Salam Jumaat dan Bahagia kepada pembaca Kebun Bahagia Bersama blog sekalian. Mulai dari hari Rabu minggu ini sehingga stok masih ada, ada diselitkan dalam pesanan-pesanan yang dikirim (kalau takde tu minta maaf tak sengaja) biji-biji benih fresh baka sunflower seperti dalam gambar. Biji-biji benih sunflower ini adalah dari perkongsian dari kebun Keluarga Eira di Kuala Lipis, Pahang yang tukang kebun terima Isnin lepas untuk diagih-agihkan kepada gardener lain. Ada lebih 30 pokok sunflower mereka tanam menjadi-jadi. Infinity terima kasih kepada keluarga Eira di atas biji-biji benih sunflower yang dikirimkan. Gardeners yang terima biji-biji benih tersebut bolehlah juga ucapkan terima kasih di posting ini sebab Gardener Eira tiada blog. Bolehlah juga kongsi kegembiraan hasil menanam biji benih sunflower dari kebun Eira juga kemudian.
Lepas menerima biji-biji benih sunflower dari keluarga Eira dapatlah juga tukang kebun dapat idea nak buat tukang-tukang kebun kecik dekat rumah ni busy dari asyik nampak mainan merata-rata buat orang terpijak. Bagi kerja dekat Ilhan dan Rayyan packing biji-biji benih sunflower tersebut masukkan 20 biji benih dalam 1 pek. Latih Rayyan yang berumur 5 tahun mengira sampai 20. Kalau terlebih ke terkurang ke tolong check ya tengok Rayyan kira betul ke tidak.
Anak pokok anggur hijau juga ada kembali dalam ready stock Kebun Bahagia Bersama bagi gardeners yang berminat. Jenis pokok anggur hijau ni selalu terbiar berbelit-belit di pergola tak susah jaga, kekadang tukang kebun tak perasan pun ianya berbuah. Kalau rajin belai dan bagi baja InsyaAllah besar bergugusan buahnya. Tukang kebun pula takde masa nak tengok sangat kekadang lupa tuai buahnya.
~ Anak pokok anggur hijau ~
1 bekas RM10 .
salam kak diana..
BalasPadamade lagi tak benih sunflower ni?nakkkk jugakkk..ehh terexcited pulak :)
Assalamualaikum Kak Diana,
BalasPadamMashaAllah, Cantiknya sunflower ni! tergodanya tengok, besar2 pula tu...cantik2...
menjadi betul sunflower tu..memang kena tanam rapat2 ke? subur dan sekata je besarnya walaupun rapat
BalasPadamharap menjadi la benih. tukang kebun diana ada test tak kadar pertumbuhan dia
BalasPadam-eira-
Wah meriah sungguh matahari mereka. Jadi macam ladang sudah..
BalasPadamDiana.. wanna ask what's the taste of the grapes?? CM,PJaya
BalasPadamSalam Bahagia Imm,
BalasPadamInsyaAllah minggu depan kami pos pesanan tersebut. Minggu ini busy banyak tak cukup tangan pula.
Salam Bahagia Julie,
Waalaikumsalam,
Syok tengokkan banyak kelompok sunflower macam tu.
Salam Bahagia Nadia,
Kena ada spacing juga tu, cuma dalam gambar nampak rapat sebab dia dah tumbuh besar-besar jadi dekat sama lain.
Salam Bahagia Eira,
Benih nampak bagus dear. InsyaAllah nak testing di Sabah nanti. Lately macam semput je tak cukup masa nak semai untuk kebun sendiri hehehe....
Thank you for the seeds made so many gardeners happy.
Salam Bahagia Kak Mala,
Bestkan Ladang sunflower boleh jadi tempat pelancongan cuti sekolah ni ;).
Salam Bahagia Choi Min,
Depending on the growing season effect the taste as well, Ours always so busy forgot became raisin.To be safe keep in fridge overnight.
kak nak tnya..cutting anggur ada jual jugak ke?
BalasPadamSalam Bahagia akuinsanseni,
BalasPadamCutting grapes kami belum bekalkan lagi.
hi sist, orang sabah ke? tinggal mana?, mana tau beli benih senang terus ke sana.
BalasPadamSalam Bahagia Jane.
BalasPadamKami masih lokasi hanya di Lembah Klang sahaja.