Sabtu lepas dah nak dekat tengahari, tukang kebun dan dearest hubby mengemas Petak A dan Petak B. Bila check nota dalam previous posting, kali terakhir mengemas ruang ini ialah pada bulan June lepas. Nasib baik kemas kalau tak mama Abby tak perasan yang pokok mulberry di Petak B ada buahnya dah masak jadi adalah hadiah dari kebun boleh diberi dekat anak-anak yang menunggu di dalam rumah. Jerebu ni tak bagi sangat mereka melepak di luar rumah. Sambil mengemas, pokok mulberry di Petak A diberikan hard pruning. Tengok tu kotornya tangan mama Abby mencabut weed degil di Petak A & B. Adalah stock fresh mulberry untuk Abby minggu ini dari Petak B.
Petak A juga tak ketinggalan memberikan rezeki iaitu kunyit yang dah lama tersimpan dalam tanah. Walaupun dibiarkan begitu sahaja petak ini dari bulan June, tak juga rugi berbudi pada tanah ada juga rezeki yang dapat. Mana yang dah ada pucuk sikit di rizom tukang kebun tanam semula. Lepas tu berserah sahaja kalau ada rezeki ia tumbuh dengan baik. Petak A ini memang selalu menjadi tempat menanam kunyit sebab tanahnya amat sesuai. Jadi tukang kebun rancang tanam jenis tumbuhan yang hasilnya yang bahagian ingin dituai tumbuh dalam tanah.
Sambil merumput tukang kebun perasan banyak anak-anak halia baru mula naik, tahun ini memang adik beradik halia dengan cuaca kemarau yang berpanjangan kebanyakkan tak mau muncul duduk senyap-senyap je dalam tanah. Tak berapa prosper sangat halia di Kebun Bahagia Bersama rentak cuaca tahun ini. Tapi tampaka tak menjadi masalah sangat yang disumbat bawangnya pada Jun lepas ada beberapa dah naik dengan pembesaran yang pelbagai.
Yang sangat bahagia di petak A dan B ialah Ubi Bemban. Di Petak A ini sebenarnya ada pokok durian tengah membesar jadi kawasan ini tak beberapa dapat full sun. Makin lama makin teduh sangat kawasan ini. Cahaya jadi samar-samar di kawasan ini tak berapa dapat secara langsung. Jadi tukang kebun tengah fikir dan buat trial tumbuhan apa yang sesuai tumbuh di sini supaya tanah tidak terbiar. Ubi Bemban yang ditanam di Petak A dan Petak B pada bulan Jun lepas nampak sangat subur so ada possiblity boleh buka kebun mini ubi bemban di sini.
Nampak tak gambar Petak B di atas ada 'Jentera Tolak" gebu buat havoc sekelip mata je. Itu yang kekadang rasa malas nak kasi nampak weed clear habis sebab ada tukang koreknya, Habis rumpunan ubi bemban yang ditengah tu dah dikambus. Pantang nampak tukang kebun buat spring cleaning mulalah dok kais-kais tanah menyibuk. Sabar jelah sebab sumber telur.
Dah makin teduh Petak A dan B ni tak sesuai nak tanam ubi kayu lagi dah, batang-batang ubi kayu kesian tengok halusnya. Ubi Bemban nampak bahagia.
Tabung Kebun Bahagia Bersama ni sebenarnya ada bahagian allocate untuk food for the non homo sapien. Macam koperasi, a brief report:
Sebagai contoh pesanan-pesanan yang dihantar pada 7hb Oktober 2014 lepas, sebahagian tukang kebun gunakan untuk beli makanan group avian di belakang kebun tu. So the avian is grateful to you and Thank You for the FOOD. Biasanya sekali beli 1 guni jagung sekarang harganya RM54. Bolehlah tahan sebulan lebih dengan bilangan avian yang ada sekarang.
Sebagai contoh pesanan-pesanan yang dihantar pada 8hb Oktober 2014 lepas, sebahagian tukang kebun gunakan untuk beli makanan kucing. Kucing yang tak dibela pun dah pandai menumpang sekali. So the feline wish to express their gratitude for the food.
Pernah dengar ubi bemban tapi cemana rupa ubi bemban dan apa khasiatnya..pun tak tahu..
BalasPadamSalam Diana,
BalasPadamWah, ramailah yang menyumbang memberi makan beburung serta kucing ya! Boleh tahan mahal harga bahan makanan mereka ya - yalah harga minyak pun dah naik!
seronok tengok pokok2 n poultry tinggal bersama2 di KBB...
BalasPadamDiana...gemuknya ayam tu...suka tengok. Kak masa tinggal dirumah sewa dulu dalam kampung. Kawasan luas, waktu tu kak bela ayam kampung, hutan dan ayam bandar hehee..burung pun bela banyak..syok waktu tu..
BalasPadamSalam Bahagia Sud@is,
BalasPadamUbi bemban ni sejuk. Elok untuk demam buat sup atau rebus. Elok untuk pelbagai jenis penyakit kulit, isinya ditumbuk-tumbuk dan diletakkan di tempat yang bermasalah seperti sakit kayap.
Salam Bahagia Mak Aji,
Syukur Alhamdulillah rezeki mereka. Minyak naik lebih kuranglah naik kenderaan sendiri lebih menggunakan masa yang ada berbudi pada tanah. Tak delah meronda-ronda di dalam shopping complex jika tidak perlu.
Salam Bahagia MakNgah,
Tidaklah bosan duduk dalam kebun perhatikan telatah mereka dan pengikut setia di kebun.
Salam Bahagia Kak Mala,
Memang gebu ayam tu tapi bila musim bertelur pantang nampak kawasan yang baru dikemaskan mulalah kais-kais cari cacing kerjanya.Ini pun tengah kumpul modal nak beli anak-anak ayam dan itik ni, tempat nak letak belum lagi kami kemaskan. Kena bakar sarang-sarang tikus dulu.