Pada hujung minggu lepas, seawal pagi dearest husband bagi makan kepada PETS di belakang. Kemudian sebelum bertolak keluar sarapan di gerai Nasi Lemak yang dah lama teringin nak merasa masukkan baju dalam mesin basuh. Dah berbulan lamanya kami tak keluar sarapan di luar, disebabkan ada team members Kebun Bahagia Bersama bertambah usia di hari tersebut jadi ambillah kesempatan. Gerai nasi lemak di Paya Jaras tu bila lalu di sebelah pagi memang tengok penuh ramai orang makan di situ tak putus-putus. Kalau hari bekerja pun tengok ramai orang dalam pakaian baju pejabat atau uniform makan di situ. Masa Ramadhan lalu mereka tutup buat renovation. Lepas sarapan kami singgah ke Pasar Pagi Paya Jaras, anak itik habis dijual dan harganya RM4.50. Rupanya yang pembekal telur itik di pasar tersebut pun yang selalu hantar bekalan tahi baja kambing di rumah. Jadi mudah nak buat pesanan di rumah sahaja nanti bila ada terus hantar ke rumah.
Kembalinya dari pasar sidai baju, dearest hubby keluarkan mesin rumput dan mula memotong rumput di depan halaman rumah. Memandangkan dah panas, tak larat nak habiskan potong sampai habis sempat separuh je. Sebab panas kami kemaskan di kawasan belakang sekitar Katak Puru nak kasi cerah sebab dah gelap nanti ada yang bahaya suka lindung di situ dengan anak-anak pokok pelbagai yang tumbuh bahagia di situ. Kami pun pindahkan kerusi taman yang asalnya di bawah kanopi pokok katak puru ke antara kanopi pokok mickey mouse dan kemuning yang dekat dengan tiang lampu. Kalau ada gathering malam-malam pun takde lah takut nak duduk di bawah bayang lampu jika ada rezeki bunga kemuning yang wangi akan semerbak di situ.
Dekat sekitar linkungan pokok katak puru tersebut macam-macam anak-anak pokok hidup subur sepertilah jambu mawar, pepanggil, mickey mouse, serai acheh, kaduk dan semestinya beratus-ratus anak pokok katak puru seperti gambar di atas. Kalau tukang kebun ada masa dan mood rajin banyaklah anak-anak pokok katak puru boleh tambah dalam ready available stok Kebun Bahagia Bersama hasil dari pokok katak puru kesayangan Tuan Tanah. Bila tak dapat makan buahnya, makhluk lain santap dulu masih ada rezeki diterima dalam bentuk anak-anak pokok.
Dalam ready stok sekarang kalau pesanan melalui self-collect, InsyaAllah sekiranya masih ada dapatlah yang ketinggian dah lebih sekurang-kurangnya 1~2 kaki. Katak puru ni kalau orang biasa tanam memang tahu akarnya jenis akar tunjang kuat tumbuh masuk jauh ke dalam tanah. Walaupun banyak anak-anak pokok tapi tak mudah nak pindahkan lebih-lebih lagi kalau yang dah besar-besar tu jika tak dikorek hati-hati nanti akarnya mudah terputus. Pokok katak puru ini bila dah membesar memang tak perlu siram bila akar tunjangnya dah panjang. Nampak sahaja pokoknya renek, tapi akarnya panjang jauh ke dalam tanah. Bukan jenis akar yang bercabang-cabang kekadang timbul ke tanah. Tapi 1 akar tunjang yang kuat tumbuh memanjang ke dalam tanah. Sambil-sambil mengemas kawasan tersebut ada jugalah hadiah sepeti buah-buah katak puru dan akar ginseng jawa.
~ Anak pokok katak puru ~
1 pot RM10.00
Self-Collect Day minggu ini ialah pada hari Sabtu (29hb November 2014) antara pukul 5:30 petang ke 6:00 petang.
Lepas ke pasar kami singgah bakery shop beli kek ice-cream rainbow untuk birthday "boy" (dearest hubby). Beli setengah kilo sahaja nanti tak habis. Eloklah masuk rumah lepas berkebun, mandi, isi perut kemudian makan kek ice-cream sebelum hantar hero-hero ke kelas Taekwando. Hadiah papa dah diberi masa dating Jumaat lepas sebelum tonton wayang Rurounin Kenshin: The Legend Ends.
Tapi rasanya hadiah yang paling seronok diterima oleh Papa untuk tahun ini ialah dari Ilhan. Tersenyum gembira papa tengok keputusan akhir tahun Ilhan tak disangka walaupun tak nampak Ilhan study hard macam biasa tapi Ilhan kotakan janji Ilhan dengan papa. Keputusan Ilhan melonjak dengan baik di Sekolah Agama dan Kebangsaan. Masuk darjah 2 tahun depan masih sekolah kebangsaan remain kelas A dan sekolah agama pun masuk kelas A. Janji Ilhan dengan papa ialah tahun depan kena maintain kelas A selepas gara-gara keputusan pertengahan tahun membimbangkan dan mengejutkan. Geram je mamapapa tengok Ilhan masa ambil keputusan pertengahan kebangsaan dahulu.
Kali ini yang hendak tukang kebun kongsikan ialah untuk memberi semangat dan dorongan kepada ibubapa yang mempunyai anak berciri "Autism" seperti Ilhan. "Autism" ini pun banyak bahagian, untuk Ilhan dia dalam spectrum "language disorder". Berbeza dengan kanak-kanak lain di mana sambil membesar mula faham dan bertutur dengan mudah dalam bahasa harian. Ilhan adalah kanak-kanak yang membesar pada mulanya tidak dapat berkomunikasi dengan baik atau tidak tahu bagaimana nak berkomunikasi lebih lagi "perkataan" tiada makna baginya. Ibubapa nak kena banyak bersabar sebab kanak-kanak lahir dengan language disorder pun tak reti kalau nak sesuatu pakai sign language seperti tunjuk apa yang nak diingini jadi stress sebab menangis-nangis nakkan sesuatu tak tunjuk, tak pandai/tak mudah ingat sesuatu "perkataan" walaupun dah diajar berkali-kali. Banyak kena meneka kehendak anak yang special ini. Jadi pada awalnya kekadang di peti ais pun tampal gambar-gambar nak latih tunjuk nak buat activity yang mana satu dahulu untuk permulaan sebelum mereka dapat faham lebih banyak perkataan.
Siapa sangka anak pertama yang dilahirkan nampak sangat sempurna dari segi physical development sebenarnya kelakuan dan mentalnya tidak apa yang manusia biasa labelkan as "normal" hanya dapat dikesan setelah ia sudah berumur 2 tahun lebih. Ilhan semasa kecil very quiet boy hanya menangis bila nakkan sesuatu seperti lapar atau ngantuk. Ibubapa lain gembira bila dapat mendengar antara perkataan awal disebut oleh anak lepas setahun lebih memanggil 'mama' atau 'papa'. Untuk kami bila Ilhan dah umur 4 tahun lebih, masih kurang 10 perkataan yang diketahuinya apatah lagi masih keliru apakah kegunan perkataan 'mama' dan 'papa'. Kalau neneknya ada jadi kekeliruan, sekejap dia panggil "nenek" jadi "mama' sebab ikut tukang kebun panggil, kekadang tukang kebun pula Ilhan panggil "nenek" walaupun dah 4 tahun lebih. Sedangkan adik Ilhan yang pada ketika itu dekat 2 tahun lebih banyak faham dan boleh bercakap seperti kanak-kanak lain sebaya berbanding Ilhan nampak begitu ketara disebabkan masalah penangkapan bahasa oleh Ilhan. Nampak sangat ketara jurang pemahaman berkomunikasi antara Rayyan yang berumur 2 tahun dengan Ilhan yang berumur 4 tahun. Adiknya Rayyan lebih advance. Memandangkan pada ketika itu kami duduk di Australia untuk membantu Ilhan belajar "perkataan" kami hanya fokus berbahasa Inggeris untuk dia bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelbagai bahasa dan mudah berinteraksi dengan pakar seperti yang dinasihatkan. Sebab kita duduk di Malaysia pun dengan pelbagai bangsa jadi bahasa pertuturan mungkin ada 2~3 bahasa harian yang dipraktikkan. Jika anda ada anak yang language disorder cuba fokus 1 bahasa sahaja dulu.
Yang pada mulanya dan tukang kebun sangat berterima kasih nampak masalah Ilhan adalah jururawat bernama Theresa dari klinik kesihatan kerajaan yang datang kerap untuk melihat perkembangan kesihatan Rayyan yang baru lahir dengan masalah jantung. Memandangkan kami masih baru menetap di sana, nurse Theresa kata lebih baik dia buka buku rekod pembesaran Ilhan di Australia ini juga yang baru berusia 2 tahun lebih sambil menengok progress mereka berdua sekali. Bila tengok-tengok perkembangan Ilhan dari segala segi dalam system nota perkembangan kanak-kanak di Australia timbul kemusykilan di hati nurse Theresa katanya sepatutnya Ilhan dah lebih berinteraksi nampak macam senyap je Ilhan ni termenung beza dengan kanak-kanak sebaya. Lalu nurse Theresa syorkan jumpa Doctor Helen pakar kanak-kanak walaupun waiting list lama juga. Tukang kebun memang sangat bersyukur yang Allah pertemukan nurse Theresa ini sangat membantu dalam saat sangat genting untuk anak-anak kami. Kalau bukanlah nurse Theresa bila datang lawat tengok Rayyan asyik tidur dan berat tak naik lansung serta kebiruan lantas dia terus telephone klinik jantung Hospital kanak-kanak yang monitor Rayyan minta bercakap dengan doktor yang menjaga Rayyan. Doktor suruh bawa check keesokkan harinya. Elok je doktor tengah check keadaan Rayyan, Rayyan mengalami "TET SPELL" kekurangan oxygen dalam badan oxygen saturation drop sehingga lebih kurang 40% (kalau jantung normal oxygen saturation tu 100%). Masih dalam office datang lagi satu "TET SPELL" terus masuk ICU. Beberapa hari kemudian, Rayyan yang baru berusia 7 minggu diterbangkan dengan helicopter ambulance terus mendarat di Royal Children Melbourne Hospital untuk menjalani pembedahan pertama.
Memandangkan kami selalu terpaksa menginap di hospital untuk temankan Rayyan, dan Ilhan akan tinggal bersama babysitter-nya Lenay di rumah berdua kesunyian juga memberi kesan stress kepada Ilhan. Bila dah lama kena tinggalkan tu untuk cara express stress si Ilhan ni mulalah jadi vampire, habis asyik menggigit je mana bahagian anggota badan yang dapat digigit selalunya kat peha kami jadi mangsa gigitan tiba-tiba dari Ilhan. Syukur Alhamdulillah bila berjumpa dengan Doctor Helen bersama Ilhan buat assessment kami diberikan surat sokongan untuk masuk program speech therapy yang dianjurkan oleh kerajaan Australia. Mereka pun semua faham kami ni tak mampu nak pergi swasta jadi banyaklah bantuan juga diberikan dengan perundingan percuma. Di kursus kelas speech therapy dan kelas individual juga banyak membantu tukang kebun bagaimana nak cope dan bantu Ilhan belajar berkomunikasi. Memang salah satu cara banyak nak kena ulang tunjuk dengan action sekali bukan sahaja dengan menyebut kena beri visual. Kalau kanak-kanak biasa ajar 2~3 kali dah masuk kepala. Tapi kalau dengan masalah "language disorder" berpuluh-puluh kali tunjuk pun kekadang bukan semestinya mereka dah ingat dan faham. Salah satu symptom kanak-kanak austism ni mereka jarang akan bertentang mata atau buat eye-contact, itu pun challenging juga nak ajar bahasa sebab basic communication ialah with eye contact betul tak? Puaslah banyak kali kena panggil Ilhan sebelum mengajar nak kena pastikan dia tengok kita.
Pada mulanya tukang kebun banyak pinjam buku-buku haiwan di perpustakaan awam nak ulang kali tunjuk dekat Ilhan nama-nama binatang tersebut. Susah juga belum sempat baca Ilhan dah mula flip pages cepat-cepat cuma berminat nak tengok gambar sahaja tapi tak minat nak dengar (mainly sebab tak faham kut for him language belum exist only visual). Kebetulan ada satu kali itu tukang kebun pinjam buku dinosaur, dari situlah juga antara mulanya mudah nak ajar perkataan kepada Ilhan. Yes he is fixated with dinosaurs. So for parents yang ada masalah kanak-kanak dengan language disorder kena cari minat dia, jadi pinjam pelbagai jenis buku mungkin ada minat keretapi, monsters dan lain lain. Kanak-kanak Autism and Asperger ni can be very fixated on certain things more than normal children. Habis semua jenis buku dinosaur dekat perpustakaan tukang kebun pinjam, I used dinosaur as a model to teach Ilhan colors, shapes and other basic words. Sebab Ilhan minat dinosaur lebih mudah bagi dia nak mengingat perkataan. Dahlah mama Ilhan bukan minat sangat dinosaur bila dah sampai stage Ilhan nak tahu specific dinosaur tu pening gak kepala mama Ilhan nak menghafal. Yang anehnya walaupun Ilhan kekadang tak pandai sebut lagi, tapi bila tukang kebun tersilap jenis nama dinosaur dia akan tunjuk banyak kali dekat dinosaur tu selagi tak dibetulkan.
Walaupun Ilhan tidak pandai menangkap bahasa, assesment dari visual pula above than average berbanding dengan kanak-kanak sebaya. Visual memory atau photographic memory Ilhan sangat kuat kiranya cover up lack in speech dia, jadikan daya permerhatian dia kuat. A good thing to have dan asah bakat si Ilhan dalam visual memory. Tapi banyak episode stress di sebalik untuk kanak-kanak yang berumur 4~5 tahun yang terlebih bergantung dengan visual ni sampai tukang kebun pun takut nak bawa Ilhan ke tempat awam kalau terkeluar "bizarre behaviour" ni. Bayangkan kalau budak nak dekat 5 tahun route baru dah boleh ingat semua landmark sepanjang perjalanan for the first time sahaja. Bila akan lalu jalan tersebut untuk kali ke 2, sebelum sampai landmark Ilhan dah sebut dulu apa yang akan dilalui. Biasanya bila Ilhan ikut papa ambil mama di Uni, kalau papa lencong ikut jalan alternatif lain atau nak singgah tempat lain mulalah si Ilhan ni jadi agitated, dan suruh pusing ikut jalan biasa diikuti. Kalau hantar kawan pun begitu juga, dia nak juga pusing ikut jalan balik biasa mula tak tenteram. Papa Ilhan paling stress kalau Ilhan tertido dalam kereta masa ambil mama habislah sampai rumah nanti ada meraung tak nak keluar kereta. Bukan tantrum tapi ada satu tak lengkap untuk Ilhan macam rutin dia disrupted. Kanak-kanak autism adalah fix kepada sesuatu rutin jadi mereka akan stress kalau rutin tu macam tergendala. Sebab bila Ilhan tertido macam perjalanan rutin dia tergatung sekejap jadi nak kena ulang semula pada point dia tertido.
Mula-mula kami tak faham juga salah satu "bizarre behaviour" Ilhan ni. Tapi bila dah faham kami sedar kalau Ilhan distracted dalam sesuatu walaupun macam berhenti nak kencing ke tandas atau ambil makanan ke dalam bag dia akan mula resah dan menangis-nangis kalau kami tak reversed "time" untuk dia sebelum ada this little distraction. Yes time seems to stop for Ilhan bila ada this little distraction atau "iklan". Sebagai contoh mudah, Ilhan ikut papa dia beli barang beratur nak membayar, masa beratur bayar dah mula nak rasa kencing, papa dia cepat-cepat bayar kemudian bawa cepat-cepat ke tandas. Lepas Ilhan dah mula membuang air kecil, papa dia ingat terus nak ke parking kereta, mulalah Ilhan meronta-ronta menangis tak nak gerak. Disebabkan kami dah mula faham perangai pelik Ilhan ni, papa dia terpaksa bawa Ilhan semula pura-pura beratur macam nak bayar barang di counter sama barulah Ilhan calm down. Paling episode stress kami pernah kena tapi tak boleh reversed 'time' untuk Ilhan sebab Ilhan menjadi sendiri keliru mana point distraction dia ialah di pasar. Bayanglah budak 4 tahun pasti lebih keliru dengan bahagian pasar yang nampak gerainya sama sahaja. Gara-gara tengah jalan, si Ilhan lapar berhenti keluarkan pisang untuk dia bila dah mula bergerak nampak Okay tiba-tiba mulalah episode Ilhan meronta nak mengundur semula. Kami dah undur semula ke spot berhenti tadi tapi Ilhan jadi keliru mulalah berlari ke arah tak menentu terpaksalah papa Ilhan grab dan dukung Ilhan kuat dari tersesat hilang. Sungguhlah stress kami terus menuju ke kereta dengan papa Ilhan dukung Ilhan meronta-ronta macam diculik, memang ramai asyik tanyakan what's wrong with the kid kepada papa Ilhan macam papa Ilhan culik anak sendiri dah. Papa also trying to control his temper with Ilhan jadi mama have to remind papa Ilhan cannot help it, he himself feel very lost and agitated. Bukan Ilhan buat perangai. He is born as he is. So if you have kids at this stage of behaviour do avoid places like pasar. It will get much better once they started to improve their language skill. Just hang in there.
Memang banyak nak kena sabar, kita nak kena faham anak special macam ini bukan buat perangai atau 'tantrum' banyak benda mereka tak dapat faham sebab 'language disorder' so many things are alien to them cos they don't have word or understand the meaning of it. Perlahan-lahan Ilhan belajar basic word masa nak masuk 5 tahun macam 'bread'. Peristiwa tukang kebun tak boleh lupa bila tukang kebun kata nak beli 'bread". Masalahnya muncul ialah biasanya beli ' bread' dari rumah jalan belok kanan ke supermarket Coles berdekatan rumah bersama papanya. Tapi kali ini kami belok kiri sebab nak ke Adelaide Central Market sambil beli daging halal. Sudah mulalah Ilhan melalak-lalak pointing the opposite direction ke Coles "bread'' "bread" sehingga sampai Adelaide Central Market masih tak berhenti menangis lagi. As usual papa Ilhan dah mula stress dengan keadaan Ilhan begitu. Tapi tukang kebun dah tekad we must make Ilhan understand and be flexible tak boleh fix satu rutin sahaja. Terpaksalah tukang kebun kendong Ilhan yang dah nak 5 tahun tu sambil dia menangis-nangis bawa ke stall bakery yang biasa jual favorite croissant Ilhan sambil tunjuk look look Ilhan bread bread. Barulah reda si Ilhan selepas peristiwa itu Ilhan lebih flexible dan faham "bread" bukan sahaja didapati di Coles belakang rumah tu. Kanak-kanak dengan language disorder masa mula menambah perkataan better "action speaks louder than word" gradually they will start to comprehend. Nak marah membebel pun tak guna juga, they simply don't understand even if they are already 5 years old.
Pada mulanya Ilhan masuk tadika biasa dengan ada bantuan 2 minggu sekali speech therapist datang ke tadika beri individual lesson. Kasihan juga tengok pada mulanya sebab Ilhan tak faham jadi banyak activity di tadika dia tak tau buat apa-apa duduk senyap je. Tak boleh juga salahkan cikgu sebab anak murid pun ramai. Ada sekali tu sebak juga bila kasi mandi balik dari tadika nampak kepalanya ada gumpalan darah macam terhantuk, tanya sebab apa banyak kali pun Ilhan bukannya reti nak explain.
Sebenarnya ketika itu tiada sesiapa pun dalam keluarga yang percaya bila tukang kebun kata Ilhan needs help, he looks really normal tapi ada something not right with his behavior. Seperti biasa comment yang diberikan balik ialah late bloomer atau pun orang dulu kata "pelat". Tapi ini dah nak masuk 5 tahun beberapa words je yang Ilhan tahu. Papa Ilhan pun mula tak percaya dengan cakap mama Ilhan, tapi mama Ilhan berkeras juga nak cuba masukkan Ilhan dalam waiting list untuk tadika yang ada special class untuk fokus kepada budak-budak ada masalah speech. Walaupun jauh sedikit nak kena hantar tapi if there is a chance Ilhan might improve sanggup menghantarnya setiap pagi sebelum rushing ke lab. Syukur Alhamdulillah next semester intake tak lama menunggu Ilhan dapat masuk walaupun waiting list panjang sebab diorang bagi priority base on assessment siapa yang lebih memerlukannya. Satu kelas pun tak ramai tak lebih 10 murid untuk cikgu fokus membantu nak improve speech kanak-kanak tersebut. Syukur Alhamdulillah like a miracle, hanya beberapa minggu Ilhan improve banyak sehingga papa terkejut dengar Ilhan boleh converse dengan atuk yang sedang memancing di tepi tasik on the way ke kereta papa jemput Ilhan dari sekolah.
Pada waktu kanak-kanak 3~5 tahun adalah masa yang sangat critical untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah sebegini supaya mereka tidak ketinggalan. Early Intervention memang sangat penting. Sekiranya anda rasa anak anda nak dekat 3 tahun masih tak dapat berkomunikasi dengan bahasa buatlah assessment awal-awal. Selepas dapat 2 semester di tadika yang ada special speech therapy class tu (dah kena balik tanahair), perangai Ilhan pun banyak berubah and the parents life become much easier. The more language ability Ilhan gets the bizarre behaviour juga gradually hilang. Dulu pendiam sekarang self-confidant dah up rajin bertanya sampai semua orang dah tak larat nak menjawab. Tanya macam reporter kadang-kadang.
Syukur Alhamdulillah dengan early intervention Ilhan dapat adapt dan mula mahir adapt skill nak mula fasih bahasa. Walaupun sekarang kadangkala Ilhan masih struggle dengan perkataan yang dia pertama kali dengar dan sukar nak faham maksud dia, Ilhan dah tak berdiam diri, dia rajin bertanya. Senang je nak nampak aksi Ilhan kalau dia faham ke tidak dengan soalan kita tanya, have to give him a few moments to digest, unlike others tak sponton Ilhan menjawab. Give him a few moments.
Semasa Ilhan di Tadika kemas nak ambil ujian masuk sekolah kebangsaan tetapkan kelas, puaslah tukang kebun ajar Ilhan sekurang-kurangnya dapat duduk kelas tengah-tengah pun takpelah. Tak sangka pula Ilhan boleh terus masuk kelas A. Ujian awal masa darjah 1 nampak keputusan Ilhan bolehlah ikut walaupun risaulah juga nampaknya semua Gred A. Tapi yang mengejutkan masa peperiksaan pertengahan tahun Bahasa Inggeris 100% dan Bahasa Melayu pula 66% menyebabkan bila kira 4 mata pelajaran system PBS jadi Ilhan nombor terakhir dalam kelas nombor 34 dan seluruh darjah 1 nombor 90 lebih. Geramnya mata mama ni menjeling dekat Ilhan. Apalagi lah kena slow talk dengan papa, Ilhan janji pastikan tak terkeluar dari kelas A tahun depan dengan periksa akhir tahun. Rupa-rupanya bila tukang kebun semak semula kertas periksa bahasa melayu ada 2 mukasurat di bahagian bekalang Ilhan tak jawab samaada ralit masa mewarna muka surat depan atau terlepas pandang. Bila tanya boleh jawab ke tidak katanya boleh.
Sekolah Agama pula tak pernah pula kami mengajar biasanya Ilhan ulang kaji sendiri. Tapi tak sangka pula periksa akhir tahun ni dapat No.2 dan Bahasa Arab terbaik terkebil-kebil mata tukang kebun tengok surat Ilhan bawa balik. Ingat salah pandang sebab report card tak dapat lagi. Tanya Ilhan Bahasa Arab sekolah agama ni dapat berapa, katanya 100%. Kebetulan pula keputusan Bahasa Arab di sekolah kebangsaan pun 100%. Kami sekeluarga semua terkejut tak sangka pula Bahasa Arab yang langsung tidak diajar di rumah cuma di sekolah, ability Ilhan hafal bahasa arab ni bolehlah pula. Darah Arab lagi kuat ke Ilhan? Mama mengandung Ilhan takde pula mengidam makanan Arab.
Syukur Alhamdulillah keputusan Sekolah Kebangsaan juga banyak perubahan dapat nombor 13 dalam kelas dan keseluruhan darjah 1 no. 14. Maka dapatlah kekal duduk kelas A untuk darjah 2. Janji Ilhan kepada papa dah ditepati. Cuma janji papa dekat Ilhan nak bawa kita celebrate kat Sunway Lagoon belum ditepati. Aiiii.... bang bila nak booking? A promise is a promise especially to a child who has a strong memory like Ilhan. We're very proud of you Ilhan.
So for parents with child macam Ilhan ni, there is a big hope with early intervention program. Ilhan pun characteristic 'Autism' pun dah makin berkurangan seperti dulu dah banyak sangat berubah. Parents tidak boleh lepaskan tangan kat expert sahaja, in fact parents yang memainkan peranan penting. Expert only can guide and advise you. Sebab kanak-kanak 'Autism' ini clings closely to the caregivers. They need your attention more. Ilhan dulu when he doesn't understand language, akan baca facial expression tukang kebun whether its a yes or no, I'm please or not please. I don't even need to utter a word. Kanak-kanak language disorder banyak bergantung kepada visual.
Ramai ibubapa yang beri pergorbanan dengan berhenti kerja atau put their careers on hold nak besarkan anak mereka yang diagnosed as "autism" or "asperger". Cuma mengeluh ada segilintir mencurahkan segala duit hantar anak kepada expertise tak ambil peranan mengharap anak boleh improve sekelip mata. I put my career on hold for my children cos I can resume my career when the time is right but I can never reverse back time to help my children with their growing development. Sekarang ni dah rasa lega cos we know Ilhan can somehow catch up with the language. Cuma now moment nak monitor for Rayyan development yang berumur 5 tahun. Rayyan sekarang huruf dan nombor banyaknya lah terbalik "mirror image" macam nak decode message dari trick Leonardo da Vinci pula tengok latihannya. Might be Rayyan brain dia tak pasti lagi which side otak nak pakai kut. If Rayyan become a genius like Leonardo, Syukur Alhamdulillah. Everything for Rayyan seems normal except the heart. Ilhan dulu boleh menulis tangan kanan dan kiri bertukar-tukar dalam satu sketch lukisan. Walaupun masa Ilhan masih di tadika lukisannya lebih cantik dari mama dia yang tak de seni dalam melukis. Very fine details, binatang ada berapa kaki, kuku semuanya cukup. Rayyan pula have no problem with language in fact can come up with so many excuses yang mama dia rasa nak tarik-tarik je rambut ni. Selalu tukang kebun kata: Yalah tu Rayyan dengan 1001 alasannya.
Hari ini mood nak berkongsi pengalaman membesarkan anak yang pernah diagnosed Autism dalam spectrum 'language disorder'. Bila tengok keputusan peperiksaan Ilhan akhir tahun ini sungguh rasa ringan kepala dan badan. Do not be despair there is always hope.
panjang entry ni tapi imm baca every line sampai habis..:)
BalasPadamsaikin kami selalu "ter"bandingkan adik hana n kakaknya aichan.aichan dulu sangat cepat boleh cakap. umur setahun dah boleh "bersembang" dgn kami.
adik hana pulak di umur 15bulan, baru berapa patah words yang dia tahu.bila bandingkan dengan standard chart for baby's developement dlm buku kesihatan dia, nampak mcm normal je, rasanya x perlu risau lagi kot.
(cuma kami as parents la kena selalu beringat xboleh banding2kan adik dgan kakak.setiap anak berbeza kebolehan diorang:)
Salam Bahagia Imm.
PadamPerkembangan anak-anak memang berbeza apatah lagi perangai dan kegemaran masing-masing. Sebagai ibubapa memang tak perlu bandingkan mereka cuma kasih sayang sepenuhnya diberi sama rata. Abby pun nak dekat 2 tahun baru mula berkata walaupun interation social cepat.
Alhamdulillah... semuanya mesti dilalui dengan kesabaran.. perjalanan masih jauh.. ada perubahan positif pasti jadi pendorong untuk kemajuan yang lebih lagi..
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mar.
PadamYa perjalanan masih jauh nak didik anak-anak ni. Semoga sentiasa dapat mendidik dan membimbing anak-anak yang terbaik dapat diberikan.
Ilhan sangat istimewa...syabas!
BalasPadamSalam Bahagia @na.
PadamSyukur Alhamdulillah dengan progress Ilhan.
Allah maha adil...setiap kejadiannya pasti ada hikmah nya...kita perlu sangat sabar.
BalasPadamSalam Bahagia Nadia.
PadamYa semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Gardening antara therapy bagus mengajar kita bersabar.
Allah beri pada yg mampu menerima Diana.. every cloud has its silver lining for sure. Ada hikmah atas segalanya. Keep your chin up ok and insyallah all will always be well! My sincere doa and prayer for you n family Diana.
BalasPadamSalam Bahagia Sha.
PadamThank you dear. Dulu memang banyak nak kena usaha ajar Ilhan. Sekarang ni syukur alhamdulillah dia jenis suka menimba ilmu.
Assalamualaikum Kak Diana, thank you so much sebab sudi kongsi pengalaman kakak menjaga handsomeboy Ilhan & cute Rayyan yg sangat istimewa itu, sekaligus bagi awareness tentang autisme ni,dlu Julie pernah tengok satu clips autisme girl yg parents dia assume maybe dsebabkan oleh Vaksin MMR....
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=ze_Hlkz8dDs
kesian sangat tengok kak, namun semua yg terjadi ada hikmahnya, thank you so much! semoga kakak & family sentiasa diberkati Allah & adik Ilhan & Rayyan akan membesar menjadi orang yg berjaya di dunia & akhirat.
Waalaikumsalam Julie.
PadamAwareness autism dekat Malaysia ni kurang. As a support for other parents hopefully dapatlah membantu. Banyak nak kena sabar dan agak teka dengan anak special ini semasa muda. Tapi InsyaAllah boleh usaha dan bimbing mereka catch up dengan kanak-kanak lain.
Tahniah kepada Diana kerana begitu tabah menjadi ibu kepada seorang IIhan. Terharu kak membacanya.
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala.
PadamSemoga kami sentiasa tabah dan gigih membimbing membesarkan anak-anak menjadi Anak yang soleh.
Salam Bahagia ibu Qistina.
BalasPadamSorry tak sengaja tertekan delete dengan hp yang dah uzur ni. Ya budak autism ni kurang berinteraksi dan lack social skills. Tapi ilhan dulu tak pandai nak interaksi tapi naluri tengok budak-budak lain main nak juga. Masa mereka kecil ni nak kena rajin bawa mereka join main dengan budak lain dari isolate mereka. Lagipun usia masa sebelum masuk sekolah paling bagus nak suaikan diri mereka dengan group play sebab kanak-kanak lain masih tak berapa kenal nak bezakan sifat yang berbeza.