Bunga Zinnia sentiasa memeriahkan suasana di mana-mana kebun dengan keceriaan dan kemurahannya bunganya yang tersenyum mekar dengan banyak. Pokok bunga zinnia sukakan matahari untuk tumbuh dengan bahagia di samping tanaman-tanaman lain. Pokok bunga zinnia lilliput adalah antara jenis zinnia kesukaan tukang kebun kerana mudah untuk hidup bahagia sendiri tanpa penjagaan yang banyak. Saiz bunga zinnia lilliput adalah bersaiz sederhana.
Pokok bunga zinnia lilliput adalah bersaiz sederhana maka sangat sesuai digandingkan dengan tanaman pokok sayur-sayuran lain seperti terung dan bendi. Pokok bunga zinnia lilliput juga berpotensi membantu menarik lebih banyak pollinators ke dalam kebun.
Pokok Zinnia lilliput mudah self-seed atau tumbuh sendiri apabila banyak biji benihnya terjatuh ke tanah. Salah satu tips untuk mendapatkan pokok zinnia yang sihat dan mempunyai banyak tenaga untuk hidup merimbun lebih lama ialah jika didapati anak pokok zinnia yang masih mudah hayat hidupnya hendak berbunga, jangan diberikan ianya berbunga kalau masih lagi kurang dari 30cm untuk pokok bunga zinnia lilliput. Kalau pokoknya masih ketot itu hendak berbunga, potong kudup bunganya supaya ia tidak membazir fokus tenaganya untuk berbunga. Takpe kalau potong nanti pokoknya akan makin merimbun dan menyimpan tenaga untuk membesar bagaikan juara hinggalah pokoknya benar-benar bersedia atau matang untuk menghasilkan banyak-banyak bunga.
Biji benih zinnia lilliput yang baru sahaja bercambah.
4 ulasan:
comel dan cantik
cantik cantik bunga tahun depan harap2 dapat bergiat semula dlm bercucuk tanam..:D
Cantiknya Zinnia tuh....saya pon kebetulannya baru tanam benih dia semalam....:)
SMROSE ~ Yang ini mudah nak tumbuh sikit berbanding dengan pompom saiz besar.
Nadia ~ Lama tak dengar khabar berita. Harap sihat walfiat. Takpe take it slow.
Lynna Ghani~ Bolehlah menceriakan kebun selain dari hijau sahaja dari tanaman lain. Moga yours besar dengan juaranya.
Catat Ulasan