Halaman

Sabtu, 11 Oktober 2014

Zinnia Kak Adibah

  Salam Bahagia, pagi ini tukang kebun nak celoteh pasal berapa lama biji benih zinnia dan nasturtium boleh disimpan. Sebelum itu, dari minggu lepas biji benih zinnia yang disemai pada bulan Ogos pemberian Kak Adibah (visit Kak Adibah klik here) dah selamat berbunga di Kebun Bahagia Bersama. Awal minggu Syawal lepas ada dikongsikan biji benih yang sama kepada gardeners lain (klik sini). Review yang diterima dari gardener HCM di Petaling Jaya mengatakan percambahan sungguh cepat dalam beberapa hari sahaja setelah disemai. Ada yang mengatakan keesokkan harinya dah bercambah pun ada benih dari Kak Adibah. Thank you for the feedback semuanya amat berharga for this little research.
  Untuk makluman biji benih Zinnia yang diterima tukang kebun dari Kak Adibah adalah pada awal tahun 2013. Jadi seharusnya biji benih tersebut dah lebih 18 bulan diperap oleh tukang kebun atas work bench terdedah dengan cahaya bilik. Ini kira belum proper storage untuk seeds ideally cool, dark and dry places. Jika disimpan dengan baik biji benih Zinnia walaupun dah 2 tahun mampu bercambah dengan baik. Apa yang penting untuk memastikan percambahan menjadi bernas ialah suhu tanah, kuantiti air dan pencahayaan. Tukang kebun perhatikan biji benih zinnia tak perlu banyak air. Kalau banyak air kekadang membuat percambahan tak elok, bijinya mudah reput. So its not one of the seeds tukang kebun rasa perlu nak kena rendam dalam air semalaman. Lagipun sama sahaja konsep semai waktu petang dalam tanah lepas tu siram, sama sahaja macam dia duduk dalam air (theory sama sahaja sebab tanah pun dah basah). Tak de tambahan kerja nak alih-alihkan biji benih pula. Nota tukang kebun untuk cuaca 2014 tahun ini di Lembah Klang, percambahan zinnia sangat baik antara bulan Ogos sehingga Oktober ini.
  Bulan September lepas, tukang kebun terjumpa biji-biji benih nasturtium lama tersimpan dalam salah satu kotak benih diletak bawah katil dari kebun lama dalam sampul kertas recycle. Biji benih tersebut dah lebih 4 tahun disimpan. Bila tukang kebun tengok biji benih segar nasturtium yang disemai Ogos lalu nampak amat bagus (klik sini) tanpa special teknik apa-apa,  maka mulalah perasaan mencuba semai biji benih lama itu timbul. Terkejut juga tukang kebun tengok hampir ke semua biji-biji benih tersebut bercambah dengan cepat. Memang cuaca bulan September di Lembah Klang tahun ini amat mesra untuk percambahan biji benih Nasturtium. Kesimpulan biji benih nasturtium berusia 4 tahun pun boleh bercambah dengan baik jika diberikan environment sesuai untuk dia bercambah.
   
 Sebelum balik kampung untuk Raya Haji tukang kebun alih-alihkan anak-anak pokok nasturtium benih lama tu di bawah pokok kemboja. Jadi gambar di atas itu antara seedlings yang dipindahkan baru nak sesuaikan diri semula. Nasturtium nak kena kasi jarak-jarak, kalau hidup subur dia seorang pun boleh conquer 1 meter persegi. 

Antara soalan berkaitan nasturtium yang diterima tahun ini ialah: 
Anak-anak pokok nasturtium mudah bercambah tetapi bila daun-daun baru tumbuh yang lama mula menguning dan mati?

 Kali ini tukang kebun perhatikan sebelum dipindahkan ke tempat baru, ada mula 1~2 helai dah mula menguning, jadi bila dipindahkan anak pokoknya tukang kebun hairan kenapa macam akarnya tak beberapa tumbuh macam hampir tiada walhal seedlings dah lebih 2 minggu. Tukang kebun suspect perhaps terlampau banyak air (over-watering) menyebabkan pokoknya malas nak tumbuh akar yang banyak. Bila akar tak banyak maka tak banyaklah nutrient dari tanah yang dapat diserap oleh tumbuhan tersebut. Akar ni kalau tak merebak jauh tak banyak zat baru yang dapat diserap di tempat lain. Jadi daunnya mula menguning akibat "over-watering" dan "nutrient deficiency". Seingat dalam memory nasturtium yang tukang kebun cabut dulu lepas dah habis musim akarnya banyak dan anak pokoknya juga banyak akar. So kali ini sikit lagi overdose air. So control the watering ya!!! Nasturium ini memang adik beradik pegaga tapi keperluan airnya tak macam pegaga. So make sure well-drained soil bukan macam pegaga boleh je dalam air bertakung.

  Tukang kebun is not that old but an old-fashioned gardener, takde skill teknik special apa-apa pun semai biji benih. Tiada pun ambil kursus apa-apa. Seperti tukang kebun yang dah tahap master tapi tukang kebun masih novice banyak belajar dari kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Banyak trial and error.

 After a long journey in the garden, you'll realized you cannot beat nature but must be in tune with your kebun environment. So you grow according to the season. You understand each of your plants or seeds requirement and how they will grow (or evolved) according to their new home. Your own kebun will be a great teacher than any book written about gardening because every kebun is different none the same. If a student came to me repeatedly giving an excuse that the seeds does not germinate that it is not a fresh one, I will whack her/his butt. Even a well-preserved seeds from the pharoah tomb or discovered from ancient time can grow given its most ideal condition. A self-denial student trying to leap to the next level or hurdle to understand the way of nature won't be a smooth journey as planned. You're not blind yet you do not observed and read to try to understand. Even a human is an individual with an individual need, this apply to plants as well. The kebun is a big open book with many stories to learn and tell.

 Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad SAW:

 "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

 Rezeki dari kebun dalam minggu ini boleh tiap-tiap hari dipetik sebanyak ini ialah pucuk ubi, cabai burung dan bunga telang. Lalu princess papa ini yang masih tak mau berhenti hisap susu badan (mama dia dah tak larat tapi kesian pula) merungut vitamin supplement dari mulberry setiap hari tak cukup bahagian untuk dia. Minta maaflah Abby mama tak de masa lagi nak pruning pokok-pokok mulberry di belakang tu. Ada beberapa tengah berbunga tu, sabar ya.
 Antara tuaian minggu ini, walaupun tak lumayan dapatlah juga 2 kali seminggu dapat makan asparagus, bendi, peria dan kacang panjang jika rajin pergi petik.
  Petang ini tukang kebun confirm tunggu untuk self-collect ya di tempat yang dah ditetapkan. Yang masih teringin nak buat self-collect dan belum buat confirmation dengan tukang kebun, sempat lagi buat pesanan hingga 3 petang ini ya untuk tukang kebun sorts the goods.

6 ulasan:

  1. Hi Diana,
    Now u see, now u don't ..all my zinna seedlings already eaten by grasshopper. None is left! (>o<)frus betull.. Lucky i didn't sow all. Looking cute si Abby and her curls..
    Regards, Choi Min

    BalasPadam
  2. Syukur alhamdulillah kak Diana, bestnya tgk hasil2 dr kebun kakak, lumayan sungguh hasil cili padi tu, best tengok, benih nastarium ada stok lagi ke kak?

    BalasPadam
  3. Diana thanks a lot cerita tentang nasturtium. kak ada sepokok tergedik-gedik dari 7 biji yang di semai...mula2 tumbuh eluk pas tu jadi kuning sikit..mungkin betul kata Diana air lebih pun tak boleh juga. Kan musim hujan disini

    BalasPadam
  4. salam diana,
    haha,..samalah kita, usia masih muda tp suka oldstyle gardening..kalau bukan kita teruskan, siapa pulak nk mewarisi cara org lama berkebun yg tak bergantung pd racun dan baja sintetik..we inherit this world for tomorrow :)
    eila

    BalasPadam
  5. Salam kak D,
    Lps bc posting ni, trus je smgt semai benih bunga ni (free gift dr akk~tenkiu) dn terus petang nye ujan smpi laaa malam dn mcm nk smbg lg ke pagi ni nmpk cuaca gelap je kt lua. Hrp ade la rzk sy dgn zinnia ni nnt, hihi…
    Oh ye, raya haji ari tu x kemana kami kak, lepak je kt rumah :)

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Choi Min,

    Pak belalang lapar kebuluran agaknya. Maybe for the time being has to scatter the plants to save some rather than focus on one place.

    Salam Bahagia Julie.

    Syukur Alhamdulillah adalah hasil sambil-sambil mengemas. Benih nasturtium masih ada lagi tapi tak banyak tinggal.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Anak-anak pokok baru lain pun ada daun mula menguning, itu yang suspect tak boleh rajin siram sekarang akarnya kurang selesa banyak sangat air macam lemas pula.

    Salam Bahagia Eila.

    Serangga-serangga perosak ni pun ada musimnya juga kan. Bila tak dihiraukan takdelah rosak sangat dikerjakan. Kalau focus sangat itulah yang dia suka kerjakan. Yalah orang dulu-dulu cukup je makan walaupun tak pakai racun dan baja sintetik.

    Salam Bahagia Atie.

    InsyaAllah adalah rezeki dapat anak-anak pokok zinnia. Dah bercambah ke belum?

    BalasPadam