Halaman

Ahad, 14 Disember 2014

Anak pokok pisang nangka

  Syukur Alhamdulillah bulan ini rezeki tuai pisang memang lumayan di Kebun Bahagia Bersama. Nampak rentaknya macam banana fair pula di Kebun Bahagia Bersama ini. Minggu lepas dapat nikmati pisang bantan, minggu ini pula giliran pisang nangka. Pada hari yang sama dituai juga sayur daun Jepun seperti Mizuna dan Bok Choy Vitaminna.
  Dalam rumpunan pokok pisang nangka ini masih ada rezeki, yang tinggal separuh tunggul tu yang dituai masuk dalam kereta sorong pada gambar No.1. Ada lagi satu tandan boleh dituai juga seperti gambar No,2 kena habiskan tandan yang dah dituai dahulu. Syukur Alhamdulillah di keliling rumpun pokok pisang nangka ini pun ada sudah anak-anak pokok yang meninggi menjadi pengganti untuk memberikan rezeki kepada kami lagi. Pisang nangka bila dah masak biasanya tidak ketara bertukar warna tapi nampak buahnya dah kembang besar padat. Kulitnya tidak mudah untuk dikopek begitu sahaja.
  Sempat juga Jumaat lepas, tukang kebun dapat kirimkan beberapa sikat pisang nangka, limau nipis, anak pokok pisang nangka dan anak pokok kelapa gading untuk Big Boss bila Tuan Tanah balik sehari ke rumah sini. Anak pokok mangga telor dan Frangipani yang dah berakar pun Big Boss pesan bungkus sekali untuk rumah baru. Anak-anak pokok pisang nangka yang rapat-rapat bila ada masa InsyaAllah akan dipindah-pindahkan kemudian. Sekiranya tidak sempat ada ready stock anak pokok pisang nangka ditanam dalam polybeg akan kami bekalkan dalam bentuk anak pisang nangka moist bare-rooted.

~ Anak pokok pisang nangka (penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja) ~
1 anak pokok RM10.00 .
 Pisang nangka ni memang syok dibuat pisang goreng. Bahaya tukang kebun tak berhenti-henti masukkan dalam mulut bila menghadap pisang nangka goreng. Sebab ada rasa masam-masam manis. Buat masak lain-lain pun enak. 
  
  Kawan-kawan lain pula suka buat masakan apa dengan pisang nangka?

 Pisang nangka pun sekarang dah jarang-jarang boleh beli dekat kedai kan.

 Syukur Alhamdulillah limau nipis dan kacang panjang dari kebun pun memberikan bekalan tak putus-putus untuk dapur kami pada awal bulan Disember ini. Asparagus pun kerap juga dapat dituai. Bulan ini ada stock 'Asparagus Crown' untuk gardeners yang berminat nak tuai asparagus dari kebun sendiri (details klik sini).
   Jenis rambutan kegemaran Team Members Kebun Bahagia Bersama ialah jenis rambutan gading. Belum masak penuh pun dah berabis nak makan (semua jenis suka makan masam manis). Minggu lepas tiada masa nak jenguk pokok canistel yang tengah berbuah, banyak buah dah jatuh ke tanah dengan merekah. Cuaca sekarang tak menentu sekejap hujan banyak lepas tu panas kering menyebabkan symptom banyak buah merekah di pokok disebabkan perubahan cuaca yang tak sekata ketara. Antara kesan sampingan juga adalah anak-anak pokok sayur terutamanya jenis nightshade mudah demam.
 Mentang-mentanglah cempedak tak lumayan sekarang banyak kesan gigitan di atas buah banyak mengidam nak makan cempedak balik kut yang menghuni di kebun ini. Rambutan pun banyak dah mula masak buahnya terutama pokok di bawah gambar ini. Tengoklah macam gambar di bawah sebab pokoknya merimbun bawahnya terjadi sangat teduh rumput pun tak naik tapi yang kena matahari musim hujan ni suburlah sangat naik. Itik dan angsa di background baru je naik dari bermandi riang ria di dalam kolam.

 Sebenarnya posting ini dah draft beberapa hari lalu, memandangkan hari Sabtu semalam pun mengenai hasil hubungkait pisang. Maka bersambunglah cerita lagi Al-Kisah Hari Sabtu minggu ini. Sebenarnya hari Sabtu tak de buat apa-apa sangat sebab Jane tak de Tarzan nak teman dekat belakang jadi malas cuma terpaksa keluar nak selamatkan yang dah memang kena tuai tak boleh tunggu lama-lama. Selain dari pisang nangka, pisang awak juga dapat dituai yang dah mula menguning. Tunggu masak betul nanti burung atau tupai yang menyambut dulu. Cuaca sekarang panas bahang minggu ini, Abby asyik usung botol air dengan air sirap bunga telang ke sana ke mari.

 Kawan-kawan lain suka buat apa dengan pisang awak?

 Wah awal pagi lagi rupanya si itik-itik dan angsa-angsa dah buat jamuan dekat belakang perabihkan beberapa buah-buah nangka yang dah mula meranum sampai licin mana buahnya yang rendah. Ini dalam troli pun dah dinoda tapi teringat Rayyan yang suka makan nangka tukang kebun cuba juga carikan mana ulas yang elok.
 Sambil tu jenguk juga buah mulberry manalah tahu yang ada nak bertukar ke kehitaman sebelum kena ambil tupai dan burung-burung untuk budak berdua ni. Abby ingat mama dia tak kasi bahagian buah mulberry untuk dia dah mula sedih nak menangis. Tangan Abby kecik lagilah mama minta Abang Rayyan pegangkan kejap dulu. Permata hati kami tak kisah kalau mulberry tak bertukar complete black pun tak pe janji dapat makan.
 Bukan sahaja jenis pisang awak kami tuai semalam. Tapi kena tuai juga pisang nangka dalam gambar No.2 yang juga dah mula nak masak. Tiap hari buahnya makin berat tukang kebun perhati batang pokok pisang tu dah jadi leaning tower Teluk Intan. Semalam dah roboh hempap raised bed di sebelahnya. Inilah stok pisang yang masih ada di Kebun Bahagia Bersama sehingga semalam. Belum lagi sempat pusing di bahagian belakang kebun yang tersorok lagi.


  Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih ada slot available untuk penghantaran esok bagi yang berminat sebelum pukul 6 petang hari ini confirm order (Info klik sini). Antara yang confirm memang pisang nangka akan disertakan sekali.

Semoga kebun anda berikan banyak kebahagian di hujung minggu ini.

5 ulasan:

  1. Salam Diana...lama x dtg kebun Diana :)
    Sedapnye nmpk buah rambutan tu..

    BalasPadam
  2. pisang nangka buat goreng mmg umphh, selain tu yang terlampau masak buat pengat sedap masam manih

    BalasPadam
  3. Arwah nenek saya masa nk menanam pisang akan digalinya lubang dan dijadikan tempat bakar sampah n buang segala air ikan. Cukup 2 minggu..baru ditanam dan semasa membesar mcm2 air ikan atau air beras semua disiram kat pokok pisang tu. Hasilnya pisang tersebut amatlah lumayan...gemuk gemuk dan besar besar sampai pokok selalu kene letak pancang utk menahan pokok dari patah disebabkan buah yg besar dan memberat.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Gina,

    Awak apa khabar?
    Harapnya sihat.
    Kat kebun Gina sekarang mesti banyak hujankan.
    Musim rambutan lebat betul tahun ni banyak pokok berbuah.

    Salam Bahagia Sud@is,

    Tukang kebun memang suka pisang nangka goreng sebab rasa masam manis dia tu. Betul buat pengat pun sedap, adik-adik tukang kebun suka.

    Salam Bahagia.

    Memang petua yang patut diikuti dari arwah nenak boleh bayangkan betapa subur pokok-pokok pisangnya. Betul kalau buah dah gemok berat sangat batang pisang dah tak berdiri tegak nak menahan beratnya. Terima kasih berkongsi pengalaman.

    BalasPadam
  5. Berapa lama pisang nangka berbuah


    BalasPadam