pakai tangan lagi, batangnya masih lembut tak perlu gunting. Sebab dearest husband review kalau nak buat masak kasi semua suka, petik yang pucuk muda sahaja. Yang dah mula tua nanti dah berserat sangat. Yang daun tua bolehlah simpan bahagian untuk buat teh. Daun mulbery dilaporkan bagus untuk yang ingin control pemakanan dan kuruskan badan sebab ianya mengurangkan keinginan untuk makan makanan yang manis.
  Mulberry juga sesuai ditanam dalam bekas jadi mereka yang memiliki balcony garden juga boleh bela pokok ini. Bolehlah become more self-sustainable, bolehlah pusing-pusing dengan tumbuhan edible yang lain. To become self-sustainable, you have to plant different type of plants rather than focus on a few plants you can count with your fingers. Don't doubt that even a space of 1 meter square can even fit in at least more than 10 plants.  
 Minggu lepas dinner seronoknya menjamu selera dengan telur itik masak lemak cili api bersama pucuk mulberry. Lebih rasa bahagia bila kebanyakkan bahannya dari kebun sendiri contohnya seperti cili api, telur itik, santan dan pucuk mulberry.

 Pokok mulberry ada ready stock (1 pot RM7.00).
 Fresh cuttings mulbery juga available (10 cuttings for RM7.00).

11 ulasan:

  1. Salam eidul adha Diana... sodap tu masak lomak cili api daun mulberi..

    BalasPadam
  2. terbayang2 sedopnya masak lemak tu, walaupn tak pernah rasa daun mulberi..

    BalasPadam
  3. Tudiaa semuanya dr kebun sendiri..best2

    BalasPadam
  4. Mmm...memang puashati hasil dari ladang..

    BalasPadam
  5. masak lomak guna santan perah sendiri mmg sedap..kita yg tak ada pokok kelapa ni guna santan kotak je la...jadi lah...

    BalasPadam
  6. selamat hari raya aidil adha..... belum pernah cuba guna daun mulberi untuk masakan lagi. Boleh cuba lepas ni.... :)

    BalasPadam
  7. dimasak dgn belimbing buluh atau bacang muda lagi sodap! Apa pun percubaan yg baik!

    BalasPadam
  8. Dear Kak Mar,

    Memang sodap, bahaya sekarang ni kalau makan asyik menambah-nambah nasi je.

    Dear Nasa Mulia,

    Cubalah nanti sedap juga pucuk yang muda-muda daun mulberry ni buat lauk, lebih sedap dari bayam.

    Dear Sud@is,

    Syukur Alhamdulillah dapat hasil dari kebun sendiri, jimat belanja dapur banyak.

    Dear Julie,

    Nanti cuba-cubalah, naik motivation berkebun bila dapat masak hasil tangan sendiri.

    Dear Kak Mala,

    Memang puas hati dapat jamu keluarga dengan hasil tangan sendiri lebih-lebih lagi kita ni tak kerja sepenuh masa.

    Dear Makngah,

    Ya memang sedap santan perah sendiri. Makngah tanamlah sepokok kelapa kat homestay tu :).

    Dear Bangchik dan Kakdah,

    Cuba-cubalah something interesting new to try.

    Dear NOOR,

    Masak lomak telur itik ngan belimbing buloh dan bacang muda memang sedap. Sekali-kala bertukar selera.

    BalasPadam
  9. Salam Diana,

    Sedapnya masak lemak telur itik dengan pucuk mulberi tu! Yang bagusnya daunnya yg dibuat teh yg boleh dimanfaatkan spy kurang makan manis tu! Info baru ni. TQ for the share!

    BalasPadam
  10. Salam Mak Aji,

    Melalui pembacaan adalah sumber yang mengatakan boleh kurangkan craving on sweet stuffs bagi mulberry jenis ini. But for mulberry tea leaves Mulberry white lebih bagus.

    BalasPadam