Bentuk bunga dan daunnya mirip kepada bunga matahari menjadikan pokok bunga ini dipanggil sebagai Mexican Sunflower walaupun tergolong dalam keluarga yang berbeza. Bunga matahari adalah dalam keluarga ‘Helianthus’ manakala Mexican Sunflower adalah dalam keluarga ‘Thitonia’. Bentuk biji benih Mexican Sunflower juga sangat ketara berbeza bukan seperti kuaci yang boleh dijadikan minyak masak atau sumber makanan seperti bunga matahari biasa. Seperti bunga matahari , Mexican Sunflower juga sangat sukakan cahaya matahari. Keperluan airnya tidak begitu dahaga berbanding dengan bunga matahari.
Warna bunga Sunflower Mexican Red Torch sangat terang kalau nak bandingkan dengan si Tigger yang bulunya berwarna oren seperti gambar di atas. Biasanya kalau tukang kebun buat gardening di kawasan ini si Tigger suka duduk berteduh bawah pokok Mexican Sunflower. Pokok Mexican Sunflower setakat ini di Kebun Bahagia Bersama ada pokok-pokok yang ketinggiannya melebih antara 4~5 kaki jika tumbuh pada lokasi yang banyak menerima cahaya matahari. Saiz bunganya kalau dibandingkan dengan bunga matahari adalah kecil tetapi pokoknya banyak bercabang-cabang akan menghasilkan bunga yaang tidak putus-putus kembang. Sunflower Mexican Red Torch baru bermula musim bunganya minggu lepas, jadi tengah sabar menanti ianya sampai kemuncak musim bunga yang meriah.
Gambar di atas adalah antara spot di frontyard Kebun Bahagia Bersama yang tukang kebun suka cuci mata bulan ini. Dah berapa kali ada perubahan di lokasi ini dengan perubahan musim dan pokok-pokok bunga jenis annual yang tukang kebun suka susun di spot ini. Sebagai contoh bulan lepas Zinnia Dahlia Red kembang di sini sekarang pula giliran Red Torch Sunflower Mexican pula kembang. (related posting klik sini) Sebenarnya Zinnia Dahlia Red yang gloriously kembang di situ dahulu memberikan hint kepada tukang kebun yang keberangkalian spot situ juga sesuai untuk Sunflower Mexican Red Torch dengan kadar penerimaan cahaya matahari di kawasan ini. Kesimpulannya kalau nak susun anak-anak pokok, kalau dulu zinnia tumbuh molek di situ ada keberangkalian Sunflower Mexican Red Torch juga sesuai sebab keperluan cahaya matahari, air dan jenis tanah adalah sesuai.
Dalam gambar atas di sebelah kiri arch di mana Balsam Candy Rose sedang meriah berbunga, sebenarnya tukang kebun pada hari yang sama beberapa minggu lalu buat transplanting barisan belakang Balsam Candy Rose, kemudian di depannya Zinnia dan di depan sekali seperti dalam gambar ialah Sunflower Mexican Red Torch. Ketiga-tiga jenis pokok-pokok tersebut dah berbunga. Cuma kesilapan tukang kebun kali ini dalam kes trial and error kawasan ini nak kenali rapat ialah bab zinnia tu. Anak-anak pokok Zinnia tersebut dah berbunga tapi disebabkan keperluan cahaya untuknya unsatisfactory jadi pokoknya tak tumbuh gloriously di antara balsam dan Mexican sunflower. Tapi tak mengapalah sebab ini adalah rather than thinking it is a mistake, this is a part of learning process. Ya, masih lagi tukang kebun nak kenali dekat spot ini walaupun tak sebesar mana cara nak susun anak-anak pokok seperti taman bunga ikut perubahan musim sepanjang tahun di Kebun Bahagia Bersama.
Seperti perkara lain, macam berkebun ni juga kalau 2~3 kali cuba tak berhasil bukan bermaknanya tangan tak sejuk. Kalau dekat negara 4 musim pula kalau tangan sejuk tak menjadilah pula nak kena tangan panas nak warm up biji benih dan tumbuh-tumbuhan. Jadi tak perlu tangan sejuk, cuma take note dalam trial and error serta berani mencuba banyak kali. Seperti memasak, bukannya semua terus pandai masakkan nak kena juga belajar perlahan-lahan lama-lama tak payah tengok resepi nak tengok measurement. Berkebun pun begitu juga, “trial and error” tu banyak membantu nak dapat skill dan tambah pengetahuan dalam menjadi a smart garden reader.
Kalaulah anda ulat buku ibaratkan kebun anda sebagai buku, perhati dan bacalah potensi yang boleh dijadikan ruang menanam anda sebagai syurga. Kalau anda seorang artist ibaratkanlah ruang berkebun itu seperti sehelai canvas. Tukang kebun selalu cemburu dengan mereka yang pandai lukis sebab tak pandai lukis sehinggakan anak sendiri Ilhan yang berumur 7 tahun lukisannya lagi cantik dari mama dia. Walaupun tukang kebun tak pandai lukis sekarang seronok buat pilihan ruang di kebun sebagai canvas yang bertukar tiap-tiap hari dengan citarasa gubahan susunan bunga-bunga di situ. Walaupun tukang kebun dah bertahunp-tahun banyak kali tanam zinnia dan balsam kekadang hasilnya pun 50-50 (fail-success rate) sebab salah baca perubahan cuaca ke, tak cukup matahari ke, tak siram, terlampau banyak air, tak merumput dan banyak-banyak faktor lain lagi. Gardening is not because of tangan sejuk ke, greenfingers ke, it is a matter of gaining skill and experience dengan sifat berani nak mencuba, kali ini fail takpe there will always be a chance nak cuba lagi. Bukankah sekuntum bunga itu pemurah, banyak benih diberikan untuk trial and error.
Kalau nampak keadaan putik bunga seperti di atas, InsyaAllah keesokkan harinya kembang cerialah dia. Kembang bunga Red Torch Sunflower Mexico tak tahan lama macam bunga matahari biasa tapi hampir setiap hari ada pengganti baru kembang berseri-seri.
~ Red Torch Mexican Sunflower (Tithonia rotundifloria) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Yellow Torch Mexican Sunflower (Tithonia speciosa) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
salams TK, sejuk mata memandang pagi-pagi tgk bunga dari blog TK:):)
BalasPadamBetullah daun dia sama dgn sunflower kuning yg biasa. Tapi yg ini meriah betul bila sekali keluar banyak. Cantiknya:)
BalasPadamowww ini ke bunganya..ade dlm pakej yg dibeli hari tu..
BalasPadamtp banjir dah datang, belum boleh semai lagi hihi..
malaysia sunflower tak pernah dengar pulak mungkin ada tapi belum jumpa seakan akan (mirip)
BalasPadamsatu hari boleh jadi
jafmy
Bila Diana sebut color kuning dan merah kak dah jadi keliru pula apa warna yang ada berbunga kat rumah ni..Rasa mcm nak sama color bunga merah Diana punya..tapi kak rasa mcm color orange saja...
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amiizaa,
BalasPadamSyukur Alhamdulillah Kalau dapat sama-sama bergembira tengok Tithonia ini kembang berseri-seri.
Salam Bahagia Kakzakie,
Sekarang lebih seronok tengok sebab banyak bunga-bunga yang keluar kembang serentak jadi lebih meriah.
Salam Bahagia Imm,
Ya inilah bunganya yang dipesan tempoh hari. Bila hujan tak lebat sangat bolehlah mula menyemai.
Salam Bahagia Jafmy,
Plant punya evolusi lebih cepat berbanding dengan animal kingdom. Mana tahu satu hari ada Malaysia version sunflower.
Salam Bahagia Kak Mala,
Light trick sekejap nampak merah sekejap nampak orange.