Halaman

Jumaat, 10 Oktober 2014

Tsukena Vitaminna

 Antara tuaian sayur daun untuk masak makan malam hari ini ialah Sayur daun sejenis Bok Choy yang mula menjadi kegemaran di negara Jepun ialah 'Vitaminna'. Syukur Alhamdulillah dapat jugalah rasa sayur organik Jepun "Vitaminna" hasil dari menanam sendiri walaupun rindu juga nak ke Jepun bila kali terakhir menjejak kaki di bumi sana pada tahun 2006. Sayur Bok Choy 'Vitaminna amat mudah ditanam pada bulan ini di full sun dan tukang kebun tanam dalam pasu kecil sahaja seperti di bawah.
  Di bahagian belakang yang dah besar-besar dulu kalau tukang kebun tak silap adalah sayur 'Vitaminna'. Manakala yang kecik-kecik itu adalah yang tukang kebun sumbat kemudian menumpang sayur daun lain. Bersama-sama yang semasa tukang kebun alihkan anak-anak vitaminna dan telah dipangkas hampir botak di dalam pasu ini ialah sepokok bunga telang hidup sendiri. Gambar di atas diambil pada 23 September 2014.
 Mari kita lihat progess pertumbuhan setelah seminggu (30hb September 2014) nampak ketara pertumbuhannya. Walaupun pasu ini kecil tapi banyak pokok boleh sumbat hidup bersama-sama dalam keadaan full sun. Bunga telang pun meriah selalu dipetik di pasu ini.
  Gambar yang diambil sebelum dituai 4 pokok sayur daun dalam pasu ini. Bunga telang yang meriah berbunga dah dipetik dalam gambar baru perasan ada 1 bunga tercicir ke lantai (siapa nampak?). Dah sendat jadinya dan bolehlah mula menuai yang besar-besar dahulu bagi ruang yang lain untuk membesar.
 Gambar atas apa yang belum dituai diberikan ruang untuk chance ia membesar pula. Boleh lihat berapa lagi pokok-pokok sayur yang tinggal. Ya walaupun pasu kecil jika di full sun boleh tanam rapat-rapat. Pokok bunga telang tu tukang kebun dah trim nak kasi banyak cahaya untuk sayur-sayur tu terima supaya tak terlindung. 
 Sebelum raya haji, tukang kabun ada alihkan anak-anak pokok sayur daun di dalam pasu yang tukang kebun tuai sayur daun 'Tsai-Hsin' (klik sini). Dah kena nibble pun. Tapi selalunya beginilah masa stage anak-anak pokok memang kebiasaannya ramai peminat menyerang. Tapi InsyaAllah bila besar nanti macam tuaian hari ini. Sebab masa tuaian di atas baby pun mengalami nasib yang sama. Tak pernah pun tukang kebun spray semburan organik. Cuma simbah air beras atau basuhan ikan sebab pasunya duduk depan pintu dapur mudah nak simbah dia.

~ Sayur Bok Choi Jepun 'Vitaminna' ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

5 ulasan: