Pokok bunga Zinnia sangat bahagia jika dirinya mendapat banyak belaian dari Cahaya Matahari. Sebagai contoh di gambar atas kedua-dua bekas disemai pada hari yang sama. Cuma jumlah pancaran cahaya yang diterima secara langsung adalah berbeza. Bekas kanan menerima pancaran hampir sepanjang hari manakala bekas polibeg hitam sebelah kiri terlindung sedikit kerana diapit dengan bekas lain yang sudah ada pokok meninggi tumbuh. Walaupun bekas yang dikategorikan tumbuh dalam keadaan partial shade biji benihnya bercambah cepat dulu tetapi bila pokoknya mula tumbuh meninggi batangnya melengkung tidak menegak tidak kuat kerana kurang kasih sayang direct cahaya. Semaian zinnia di bekas yang menerima cahaya matahari secara langsung hampir sepanjang hari pula bercambah lambat sedikit tapi pertumbuhannya tidak terganggu. Anak-anak zinnia tersebut membesar dengan baik dan batang mereka kuat. Gambar di atas dan bawah perbandingan batang zinnia yang awal pertumbuhan di partial shade dan full sun.
Sebelum balik kampung untuk beraya, naluri tukang kebun dah agak pokok yang sedang membesar di partial shade sudah patut dialihkan menerima lebih banyak cahaya. Tapi sebab masa tu hujan masih kurang bertandang jadi on the safe side biarlah ada spare 1 di partial shade dan 1 dibiarkan di full sun tanpa siraman beberapa hari. Bila balik rumah pun masih sibuk lagi jadi agak terlambat tukang kebun pindahkan keluar yang di partial shade. Jadi sekarang nak kena tunggu proses recovery zinnia yang tak cukup kasih sayang si matahari batang pun yang di sebelah bawah lebih terlindung dah nampak kecut...kesian... ya Zinnia sangat cintakan si matahari jadi pastikan keperluan cahaya mencukup untuk pertumbuhan yang baik.
Sejak 2 minggu ini, tukang kebun mendapati pelbagai jenis biji-biji benih zinnia sangat mesra nak bangun dengan cuaca di Lembah Klang. Berebut-rebut mereka nak bercambah. Tukang kebun walaupun pot plastik dah pecah sana sini selagi boleh buat tempat menyemai belasah je. Gardeners yang keadaan rentak cuacanya sama di Kebun Bahagia Bersama apalagi cepat-cepatlah semai simpanan biji-biji benih zinnia anda ya. Nanti kita buat musim bunga Zinnia show sama-sama.
Oh ya pesanan-pesanan yang telah dihantar dari hari Isnin baru-baru ini dapat benih raya Zinnia dari Sis Adibah 'from my garden' blog. Dah dapat benih raya Zinnia bolehlah ucapkan Salam Aidilfitri dan Terima Kasih kepada sis Adibah ya. Hari raya ke-6 dalam kereta puas tukang kebun belek-belek bersihkan biji benih zinnia dari sis Adibah sehinggalah tiba ke Homestay Rumah Liza (klik sini). Dah setahun lamanya terima tapi baru berpeluang nak tuai ambil bahagian benihnya. Biji benih zinnia tahan lama jika disimpan dengan baik 2 tahun pun percambahannya masih baik.
Tak percaya? Bayangkan ya jika kebun lama tukang kebun yang ada 4 musim tu dengan heat wave dan ais batu silih berganti tukar musim. Bila tiba musim bunga muncul-muncul anak pokok zinnia dari benih-benih yang luruh sendiri bila pokoknya dah berusia masa musim luruh gugur bersepah di tanah. Walaupun biji-biji benih tersebut terdedah dengan element mother nature ianya masih mampu bercambah bagaikan juara tanpa pertolongan sesiapa tapi ikut rentak perubahan cuaca sekitarnya. Apatah lagi biji-biji benih yang disimpan dengan baik dalam rumah yang berteduh pasti quality benih tersebut lebih baik dari yang tersadai di halaman luar rumah kena panas kena hujan bersilih ganti.
Pandangan kena berubah untuk menjadi seorang gardener, you must be in tune with your nature surroundings lebih-lebih lagi kebun sendiri. Semai biji benih bukan hanya kiraan berapa lama sebuah biji benih tersebut bercambah. Tetapi keperluan sesuatu biji benih tersebut bercambah seperti suhu, cahaya, air, tanah dan lain-lain. Kalau semua requirement tersebut ngam, memang biji-biji benih tersebut suka nak bercambah cepat-cepat.
Sesuatu tumbuhan pun bukan semua sifatnya sama walaupun mereka dalam keluarga yang sama. Tumbuhan ini lain-lain sifat juga ada suka cambah dalam gelap, ada yang suka kena banyak cahaya. Setiap tumbuhan juga ada 'optimum range suhu' yang membuatkan ianya mudah bercambah bergantung kepada jenis sebab tu ada pelbagai jenis. Tukang kebun dulu pun rasa diri ini tangan panas je. Tapi pengalaman menanam di negara 4 musim banyak mengajar yang tak boleh juga main belasah je menyemai , 4 faktor utama ini akan menentukan tukang kebun akan sukses cuba menanam sesuatu jenis tumbuhan atau tidak (1) SUHU (2) CAHAYA (3) Quantity AIR (4) Jenis TANAH. Tukang kebun tak fikir kira hari bercambah. Tapi memastikan yang keperluan 4 faktor itu cukup atau tidak, did this tukang kebun make any mistake or did not meet any of the requirements especially that 4 factor: itu yang akan terfikir-fikir dalam kepala. Don't count days if you haven't make sure those 4 factors is at least fulfilled for the seeds to wake up.
~ Zinnia California Giant Mixed ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Zinnia Cactus Mixed ~ (pictures klik sini).
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Zinnia Lilliput Mixed ~ (pictures klik sini).
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Zinnia Polar Bear White ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
6 ulasan:
Sangat perasan pokok2 yg berbunga2 mekar sejambak ini selalu perlukan sinaran mentari kan, kalau tak, tak cukup ceria..
I love zinnia...tahan lasak, senang tumbuh, senang bunga...dan cantik!
Cantiknya zinnia ni, baru nak try2 tanam :)
Salam Syawal Nasa Mulia.
Zinia kalau tak cukup cahaya memang sedih je nampaknya kekadang.
Salam Syawal Kak Mala,
Zinnia memang tahan lasak, tak banyak sangat remeh dia kalau semua yang dia suka dah diberikan.
Salam Syawal Julie.
Cuba-cubalah zinnia dengan cuaca sekarang ni dah mudah nak bercambah.
Diana...simpan kn polar bear white 1 pek
Boleh simpankan untuk Nadia.
Catat Ulasan