Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Merry Christmas kepada pembaca-pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan progress kebun kami yang beragama Christian. Untuk tema Christmas tahun ini kami memilih gambar pokok balsam blackberry trifle untuk tatapan kerana bunganya yang berwarna merah bercampur tompokon berwarna putih seperti salji. Snow yang turun tiba-tiba di cuaca tanah rendah Malaysia jatuh duduk bergumpalan atas kelopak bunga balsam (Chewaah....sebab hari ini terbang di atas awan awangan kejap). Blackberry trifle pun nama macam desert yang sedap dimakan bersama seisi keluarga pada hari perayaan ini.
Musim bunga di Kebun Bahagia Bersama pada bulan Disember ini antaranya ialah jenis pokok bunga keembung. Rasanya minggu ini sahaja ada sekurang-kurangnya 5 jenis pokok keembung kembang di pelbagai sudut Kebun Bahagia Bersama. Musim kegemaran semaian biji benih keembung untuk Tukang Kebun dengan perubahan cuaca wet season di Lembah Klang setiap tahun ialah antara bulan Oktober hingga ke Disember sangat mudah bagi biji benih keembung dengan hampir tiada penjagaan. Tak perlu nak fikir nak siram, anak pokoknya pun cepat meninggi dari rumpai jadi tak kalut my pace. Kerja cuma semai biji benih keembung dan pindahkan anak-anak pokok , merumput bila perlu bila growing balsam pada hujung tahun. Biasanya pada hujung tahun inilah tukang kebun akan geledah semula seed box cari biji-biji benih keembung tahun sebelumnya untuk tanam semula dan simpan stok benih baru untuk tahun berikutnya as a seed-saver. Biji-biji benih keembung jika disimpan dengan baik boleh tahan sekurang-kurangnya 2 tahun lebih.
Rasanya pembaca yang dah lama follow Kebun Bahagia Bersama dah agak yang tukang kebun ni memang peminat setia pokok keembung. Lebih-lebih lagi bulan ini dah kerap ada posting koleksi baru jenis-jenis pokok bunga keembung. Hari ini pun posting koleksi baru pokok keembung tukang kebun untuk tahun 2014 ini jenis ‘Blackberry Trifle’. Biji benih ‘Blackberry Trifle’ yang dibekalkan kali ini adalah sebenarnya dari generasi ke-2. Generasi pertama dahulu tumbuh masa musim kemarau dan bilangan benih dikumpul pun tak mewah. Berbeza dengan bilangan biji benih dalam sekantung keembung jenis lain, Blackberry Trifle bilangan benih dalam sekantung sangatlah sedikit kerana saiz kantungnya lebih kecil dari saiz bud bunganya seperti dalam gambar di atas.
Seperti dalam gambar corak dan warna keembung jenis “Blackberry Trifle” sangat unik dan rare dengan gabungan warna merah-keungguan bercampur warna putih. Kadangkala secara random hasil gabungan genetik biji benihnya akan menghasilkan bunga seperti gambar di bawah ini. Kelopak “BlackberryTrifle” kekadang selapis kekadang macam ada 2 lapis. Ketinggian pokoknya berbanding dengan jenis pokok keembung lain adalah standard kecil ke sederhana sangat bergantung kepada penerimaan cahaya matahari atau jenis tanah. Stok biji benih sangat limited sebab jenis “Blackberry Trifle” tak berapa mudah nak kumpul biji benihnya berbanding dengan jenis pokok bunga keembung lain.
~ Keembung Blackberry Trifle ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com).
Back in stock juga dituai bersama-sama dengan keembung blackberry trifle minggu ini ialah keembung purple painted face (info klik sini).
~ Balsam purple painted face ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Diana...simpankan benih balsam dot dot tu sepek utk makngah ye
BalasPadamHi Diana. pls reserve 1 pkt of Blackberry trifle for me. I m slightly confuse..the Blackberry trifle tu warna merah or purple?
BalasPadamRgds. Choimin
Cantik yang dot2 tu..
BalasPadamAssalamualaikum Kak Diana, Julie book 2pkt ye blackberry triffle...thanks...lama dah mencari seeds ni :)
BalasPadamSalam Bahagia Mak Ngah,
BalasPadamInsyaAllah nanti disimpankan.
Salam Bahagia Choi Min,
Depending on the weather, balsam blackberry petal light absorption will make it look either magenta or purplish.
Salam Bahagia Kak Mala,
Dwi-warna nampak unik berbanding dengan 1 warna.
Salam Bahagia Julie.
Waalaikumsalam.
InsyaAllah kalau ada extra nanti simpankan untuk Julie.