Halaman

Jumaat, 26 Disember 2014

Limau Nipis NeverEnding

  Posting hari ini memo terakhir tuaian untuk penghujung tahun 2014 di Kebun Bahagia Bersama. Tuaian terbesar ialah buah nangka. Rambutan pun dah berguni-guni tuai. Tetapi tuaian yang tak putus-putus rezeki dipetik dari kebun bahagia bersama di backyard untuk tahun ini tak kira musim kemarau panjang, musim hujan, sepanjang minggu mesti ada ialah buah limau nipis. Jadi one of the star for 2014 ialah pokok limau nipis, tak pernah disiram, baja pun sekali dua setahun ianya thrive dalam cuaca kemarau luar biasa fenomena El-Nino tahun ini. Must give credit to pokok limau nipis sebelum akhirnya tahun 2014.
 Tidak lupa juga must give credit to kerengga juga yang banyak membantu bunga-bunganya well-pollinated menghasilkan buah. Pokok limau nipis ni bukan satu je sarang kerengga tapi ada beberapa spot juga dalam sepokok. Jadi janganlah anda aniaya dia, they do have a role for good harvest. Janganlah cepat capai tin sembur ridsect tu, fikir-fikirlah dulu. Bila tak dapat hasil you merungut pula. Tukang kebun pun dah lali tengok diorang ni, we made a pact. Aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. Dah makin mahir nak elakkan dari mendekati sarang kerengga bila nak capai-capai petik buah limau nipis yang dah mula masak.
 Kekadang sekiranya ada buah yang masak meletop merekah macam gambar atas adalah sebab penerimaan taburan hujan/air yang tak menentu. Sekejap kering sekejap banyak pula air membuatkan buahnya split. Jadi kita dah boleh baca perubahan cuaca bagaimana dalam beberapa minggu tersebut.
 Tuaian upih di atas hadiah Merry Christmas untuk big boss yang tiap malam suka buat air citrus. Tuaian upih di bawah pula hadiah Merry Christmas untuk Auntie Janet yang memang sukakan buah canistel.

4 ulasan:

  1. Big boss and auntie Janet juga yg beruntung dpt menikmati yg fresh from the farm..

    BalasPadam
  2. Suka sangat tengok kutipan segar dari kebun Diana. Tak pernah jemu.Asal saja tengok mesti terpikir bilalah aku nak boleh beli tanah untuk berkebun...umur dah meningkat..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Diana, wah x sangka ye, buah limau pun boleh meletup hehe...1st time dpt tahu.:)

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kakzakie.

    Lagipun pokok limau nipis tu hasil tangan Big Boss yang tanam.
    Auntie Janet pula selalu kirim beras bukit untuk kami.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Its never too late to plant a fruit tree. Siapa yang rajin berbudi dengan tanah InsyaAllah adalah hasilnya.

    Salam Bahagia Julie.

    Waalaikumsalam.

    Masalah cracking bila cuaca tak menentu sekejap panas sekejap hujan lebat dengan air tak consistent begitulah jadi buahnya.

    BalasPadam