Halaman

Rabu, 5 November 2014

Musim bunga Zinnia Cactus

  Untuk mengelakkan dari pembaca blog Kebun Bahagia Bersama bosan jikalau tiap hari berterusan tukang kebun kongsikan gambar Bunga Seri Pagi, hari ini kita beralih kepada pokok bunga zinnia semula. Bulan November ini memang musim bunga Seri Pagi dan Zinnia di Kebun Bahagia Bersama. Antara pokok bunga zinnia yang berbunga juga ialah jenis Cactus. Bagi tukang kebun jenis cactus ini mudah bela jadi kali ini experiment beralih tempat lain nak tengok keserasian persekitaran di situ.
  Kali ini tukang kebun cuba selit-selit antara pokok-pokok bawang amaryllis yang jarang berbunga tu. Jadi dari hijau je, sekurang-kurangnya ada warna di situ. Tapak pemilihan ini pula tempat kesukaan pelbagai jenis tumbuhan yang suka-suka tumbuh sendiri macam ulam raja dan kemunting cina termasuklah rumput rumpai tu. Theory-nya kalaulah ulam raja dan kemunting cina yang sukakan cahaya selalu naik subur di situ, mungkin bagi zinnia boleh jugalah kut, Takdelah sakit hati sangat tengok rumput je naik tinggi.
 Tukang kebun memang gemarkan jenis Zinnia cactus yang terdapat pelbagai warna dan keunikan kelopak bunganya yang berbeza dengan zinnia lain. Mula-mula macam rasa tak berkeyakinan juga anak-anak pokok zinnia tu boleh bertanding tumbuh lebih tinggi dari pokok amaryllis takut kekurangan cahaya dengan musim hujan banyak hari teduh. Syukur Alhamulillah nampaknya mereka berjaya juga timbul antara celahan pokok-pokok amaryllis tersebut. Yang bestnya walaupun hujan lebat menimpa mereka tak perlu risau dapatlah juga mereka bertenggek dekat daun amaryllis tu. Takdelah kena pukul ke tanah dan takdelah perlu fikir nak pasang support (tukang kebun yang malas).
  Bukan sahaja nak berlawan dengan pokok amaryllis untuk mendapatkan cahaya tapi dengan kemunting cina yang banyak tumbuh sendiri hidup dengan subur. Nampaknya zinnia cactus tak mengaku kalah. Untuk cuci mata lihat gambar cactus zinnia sebelum ini (klik sini). Rasanya tahun ini sahaja dah ada sekurang-kurangnya 3 kali musim cactus zinnia di Kebun Bahagia Bersama.

~ Zinnia Cactus Mixed ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00
 Zinnia lilliput juga masih lagi berterusan bunganya dan nampak masih meriah membentuk bud bunga yang baru (klik sini). Untuk jangka hayat yang lama pastikan rajin potong bunga-bunga yang dah layu. Jenis Zinnia lilliput adalah antara jenis zinnia yang paling mudah sekali untuk tumbuh. Kalau tukang kebun bagi rating dari saiz bunga dan paling mudah jenis bunga zinnia yang nak bela di Lembah Klang adalah seperti berikut:

  Zinnia Lilliput > Zinnia Cactus > Zinnia Dahlia

Biji benih Zinnia Lilliput available semula minggu ini (Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3).
  Walaupun mata sebelah kiri ni tak dapat berbuka, berdenyut-denyut berair semalam, tapi inilah antara pemandangan dalam Kebun Bahagia Bersama yang boleh buat ubat lupa sekejap sambil bercermin mata hitam (pertama kali pakai sunglasses dalam kebun). Kalau jiran tengok pun mesti pelik. Lepas tukang kebun potong bunga-bunga yang first batch dah layu (klik sini), dah mekar kembang bunga-bunga 2nd batch. Yang di tengah tu kecil sikit sebab kembang masa yang first batch masih ada. Syukur Alhamdulillah yang kembang lepas buang bunga yang lama, yang baru kembangannya besar seperti tips yang dikongsikan sebelum ini untuk Zinnia Red Giant Dahlia.
   Kawasan dalam gambar besar ini tak delah besar dalam 2 X 3 kaki je tapi boleh sumbat bermacam-macam jenis bunga tumbuh bersama-sama. Masa tukang kebun sakit matalah seri pagi di kawasan ini mula musim berbunga (simpati kat tukang kebun kut). Seri Pagi di sini dalam partial shade jadi bak kata orang putih walaupun tumbuh tak "robust" macam di full sun. Sebab ini tukang kebun semai serentak dengan yang dikongsikan baru-baru ini 'Fuji Musume' (klik sini). Agak terlindung sebab di sebelahnya ada pokok kenanga. 
  Setelah trial macam-macam pokok bunga di lokasi ini, tukang kebun dah lebih faham aturan penerimaan cahayanya. Boleh dilihat dengan pertumbuhan susunan pokok-pokok balsam yang deretan depan dengan pokok zinnia dan balsam pokoknya tinggi. Makin ke dalam walaupun batch yang dipindahkan sama seperti zinnia atau balsam pokoknya akan menjadi lebih renek dan kurang berbunga kerana kekurangan kisses dari sun. Rajin-rajinlah buat trial di kebun, If it doesn't work out this time around doesn't mean you fail, In gardening there is something to learn when it doesn't work out and you can always try again no matter how many times. This is how you learn to read your garden and get to know your garden more in becoming a smart garden reader.

~ Zinnia Red Dahlia ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Kemunting Cina Putih ~
Anggaran 100 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Jika ada rezeki, fresh balsam seeds from Kebun Bahagia Bersama coming in another 2 weeks. InsyaAllah musim peak balsam Kebun Bahagia Bersama bermula hujung bulan ini. So stay tune.

6 ulasan:

  1. tk jemu mata memandang:)
    oyen peneman setia:):)

    BalasPadam
  2. zinnia cactus ni ada sepokok je yg survive kat laman makngah, yg lain habis jadi mangsa siput. sekarang dah berbunga dan tahan lama bunganya... reserve makngah mixed zinnia cactus ni sepeket yg...sebab yg ada tu warna peach je

    BalasPadam
  3. Assalam..
    sy nk brli benih zinnia tu... mcm mane ye

    BalasPadam
  4. ct xde lg yg warna kuning tu...paling peberet warna putih cream tu...simpan ct 1 pek harap dpt yg warna kuning terang tu...

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Kak AMIIZAA,

    Budak oren tu memang manja.

    Salam Bahagia MakNgah,

    Syukur Alhamdulillah ada juga yang tak dibaham oleh siput. Musim hujan ni memang ramai kata anak-anak zinnia mereka dibaham dengan rakus seperti oleh Pak Belalang. Tukang kebun punya adalah juga disentuh tapi syukur belalang dekat sini tak kejam sangat. Jadi semua dapat membesar sampai berbunga.
    Okay tukang kebun simpankan.

    Salam Bahagia Rozy,

    Pesanan dan details boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

    Salam Bahagia CT AJU,

    Tukang kebun pun suka yang warna putih cream.
    Okay ada disimpankan.

    Salam Bahagia IMM,

    Penawar mata dan hati lihat kembangan bunganya.

    BalasPadam