Halaman

Jumaat, 28 November 2014

Wild Watermelon Balsam

  Antara koleksi jenis bunga keembung yang baru di Kebun Bahagia Bersama tahun ini yang sedang musim berbunga pada bulan November ini ialah jenis 'Wild Watermelon'. Jenis balsam 'Wild Watermelon' ini sekuntum bunganya kelopak berlapis-lapis dan menghasilkan beberapa rona merah di atas dasar warna putih. Biasanya bagi tukang kebun jadual semaian pokok bunga keembung di Kebun Bahagia Bersama ialah antara bulan Oktober hingga Januari sebab tak perlu banyak penjagaan dan mereka mudah hidup sendiri tanpa belaian dalam linkungan tersebut.
  Kadangkala pada pokok keembung 'Wild Watermelon' yang sama terkeluar juga yang kesemua bunganya berwarna merah.
 Kadangkala semua bunga pada sepohon pokok akan berwarna merah. Ini adalah faktor genetik yang akan menentukan warna biji benih tersebut. Secara random biji benihnya ada yang akan memberikan hasil bunga seperti gambar di atas atau gambar di bawah.
  Seperti gambar di bawah, bukan hanya tukang kebun yang minat bunga balsam 'Wild Watermelon'. Anak-anak sekarang bila main diluar dah mula hunting Pak Belalang dah jarang jumpa pula sekarang menyorok kut. Biji benih segar bunga balsam 'Wild Watermelon' baru dikemaskan hari ini dan bilangan sangat terhad. First come first serve.
 ~ Open Pollinated Balsam 'Wild Watermelon' Seeds~

Anggaran 15biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Fresh stock yang baru dituai juga jenis Balsam Pink Multi-Layer (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00) .

14 ulasan:

  1. cantiknya...kat rumah cuma ada balsam single layer je...ikut hati memang geram tapi byk seeds yg belum ditanam lagi...kes rambang mata beli benih...aduhai...

    BalasPadam
  2. Baru je amik gamba balsam ni...tapi sy punya tak semeriah n see cantik ni...ni musim hujan batang nya mudah mereput

    BalasPadam
  3. My balsam still tak nak berbunga la.. Pokok gemuk tapi degil.

    BalasPadam
  4. Diana, kawan kak ada bagi balsam satu layer warna purple. Kak memang biarkan saja dia ni sebab memang pokok ni tahan lasak. Hampir setahun berlalu, baru2 ni kak terjumpa sepokok yang tumbuh dihujung pagar sorang2 dia. Tengok2, Bunga dia dah berlapis pula..

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia MakNgah,

    Tanamlah dulu benih-benih yang ada tu. Masa musim hujan ni sedap menyemai. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa minggu je hujan banyak ni ada.

    Salam Bahagia Nadia,

    Batangnya masa pemindahan kena tanam dalam sikit untuk balsam ni. Nanti kami kongsi tips.

    Salam Bahagia Sha,

    Baguslah pokok balsam you naik gemok dulu. Nanti bergugusan keluar bunganya sekali buat you terpukau. Pastu addicted tanam balsam hehehe...

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Rezeki berkunjung di hujung pagar hehehe...Alhamdulillah dapat pengganti yang lebih unik.

    Salam Bahagia Kak Mar,

    Nanti Tukang kebun selitkan dengan penghantaran minggu depan ni ya.

    BalasPadam
  6. Diana, minta simpankan sepeket kalau still available. Tq.

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Shas,

    Ada reservation yang nak 2 minggu tak claim lagi so I'll pass it to you.

    BalasPadam
  8. Hi Diana,
    Ada lagi tak Watermelon balsam???
    Choi Min

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia Choi Min.

    Baru je masuk limited stock segar dari kebun.

    BalasPadam
  10. Salam,
    ada lagi tak benih balsam?

    BalasPadam
  11. Salam Bahagia Asyraf,

    Benih balsam ini ada stock dan terdapat pelbagai jenis lagi dalam stock.
    Further details email to (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  12. klu nak beli benihnya mau macam mana kut?

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia Angelina Teo.

    Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk membuat pesanan.

    BalasPadam