Cepatnya masa berlalu dah lepas seminggu meraikan Hari Raya Haji. Baru dapat nak buat posting untuk bunga-bunga yang kembang di pagi sehari sebelum Raya sebelum bertolak balik kampung. Kami bertolak sebelah petang sebab agak-agak yang ramai keluar awal pagi nak elak jam. Tapi dari masuk Karak sampailah ke kampung hujan lebat tak berhenti-henti turun sampai tengah malam. Sempatlah pada awal pagi meronda-ronda kebun yang sebelah depan rumah dan tema warna yang menarik perhatian "shining shining" dekat tukang kebun ialah tema berwarna kuning. Hati pun berbunga-bunga sebab Zinnia jenis dahlia berwarna kuning pun dah mula berbunga. Yang ni biji benih sama batch dengan yang dibekalkan pada Julai lalu (klik sini).
Zinnia batch ini pun yang tukang kebun ada tunjukkan anak pokoknya yang batang jadi tak stable sebab kurang cahaya sebelum dipindahkan di posting sebelum ini (klik sini). Syukur Alhamdulillah lepas dipindahkan "full sun" selamat juga sehingga berbunga . Baka jenis ini tinggi juga lebih 50 cm sebab pasu bunga air teratai sebelahnya tu lebih 50cm. Kira takat ni dah lebih 70cm tumbuh. Saiz bunganya jenis besar dan berlapis-lapis. Daunnya berlubang-lubang tu dah memanglah tahu angkara siapa yang selamba saja bertapak atas bunga Zinnia Dahlia Kuning kalau bukan "belalang" (antara favourite word Abby yang tengah belajar bercakap). Kekadang hairan tukang kebun intai sebelah pagi tak bergerak-gerak, bila intai sebelah petang masih di situ lagi. Dear Choi Min, sini pun zinnia antara kesukaan si pak belalang.
Water poppy tumbuhan air juga banyak pop pop keluar bunganya menyerikan pada pagi itu.
Makin gembira apabila pokok kategori menumpang juga ada yang pop pop keluar dari celah-celah daunnya seperti orkid di gambar atas. Tukang kebun ni jenis 'Hampalang Gardener', all sorts of plant berminat nak cuba tanam.
Kemboja bali kuning picotee pun dah mula musim bunganya semula. Sempat lagi tukang kebun pruning yang bahagian sebelah kiri gambar ini sebab nak kasi terang sikit. Sebelum bertolak balik kampung tukang kebun sempat pindahkan anak-anak pokok French Marigold dan Zinnia serta Water Witch DayLily rhizome di area bawahnya.
Seperti gambar di bawah ada limited stock tinggal pokok kemboja bali kuning picotee yang agak-agak dah lebih tinggi 70 cm dah rooted dalam polibeg. Dah ready nak tanam terus ke tanah. Siapa yang berminat bolehlah pick up dan tukang kebun jual RM10 sahaja sementara stock ini masih ada.
Self-Collect Day Schedule this week:
Wednesday 15th October2014 9:00PM ~ 9:30PM.
Saturday 18th October2014 5:30PM ~ 6:00PM
Terima kasih kepada semua yang sudi self-collect pada hari Sabtu lepas.
seronoknya macam2 ada:):)
BalasPadamkalaulah dekat dengan muka tak malu saya dah mintak kemboja bali tu.....cantikkkkkkkkk kalau berbunga:):)
Truly shining in the morninglah kak, esp zinnia tu, so beautiful!!!! seeds zinnia kuning tu ada jual x kak? nak beli sepeket :)
BalasPadamsihatnya bangun pagi disambut hijaun dedauanan
BalasPadamsalam kak diana, cantik bunga kuning2 semuanya, nmapk merih sangat.
BalasPadam1) nak bgitau 4-4 pokok2 mulberry yg saya beli dari akak tumbuh subur alhamdulillah walaupon lepas 2mggu baru bukak kotak kiriman (sbb waktu postage smpai sy cuma letak tepi dan betul2 terlupa ada pokok dalamnya), ada beberapa keratan pokok lain yg dh mati (sy x tau keratan apa) tapi apa pon sy ttp happy sbb pokok2 mulberry sy berjaya diselamatkan :D
2) benih sunflower jenis "org kerdil" mula bercambah walau baru 24jam dlm semaian. double happy :P
Cantik nya Zinnia tu..kalau ada benih nak order 1 pek..kat umah skang ni banyak Zinnia bercambah...tapi daun diserang ulat kut..sbb ada tahi-tahi hijau ditinggalkan
BalasPadamWow...cantiknya zinnia kuning...
BalasPadamKalau nak dtg tempat akak mcmana? Address?
BalasPadamKak, sgbuloh dimana .. mcmana nak dtg?
BalasPadamhehehe..Si pak belalang is a permanent resident is my backyard. I alwys see the same big one. Black & yellow strip and even bigger than my finger.
BalasPadamRgds,Choi Min
Salam Bahagia AMIIZAA,
BalasPadamSuka cuba pelbagai jenis kategori tumbuhan :) .
Salam Bahagia Julie,
Shining shining zinnia tu selalu mengintai dari dalam rumah. Fresh seeds maybe dalam 2 minggu lagi untuk zinnia jenis tu.
Salam Bahagia Kak Noor,
Syukur Alhamdulillah dapat nikmat suasana macam ini.
Salam Bahagia Alis,
Wow lamanya perap pokok mulberry dalam kotak. Tapi syukur Alhamdulillah rezeki Alis murah dan tangan hijau dapatlah juga pokok-pokok mulberry yang ada kisah gini terkenang bila ngap buahnya nanti.
Si Teddy cepat bercambah ya. Syukur Alhamdulillah. Nanti banyaklah keceriaan bunga kuning di kebun Alis.
Thank you for the feedback dear.
Salam Bahagia Nadia.
InsyaAllah dalam 2 minggu lagi ada benih jenis Zinnia Dahlia kuning tu. Kenalah check kadangkala bahagian belakang/bawah daun tengok tersorok telur atau anak ulat sebelum jadi besar gemok.
Salam Bahagia Kak Mala,
Itulah dari jauh boleh nampak shining shining pastu jenis besar tapak tangan.
Salam Bahagia Rahman Palace Steamboat and Grill,
Kami di Sungai Buloh, further details bolehlah ambil keterangan dengan email (kebunkmg@gmail.com).
Salam Bahagia deepdahnil,
Kami hanya ketika ini buat self-collect setiap Sabtu except Public Holiday depan Putra Medical Centre Sungai Buloh.
Salam Bahagia Choi Min,
Si ni banyak pak Belalang, masing-masing dah cop territory pilih jenis zinnia mana yang suka. Mula-mula tengok kecil, sikit-sikit dah makin membesar ikut zinnia juga membesar. Posted your zinnia and balsam seeds already yesterday.