Halaman

Jumaat, 19 Disember 2014

Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Terakhir untuk Tahun 2014

 Syukur Alhamdulillah masih lumayan hasil dari Kebun Bahagia Bersama yang dapat dinikmati. Masuk minggu ini pelbagai jenis rambutan dah molek nak dituai. Binatang-binatang yang pandai memanjat pokok pun sangat girang sekali banyak makanan mereka semua nampak gebu je. Nasib baiklah tukang kebun tak minat makan species tupai ni. Tupai makan halal ke? Masa kecik tak pernah terlintas pula di kepala. Pernah dengar dulu di Johor ada yang makan landak. Kalau arnab pun takde rasa nak makan. Yang adventure mencuba dalam bab makanan ini si Rayyan dan Papa Rayyan. Dulu zaman kanak-kanak kalau Uncle Sikul balik kampung kalau diorang kasi ikut selalu mengekor pergi tangkap tupai. Kalau diorang nak memburu macam pelanduk waktu malam memang tak pernah dibagi ikut. Tapi tak pernah pun mereka berjaya bawa balik. 
 Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih terbuka lagi untuk slot penghantaran pada 22hb Disember 2014 yang akan menjadi Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang terakhir untuk tahun 2014. Please take note untuk tahun 2014 ini, penghantaran terakhir untuk pesanan-pesanan yang diterima ialah pada 24hb Disember 2014. Tahun depan lepas sekolah buka semula baru kami mula buat penghantaran semula. Cuma antara Krismas dan sebelum sekolah buka semula hanya pesanan-pesanan sahaja diterima tapi penghantaran pending sampai sekolah buka. Gardeners yang nak berkebun dari benih atau anak-anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama antara Cuti Krismas sehingga sekolah bermula elok buat pesanan sebelum 24hb Disember 2014. Seperti biasa dalam pek Pasar Online Kebun Bahagia Bersama akan terkandung sekurang-kurangnya 5 jenis tuaian dengan jumlah berat hampir ke 2 kilogram (1pek Pasar Online KBB termasuk kos penghantaran RM20). 

 Minggu ini self-collect day adalah esok Hari Sabtu (20/12/2014) antara pukul 5:30 ~ 6:00 petang.
  Cuaca bulan Disember ini taburan hujan tak sekata sekejap hujan lebat, lepas tu beberapa hari pula panas dan kering berulang-ulang menyebabkan pelbagai jenis buah mengalami masalah "cracking" atau merekah kulit buahnya seperti contoh gambar mini pamelo di atas. 

  Hujung tahun ini jenis pisang yang amat menjadi pula ialah pisang nangka. Sampai tukang kebunnya pun malas nak tuai sebab yang dekat dapur pun tak perabih makan lagi. Sebagai contoh tandan pisang nangka ini sampai tukang kebun sedekahkan sahaja beberapa sikat yang belah atas untuk tupai makan. Tupai pun makan dengan seleranya sambil tukang kebun perhati dekat bawah. Keesokkan harinya bila ada masa barulah tukang kebun tuai ditemani Rayyan. Baki yang tinggalkan oleh si Tupai adalah seperti di bawah kami buat banana chips, satu batch salut gula, satu lagi goreng pedas. Kelapa yang dah keluar pucuk-pucuk tu pun Rayyan tengok dah faham terus cakap untuk bagi ayam makan ya mama.

 Sampai dah terlampau banyak pisang sampai lauk pun menu pisang macam gambar di bawah ,biasanya ikan bilis goreng berlada dengan ubi kentang jadi ikan bilis goreng berlada dengan pisang. Boleh tahan juga dan lebih sihat dari ubi kentang.
  Minggu ini tak berapa rajin nak keluar berkebun sebab lack of sleep, susah nak tidur kebelakangan ini. Mungkin punca utama sebab dearest hubby outstation lama dan jadi very light sleeperlah pula kalau terbangun susah nak lelap mata semula. Bila Rayyan cakap dekat tukang kebun dia teringin nak makan buah mulberry barulah rasa motivate nak pergi petik bersama-sama Rayyan di Petak F yang mula meranum buahnya. Sambil petik buah, petik pucuk mulberry juga untuk dibuat sayur masak lemak putih campur ikan bilis. Tak disangkakan Syukur Alhamdulillah Rayyan seronok juga makan pucuk mulberry dimasak begitu. Terima kasih Rayyan selalu motivate mama turun kebun. Bahagia hati mama bila dapat tuai hasil untuk permata-permata hati. Semoga dalam ingatan Rayyan akan ingat macammana nak maanfaat pokok mulberry sepenuhnya. 
 Stok anak pokok mulberry yang dah berakar (rooted) ada ready stock minggu ini.

~ Mulberry Double Happiness 1pot RM7.00 ~

Atau yang lebih adventure nak semai sendiri dari keratan juga available.

~ Mulberry Fresh 10 Cuttings RM7.00 .

9 ulasan:

  1. tak sangka pula pucuk mulberi pun boleh dimasak sayur ye.. bagus sgt tu.. sambal pedas dgn pisang tu pun nampak sedap.. satu idea yg menarik juga... tq berkongsi idea..

    BalasPadam
  2. Puas kalau inilah hasilnya. Dekat tempat kakak macam tak ada lagi nampak rambutan. Dekat kampung pun tak ada juga. Hairan belum musim pulak kat Johor ni..

    BalasPadam
  3. masyaallah meriahnya hasil tanaman memang berbaloi-baloi, tk payah nak beli....:):)

    BalasPadam
  4. berbudi pada tanah insyaallah
    banyak yang jadi mudah

    kita pun berasal dari tanah

    jafmy

    BalasPadam
  5. Awalnya rambutan Diana berbuah, disini belum nampak bayang pun lagi...

    BalasPadam
  6. Mulberi saya dah bertunas-tunas dah. Alhamdulillah. Tq kak diana bagi free keratan mulberi. Tak sabar nak kongsi makan dengan jiran-jiran. Mula- mula masa dapat pos tu, saya tak kenal keratan apa. Main cucuk-cucuk dekat tanah saja. -Ummu Aiman-

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Kak Ratna,

    Masak lemak putih pucuk mulberry makan dengan sambal belacan sedap bertambah-tambah.
    Gara-gara banyak pisang dibuat jugalah ala-ala goreng pedas boleh tahan juga macam ubi kentang rasanya pun boleh orang tak perasan sebenarnya pisang yang separuh masak.

    Salam Bahagia Kakzakie,

    Rambutan tahun ini menjadi dan isinya tak berair sangat macam tahun lepas. Tapi manggis tak pula berbuah hujung tahun ini. Biasanya hujung November musim manggis dekat sini. Tapi tahun ini tidak pula mungkin kesan fenomena El-Nino.

    Salam Bahagia Kak Amiizaa,

    Syukur Alhamdulillah jimat kos bekalan makanan dapur kami.

    Salam Bahagia Jafmy,

    Betul awal-awal nampak susah je nak berbudi pada tanah, tapi lama-kelamaan rezeki datang mengolek tanpa disangka dari berbudi pada tanah.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Sini memang setiap tahun musim buah rambutan bulan Disember Kak Mala. Cuma manggis je entah kenapa tahun ni merajuk nak berbuah.

    Salam Bahagia Ummu Aiman,

    Syukur Alhamdulillah dah bertunas keratan mulberi tersebut. InsyaAllah tahun depan lumayanlah hasil yang diberi.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum... kak jambu bajamerahguava ada tak, pink guava. Kalau ada email saya kak.. abg_dot@yahoo.com

    BalasPadam
  9. Waalaikumsalam Abang Dot.

    Anak pokok pink guava kami bekalkan.
    Tapi buahnya kami tak bekalkan.
    Details selanjutnya boleh email (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam