Halaman

Jumaat, 12 Disember 2014

Asparagus Crown (Seasonal Offer)

  Salam Bahagia di pagi Jumaat yang didoakan memberikan banyak penuh makna kebahagiaan kepada semua. Penantian sekian lama akhirnya dapatlah juga tukang kebun perbesarkan sedikit kebun asparagus Kebun Bahagia Bersama untuk tuaian express segar pucuk asparagus tahun depan. Syukur Alhamdulillah dalam pengalaman menanam asparagus di Kebun Bahagia Bersama tidak mustahil lagi nak potong pucuk-pucuk asparagus di kebun sendiri yang beriklim tropika di kawasan tanah rendah di Lembah Klang ini. Pembaca yang rajin mengikuti perkembangan Kebun Bahagia Bersama juga dapat melihat rekod tuaian kebun kami yang pucuk asparagus adalah bukan tuaian rare sejak bermulanya musim hujan malah menjadi item yang biasa dituai hampir setiap minggu. Yang skeptic tak percaya bolehlah rujuk kepada label archives 'Nota Tukang Kebun' "Tuaian" (klik sini) mana yang sempat direkodkan oleh tukang kebun.
  Asparagus cara menanamnya ada 2, samaada dari biji benih yang jimat belanja (save cost dapat anak-anak pokok banyak dan harga benih murah) tapi mengambil masa anggaran nak dekat 2 tahun untuk mula menuai. Ataupun dari crown semacam set akar seperti image gambar no.1 . Yang dari crown ini pun ikut size tapi penantiannya lebih super express nak menuai berbanding dengan disemai dari biji benih. Anak pokok yang disemai dari biji benih pun ada mengeluarkan pucuk asparagus juga tapi pada asalnya saiz toothpick kemudian akan menjadi lebih besar pucuknya keluar dari tanah bergantung dengan pembesaran akar-akarnya itu. Lama-lama dari saiz toothpick nanti jadilah chopstick ikut Tender Loving Care. Jadi besar pucuk asparagus yang keluar dari tanah tu sebenarnya sangat bergantung kepada saiz besar set akarnya itu atau juga dipanggil "crown". Saiz pembesaran akarnya itulah yang akan menentukan saiz pucuk baru asparagus yang keluar dari tanah untuk dituai bukan tengok daunnya yang banyak merimbun sahaja tu ya. Don't only judge the thing you can see right in front of your eyes, but what lay hidden deep down there.

   Sebenarnya kalau tengok saiz pucuk baru yang keluar tu pun boleh agak berapa banyak pertumbuhan akar di dalam tanah tersebut. Biasanya lagi besar set saiz crown asparagus lagi mahal harganya naik. Yalah tambah upah gardener tu jaga mengambil masa nak tunggu pembesaran asparagus tersebut dengan banyak belaian. Bagi tukang kebun menanam asparagus sangat berbaloi sebab pokok-pokoknya hidup bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi di kawasan tropika ini musim menuainya adalah sebenarnya lebih lama dari negara yang bermusim. Dalam pemerhatian tukang kebun bila hujan bertandang semula lepas ada gap kemarau akan mula rajin keluar semula pucuk-pucuk baru dari tanah yang boleh dituai. Yang paling best juga, asparagus ni bila dah bahagia duduk di situ (well-established), masa kemarau seminggu sekali siram pun dia don't mind. 
  
 Cuma sebagai peringatan cara jagaan asparagus di kawasan kita ini berbeza dengan negara yang lebih sejuk. Tambahan lagi memang gardening blog kawasan beriklim tropika teramatlah kurang berbanding dengan gardeners 4 season climate yang lebih rajin buat rekod pemerhatian kebun mereka. Janganlah dok asyik nak ikut cara mereka berkebun, kita ada cara kita, mereka ada cara mereka, cuaca pun teramatlah beza. Kita pun dah merdeka bukan nak jadi Pak Turut asyik 'Yes Sir' sahaja. 
  Sementara nak tunggu anak-anak pokok asparagus lain membesar dan keinginan nak besarkan kebun asparagus kecil kami itu, dah ada kesempatan nak ambil short cut the super super express way, maka tukang kebun import borong semua asparagus crown yang ada dari sebuah kebun lain. Siap tanya lagi please give me all your available asparagus crown stock. Mana taknya kali ini nak tanam dekat 3 branch Kebun Bahagia Bersama, di Sungai Buloh, Kiulu dan rumah baru big boss (KK). Gardeners yang juga berminat nak ambil short cut the super express way untuk tuai asparagus tahun depan bolehlah juga ambil peluang ini sementara stok extra masih ada. Lepas Christmas tukang kebun nak tanam semua stok yang tinggal di 3 branch Kebun Bahagia Bersama.

  Antara jenis asparagus crown yang available ialah 'Mary Washington'. Jenis 'Mary Washington' dah hampir 2 tahun tengok dia bahagia sahaja hidup di Kebun Bahagia Bersama dalam full sun ke partial shade serta mudah hidup tak banyak kerenah (biasanya hidup neglected). Bila sampai asparagus crown elok lekas-lekas tanam ke dalam tanah dan keep moist tanahnya sampai pucuk asparagus keluar.

~ Asparagus Mary Washington ~
1 Crown RM75.00 .

   Tukang kebun kali ini nak cuba jenis baka baru yang jarang dapat berbanding dengan yang common seperti jenis "Mary Washington" ialah "Sweet Red" dan "Jersey Giant". Yang ni very limited stock offer kalau ada yang teringin nak cuba juga.
~ Asparagus Sweet Red ~
1 Crown RM100.00 .

~ Asparagus Jersey Giant ~
1 Crown RM90.00 .

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, salam Jumaat juga, bestnya tengok pokok2 asparagus kakak yg subur2 tu :-)

    BalasPadam
  2. Nak tanyalah kak, aspatagus ni sesuai dtanam dgn tanah jenis apa ya? Thanks...

    BalasPadam
  3. Salam Diana nak order asparagus sweet red dua boleh tak?

    BalasPadam
  4. Salam Diana saya nak order asparagus sweet red dua batang ye

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Awin.

    Okay simpankan.

    Salam Bahagia Julie.

    Waalaikumsalam.

    Jenis tanah yang mudah gembur dan subur. Kalau tanah keras sangat susah pula pucuknya nak keluar dari tanah nanti.

    Salam Bahagia SriKota Garden.

    Thank You. InsyaAllah minggu depan pos.

    BalasPadam
  6. salam asparagus crown ada lagi tak sy nak order tlg email sy.tq

    BalasPadam
  7. salam asparagus crown ada lg tak
    sy nak order tlg email saya

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Azrol Sam.

    Asparagus crown tiada ready stock sekarang.

    BalasPadam
  9. Salam, nak tanya asparagus crown ada lg tak. Kalau ada saya nak order .... Nieza

    BalasPadam
  10. salam asparagus crown dah ada stok kah

    BalasPadam
  11. salam asparagus crown dah ada stok ke?

    BalasPadam
  12. sis Diana..dah Ada ke stock crown jersey giant?

    BalasPadam