Setiap kali balik Sabah, niat di hati kalau boleh nak belanja kedua ibubapa kami makan di luar. Dari kecil dibesarkan biasanya kami jarang-jarang sekali makan di luar. Boleh dikira dengan jari berapa kali dalam setahun makan luar. Apatah lagi keluar melancong jarang sekali. Cuti-cuti Malaysia pun biasanya hampir tak ada. Sebab setiap hujung tahun cuti panjang Tuan Tanah banyak belanja beli duit tiket kapal terbang untuk sekeluarga balik Sabah. Dulu mana ada budget airline, cuma ada MAS sahaja. Ketika itu kami hanya balik ke Sabah setahun sekali sahaja.
Semasa kami membesar walaupun kami keluar ada urusan keluarga dalam perjalanan balik rasa penat dan lapar, Tuan Tanah suruh sabar tunggu sehingga sampai rumah. Kalau berjalan-jalan bawa makanan dari rumah. Kalau Tuan Tanah tak penat akan dimasakkan untuk kami Nasi Goreng. Kalau tidak maggi instant. Sesungguhnya ketika itu masih belum faham lagi masih belum matang, kini kian disedari semasa awal-awal pindah ke rumah baru di Sungai Buloh ini ketika itu baru Tingkatan 2 dan adik-adik pun belum masuk sekolah lagi. Betapa jimat cermatnya kedua ibubapa kami untuk merealisasi impian mereka untuk ada sebuah rumah berserta kebun yang luas untuk impian mereka mempunyai dusun buah-buahan dan dapat ternak pelbagai jenis binatang tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Dalam kesempitan duit banyak perlu dibelanja dengan sedang membina sebuah 'home sweet home', segala keperluan anak-anak semuanya lengkap dari segi pendidikan, pakaian, tempat berteduh dan makan minum. Uniform sekolah tukang kebun pun tak pernah beli, Big Boss yang jahit. Masuk University pun baju-baju kurung semua Big Boss jahit, sampai sekarang adik-adik pula yang pakai ke University sebab saiz badan pun lebih kurang sama. Baju kurung dah lebih 10 tahun pun masih dalam keadaan elok lagi. Lagipun pergi untuk belajar bukan untuk melaram. Baju raya tiap-tiap tahun pun sampai sekarang Big Boss yang jahit dan sponsor (Tuan Tanah) siap dengan cucu-cucu punya sedondon. Jadi tema warna baju raya tiap tahun Big Boss yang tentukan. Bukannya kami tak mampu beli sendiri cuma a mother will understand this is our mother every Raya little happiness. Dari kecil mak yang pilih dan sediakan, walau anaknya dah jadi mak orang, I am still her girl.
Semasa kami membesar walaupun kami keluar ada urusan keluarga dalam perjalanan balik rasa penat dan lapar, Tuan Tanah suruh sabar tunggu sehingga sampai rumah. Kalau berjalan-jalan bawa makanan dari rumah. Kalau Tuan Tanah tak penat akan dimasakkan untuk kami Nasi Goreng. Kalau tidak maggi instant. Sesungguhnya ketika itu masih belum faham lagi masih belum matang, kini kian disedari semasa awal-awal pindah ke rumah baru di Sungai Buloh ini ketika itu baru Tingkatan 2 dan adik-adik pun belum masuk sekolah lagi. Betapa jimat cermatnya kedua ibubapa kami untuk merealisasi impian mereka untuk ada sebuah rumah berserta kebun yang luas untuk impian mereka mempunyai dusun buah-buahan dan dapat ternak pelbagai jenis binatang tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Dalam kesempitan duit banyak perlu dibelanja dengan sedang membina sebuah 'home sweet home', segala keperluan anak-anak semuanya lengkap dari segi pendidikan, pakaian, tempat berteduh dan makan minum. Uniform sekolah tukang kebun pun tak pernah beli, Big Boss yang jahit. Masuk University pun baju-baju kurung semua Big Boss jahit, sampai sekarang adik-adik pula yang pakai ke University sebab saiz badan pun lebih kurang sama. Baju kurung dah lebih 10 tahun pun masih dalam keadaan elok lagi. Lagipun pergi untuk belajar bukan untuk melaram. Baju raya tiap-tiap tahun pun sampai sekarang Big Boss yang jahit dan sponsor (Tuan Tanah) siap dengan cucu-cucu punya sedondon. Jadi tema warna baju raya tiap tahun Big Boss yang tentukan. Bukannya kami tak mampu beli sendiri cuma a mother will understand this is our mother every Raya little happiness. Dari kecil mak yang pilih dan sediakan, walau anaknya dah jadi mak orang, I am still her girl.
Dah terpesong dari cerita utama, kebetulan malam sebelum masuk tahun baru malas pula rasa nak masak dah semua tukang masak kepenatan (tukang kebun dah hampir seharian keluar, big boss pula penat berkebun kemas di luar rumah). Biasanya jarang sekali big boss nak keluar rumah bila penat pada waktu malam. Tanya mak teringin nak makan apa, jomlah kita keluar makan. Big Boss teringin nak makan ikan bakar lalu kami pun bergerak ke bandar. Dalam perjalanan tengok di kawasan Telok Likas on the way ke bandar banyak sungguh kereta di sepanjang jalan, baru teringat rupanya esok Tahun Baru 2015. Mungkin ramai melepak tunggu countdown agaknya. Kami pun baru perasan pertama kali makan luar pada Malam nak masuk New Year. Selalu Tahun Baru terperap sahaja di rumah tak ke mana sebab spesis tak suka bersesak.
Memandangkan tukang kebun pun jenis tak arif nak pilih ikan untuk memenuhi permintaan ikan bakar yang Big Boss teringin nak makan maka mintalah adik jaga gerai recommend ikan apa yang sesuai untuk ikan bakar berlada. Adik tu kata 'ikan katambat' kalau nak bakar sedap (rasanya dia sebut katambat). Okaylah kita cuba-cubalah dulu. Memang ngam sedap 'ikan katambat' buat bakar, sebab tu photo 1 memory gambar ikan nanti lain kali kenal ikannya atau nak pesan senang check balik kalau lupa hehehe....
Ini kali kedua kami makan sekeluarga di tepi tempat bot-bot nelayan parking yang berderetan dengan Pasar Philippine yang jual kraftangan tu. Masakan dekat gerai sini memang harga berpatutan sangat murah dan masuk selera Orang Semenanjung. Kalau kat Sabah ni untuk kamilah sukar betul nak cari kedai yang menepati selera kalau masakan Semenanjunglah. Lebih-lebih lagilah orang Sabah ni tak berapa tahan pedas, Tuan Tanah yang Orang Negeri tu appetite selalu hilang. Ikan katambat yang dipilih dengan pertolongan adik sudi membantu tu katanya boleh belah 2 buat 2 jenis masakan. Sebelah seperti permintaan big boss buat bakar berlada. Semua agree sedap.
Sebelah lagi buat 3 rasa. Kami semua memang puas hati. Pertama kali tukang kebun datang sini secara kebetulan masa tu ronda-ronda Kota Kinabalu berdua dengan Abby di tepi pantai naik bas awam selepas selesai urusan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negeri (Syukur Alhamdulillah urusan selesai dah jadi Rakyat Sabah lahir di Semenanjung). Sementara tunggu Tuan Tanah habis kerja pick up kami di Kota Kinabalu, singgah rehat minum jus avocado dan goreng pisang sambil melihat telatah pelancong-pelancong. Tukang kebun tengok seafood segar on display sangat segar dan tengok juadah-juadah yang dihidangkan macam sedap je. Lalu teringin nak cuba datang lain kali with the whole family belanja rasa makan di sini. Yang tergesa-gesa dan penat nak berehat sahaja di bilik hotel, boleh juga tapau ikan bakar yang dah siap macam gambar No. 2.
Hai budak-budak punya kegemaran udang butter, tak sabar-sabar nak ngap si kecik. Oh ya sebelum tukang kebun lupa, lidah tukang kebun rasa jus avocado di sebelah tempat kapal nelayan parking ini lagi sedap dari di Tanjung Aru. Di Tanjang Aru regular cup RM7 jus avocado dan di sebelat laut Kota Kinabalu ini RM5 (2014). Masa tahun 2013 RM4. Tukang kebun tengok seafood dekat Tanjung Aru tak sesegar macam tempat tukang kebun pergi di Kota Kinabalu. Price wise pun Tanjung Aru is pricey.
Gambar di bawah ini actually kenangan masa makan sekeluarga di sini pada 2013. Banyak pembaziran kena tapau sebab hubby tamak semua nak makan. Kali ini pun ada hati nak order sotong, tukang kebun yang tegah, apa yang dipesan pun macam tak habis nanti sebab mama dan papa bukannya kuat makan lagi dah. Cukup sahaja pesanan udang butter dan ikan yang seekor dibakar dan dibuat 3 rasa. Kalau macam tak cukup later boleh order tambahan. Itu pun hampir tak habis, kami suami isteri slowly licinkan.
Lepas makan-makan dapatlah anak-anak bermain dengan patung-patung batu pelbagai jenis ikan di sepanjang jalan sebelah laut nak ke kereta. Inilah story our last supper for 2014.
Sambung cerita bahan-bahan dari kebun sendiri untuk supper kami minggu ini. Masa tukang kebun tengah kemaskan sebuah kawasan untuk tanam keratan ubi kayu dibawa balik dari Sabah barulah perasan ada Bunga Matahari dari Kak Mala at My Green Eye's dah berbunga rupanya. Sebelum balik kampung, tengok ada beberapa bunga matahari dah tinggi lebih 8 kaki. Tapi agaknya hujan kuat masa ketiadaan tukang kebun barulah minggu ini tukang kebun perasan trellis-trellis di belakang pokok-pokok matahari tersebut dah tumbang rupanya (banyak sangat tempat nak kemas sampai tak perasan) habis merempuh batang-batang pokok matahari, banyak pokoknya patah. Nasib baik walaupun yang dalam gambar di bawah ini juga kena rempuh dah bengkok batangnya sempat juga ianya berbunga.
Yang tak disangka pula bila masa pulak ada pokok kacang-kacang botor merimbun dekat kawasan ini di celahan daunnya buah-buah kacang dah besar gemok pula tu. Tukang kebun dah lupa yang ada semai kacang botor di kawasan ini terbiar menjadi pula dia. Ingatkan lama dah sayonara.
Sehari dua ini kena curi-curi masa juga buat tuaian express untuk bekalan segar di dapur. Dapatlah 1 jug air roselle untuk supper semalam. Surprisingly ubi bembam yang trial tanam bawah shade pokok durian menghasilkan juga ubi. Tengok kunyit sebelah pokoknya macam ada yang dah layu daunnya dah lama, kalau tak dikorek nanti reput pula musim hujan ini. Pucuk-pucuk mulberry untuk masak supper nanti.
Bila tukang kebun cuba rekod posting supper semalam, terasa betapa bersyukurnya nikmat yang diberikan Oleh-Nya hasil berbudi pada tanah yang semuanya ada khasiat belaka. Beras padi bukit yang Tuan Tanah hadiahkan baru perasan ada lagi dalam simpanan yang jenis Beras Bukit Keladi. Sebelahnya tumisan sayur kacang botor dari kebun sendiri.
Bersertakan side dish supper semalam ialah banana chips goreng berlada ikan bilis. Pisang yang dituai hujung minggu baru-baru ini (related posting klik sini), cabai burung memang banyak stok tumbuh merata-rata petik dari kebun sendiri. Ikan bilis fresh bawa balik dari Sabah. Pisang yang lebih banyak khasiat dan tak berkanji macam makan ubi kentang.
Makanan yang tak berminyak (exclude fish fatty oil yang berkhasiat) untuk supper semalam pula ialah ikan stim dengan halia dan daun serai acheh/tepus wangi dari kebun sendiri. Dah ngap lebih separuh baru teringat nak snap gambar. Supper kami taklah semewah macam di hotel 5 star, tapi terasa bertapa untungnya sebab kebanyakkan bahan-bahan adalah hasil dari kebun belakang/depan tu je. Bersyukur dengan apa yang ada. Hasil lelah kedua ibubapa nak realisasikan impian ada rumah dengan kebun di sekeliling, anak-anak cukup makan selagi tak putus-putus continue the legacy.
Agreed. Mmg seronok kalau masak hasil berkebun sendiri. Fresh dan kita yakin that its 100% organic kan.
BalasPadamItulah beruntungnya kalau rajin mengisi ruang tanah yg ada. Setiap inci tanah dimanfaatkan hasilnya pun setiap kali dapat dinikmati semua.
BalasPadamDiana, boleh ya...lahir sini minta tukar kerakyatan Sabah?...senangkan x payahlah anak2 nak kena guna pasport bila blik mentap di sana nanti...
BalasPadamSalams TK,
BalasPadamseronoknya baca kisah kecil tk:)
geram tgk ikan2 fresh....& bunga matahari tu...:)
Setiap usaha penat lelah kini masa menuainya...ikan bakar fresh berlapik daun pisang tuu buat terliurrrr sgt ni ...KBB
BalasPadamAssalamualaikum Kak Diana,
BalasPadamwah sedap2nye makanan tu ye kak...
Diana,
BalasPadamBuah hijau kecik2 tu buah apa ye ? My neighbour gave my mother a bunch but i am unsure what fruit is that...
CM, PJ
Salam Bahagia Shas.
BalasPadamBila kita kutip tuaian sendiri rasa sayang sungguh dan mesti seronok nak fikir boleh masak apa dengannya.
Yes 100% yakin organic tuai dari kebun sendiri kan.
Salam Bahagia KakZakie,
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat rezeki dan masa yang diberikan dapatlah berusaha mengisi ruang yang ada dan kerja sendiri.
Salam Bahagia Nasa Mulia.
Ada beberapa syarat-syarat yang perlu disahkan oleh Justice of Peace macam surat beranak rasmi salah satu ibubapa adalah bangsa dan lahir di Sabah. Kena ada surat nikah rasmi kedua ibubapa dan lain-lain untuk minta kerakyatan Sabah.
Memang senang bila ada kerakyatan Sabah nak menetap sana berapa lama pun boleh.
Lain kali ada anak nak bersalin di Sabah lebih mudah.
Salam Bahagia Kak AMIIZAA,
Benih bunga matahari tu jauh datang dari kebun Kak Mala, Pulau Langkawi.
Salam Bahagia Sud@is,
Ikan bakar lapik dengan daun pisang memang menyelerakan.
Salam Bahagia Julie,
Waalaikumsalam.
Sekali-sekala makan luar Julie masa bercuti je. Ada peluang nak belanja ibubapa yang membesarkan kita ni.
Salam Bahagia Choi Min,
Do you mean by buah terung pipit?
Buat masak berlada sedap. Atau celur cicah ulam. Or you can campak-campak dalam nasi goreng pengganti kacang peas.